Mazmur 65:1-13
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur.
65 Ya Tuhan, Engkau layak menerima puji-pujian di Sion;+Kami akan menunaikan ikrar kami kepada-Mu.+
2 Ya Tuhan, Engkau ialah Pendengar doa; segala macam orang akan datang kepada-Mu.+
3 Dosaku yang begitu banyak telah membanjiri aku,+Tetapi Engkau akan mengampunkan kesalahan kami.+
4 Berbahagialah orang yang Engkau pilih dan yang Engkau jemput untuk mendekati-Mu;
Berbahagialah orang yang dijemput untuk tinggal di halaman Rumah-Mu.+
Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,+Di tempat kediaman-Mu yang suci.+
5 Engkau akan menjawab seruan kami dengan melakukan perkara yang menakjubkan;+Engkau akan melakukan semua itu kerana kebaikan-Mu, ya Tuhan Penyelamat kami.Engkaulah Sumber keyakinan bagi penduduk di seluruh bumi,+Dan bagi orang yang tinggal di seberang laut yang jauh.
6 Ya Tuhan, Engkau sangat perkasa;+Dengan kuasa-Mu, Engkau menegakkan gunung-gunung.
7 Engkau meredakan lautan yang bergelora dan ombak yang mengamuk;+Engkau menenangkan kerusuhan bangsa-bangsa.+
8 Penduduk dari tempat yang terpencil akan berasa kagum melihat tanda-tanda daripada-Mu;+Engkau akan menyebabkan orang dari timur hingga barat bersorak dengan gembira.
9 Engkau memelihara bumiDan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.+
Engkau menyebabkan sungai dipenuhi airDan membekalkan biji-bijian untuk manusia.+Ya, demikianlah Engkau membentuk bumi.
10 Engkau mengairi alur yang digali dan meratakan tanah yang dibajak;Engkau menjadikan tanah gembur dengan hujan dan memberkatinya dengan hasil yang melimpah.+
11 Kebaikan yang Engkau tunjukkan sepanjang tahun bagaikan mahkota yang indah;Berkat-Mu berlimpah-limpah di mana sahaja Engkau menjejakkan kaki-Mu.+
12 Padang rumput di kawasan belantara bertumbuh subur,+Dan bukit-bukit dipenuhi kegembiraan dan sukacita.+
13 Padang rumput penuh dengan ternakan,Dan lembah-lembah* diliputi biji-bijian.+
Semua itu bersorak dan bernyanyi dengan girang hati.+
Nota Kaki
^ Atau “dataran-dataran rendah.”