Mazmur 66:1-20

  • Perbuatan Tuhan yang menakjubkan

    • “Marilah dan saksikanlah semua perbuatan Tuhan” (5)

    • “Aku akan menunaikan ikrarku kepada-Mu” (13)

    • Tuhan mendengar doa (18-20)

Untuk pengarah muzik. Sebuah mazmur. Sebuah lagu. 66  Hai seluruh bumi, bersoraklah dengan gembira dan pujilah Tuhan!+  2  Bernyanyilah untuk memuji nama-Nya yang agung; Muliakanlah Tuhan dan pujilah Dia!+  3  Berkatalah kepada Tuhan, “Betapa hebatnya segala perbuatan-Mu!+ Kerana kuasa-Mu begitu besar,Semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu dengan penuh rasa takut.+  4  Semua orang di bumi akan bersujud kepada-Mu;+Mereka akan menyanyikan pujian kepada-Mu.Ya, mereka akan bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”+ (Selah)  5  Marilah dan saksikanlah semua perbuatan Tuhan; Lihatlah betapa hebatnya segala yang dilakukan-Nya bagi manusia.+  6  Dia mengubah laut menjadi tanah yang kering;+Umat-Nya menyeberangi sungai dengan berjalan kaki.+ Di sana, kita bersukacita atas segala perkara yang dilakukan-Nya untuk kita.+  7  Tuhan memerintah dengan perkasa selama-lamanya.+ Dia memerhatikan semua bangsa dengan teliti;+ Janganlah orang yang degil meninggi-ninggikan diri.+ (Selah)  8  Hai bangsa-bangsa, pujilah Tuhan kita!+Pujilah Dia dengan suara yang lantang!  9  Dia memelihara nyawa kita,+Dan Dia tidak akan membiarkan kaki kita tergelincir.+ 10  Ya Tuhan, Engkau telah memeriksa hati kami;+Engkau telah memurnikan kami seperti perak yang dimurnikan dengan api. 11  Engkau telah menangkap kami dengan jaring-Mu;Engkau telah membebani kami dengan penderitaan. 12  Engkau membiarkan orang memijak-mijak kami;Kami telah mengharungi api dan air.Tetapi kemudian, Engkau membawa kami ke tempat yang menyenangkan. 13  Ya Tuhan, aku akan membawa korban bakar ke rumah-Mu,+Dan aku akan menunaikan ikrarku kepada-Mu.+ 14  Aku akan menepati janji-janjiku+Yang aku ucapkan sewaktu aku berada dalam kesusahan. 15  Aku akan mempersembahkan binatang yang digemukkan sebagai korban bakar kepada-Mu;Aku akan membakar bebiri jantan sehingga asap naik dari mazbah; Aku juga akan mempersembahkan lembu jantan bersama kambing jantan sebagai korban kepada-Mu. (Selah) 16  Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang takut akan Tuhan;Aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untukku.+ 17  Dengan mulutku, aku telah berseru kepada-Nya,Dan dengan lidahku, aku telah memuliakan-Nya. 18  Jika aku menyimpan niat yang jahat dalam hatiku,Yehuwa pasti tidak akan mendengarkan aku.+ 19  Tetapi sesungguhnya, Tuhan telah mendengarkan aku;+Dia memberikan perhatian kepada doaku.+ 20  Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak menolak doaku;Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak berhenti mengasihi aku dengan setia.

Nota Kaki