Mazmur 67:1-7

  • Orang dari seluruh pelosok bumi akan takut kepada Tuhan

    • Haluan Tuhan akan diketahui (2)

    • ‘Semoga semua bangsa memuji Tuhan’ (3,5)

    • “Tuhan akan memberkati kita” (6, 7)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Sebuah mazmur. Sebuah lagu. 67  Ya Tuhan, Engkau akan merahmati dan memberkati kami;Engkau akan memancarkan cahaya-Mu ke atas kami.+ (Selah)  2  Dengan itu, haluan-Mu akan diketahui di seluruh dunia,+Dan penyelamatan daripada-Mu akan diberitakan kepada semua bangsa.+  3  Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!  4  Semoga bangsa-bangsa bergembira dan bersorak dengan sukacita,+Kerana Engkau akan menghakimi orang dengan adil.+ Engkau akan membimbing bangsa-bangsa di bumi. (Selah)  5  Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!  6  Bumi akan mengeluarkan hasilnya,+Kerana Tuhan, Tuhan kita, akan memberkati kita.+  7  Ya, Tuhan akan memberkati kita,Dan orang dari seluruh pelosok bumi akan takut kepada-Nya.*+

Nota Kaki

Atau “akan menghormati-Nya.”