Mazmur 76:1-12

  • Tuhan mengalahkan musuh-musuh Sion

    • Tuhan menyelamatkan orang yang rendah hati (9)

    • Musuh yang sombong akan direndahkan (12)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur. 76  Tuhan terkenal di Yehuda;+Nama-Nya agung di Israel.+  2  Dia bernaung di Salem,+Dan tempat tinggal-Nya di Sion.+  3  Di situ, Dia mematahkan anak panah yang berapi.Dia juga mematahkan perisai, pedang, dan senjata-senjata perang.+ (Selah)  4  Ya Tuhan, Engkau bersinar dengan gemilang;*Engkau lebih agung daripada gunung-ganang yang dipenuhi pemangsa.  5  Orang yang berani telah dijarah.+ Mereka sudah terlelap;Semua pahlawan itu tidak berdaya.+  6  Apabila Engkau memberikan teguran, ya Tuhan Yakub,Pemandu kereta kuda dan kudanya pun tertidur dengan nyenyak.+  7  Engkau sememangnya mengagumkan!+ Siapakah yang dapat bertahan apabila Engkau murka?+  8  Engkau mengumumkan penghakiman dari syurga;+Bumi takut dan terdiam+  9  Apabila Tuhan bangkit untuk melaksanakan penghakiman,Kerana Dia ingin menyelamatkan semua orang yang rendah hati di bumi.+ (Selah) 10  Hal ini demikian kerana kemarahan manusia akan mendatangkan pujian kepada-Mu;+Engkau akan menghiasi diri-Mu dengan sisa kemarahan mereka. 11  Berikrarlah kepada Yehuwa dan tunaikanlah ikrarmu itu;+Hendaklah semua orang di sekeliling-Nya membawa pemberian mereka kepada-Nya dengan rasa takut.+ 12  Dia akan merendahkan pemimpin-pemimpin yang sombong;Dia membuat raja-raja di bumi takut kepada-Nya.

Nota Kaki

Atau “Engkau diselubungi cahaya.”