Mazmur 78:1-72

  • Kasih Tuhan; Israel yang tidak beriman

    • Beritahu generasi yang akan datang (2-8)

    • ‘Mereka tidak beriman kepada Tuhan’ (22)

    • “Bijirin dari syurga” (24)

    • “Mereka mendukakan hati Tuhan Israel Yang Suci” (41)

    • Dari Mesir ke Tanah yang Dijanjikan (43-55)

    • “Mereka asyik mencabar Tuhan” (56)

Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Asaf.+ 78  Hai bangsaku, dengarlah hukumku;Pasanglah telingamu untuk mendengar kata-kataku.  2  Mulutku akan mengucapkan perumpamaan. Aku akan menyatakan rahsia dari zaman purbakala.+  3  Hal-hal yang telah kita dengar dan ketahui,Yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita,+  4  Tidak akan kita rahsiakan daripada keturunan mereka;Kita akan memberitahu generasi yang akan datang+Tentang perbuatan-perbuatan Yehuwa yang terpuji dan tentang kekuatan-Nya,+Tentang hal-hal menakjubkan yang telah dilakukan-Nya.+  5  Dia memberikan peringatan kepada Yakub,*Dan memberikan hukum di Israel;Dia memberikan perintah kepada nenek moyang kitaUntuk disampaikan kepada anak-anak mereka+  6  Supaya generasi yang seterusnya,Iaitu anak-anak yang belum dilahirkan, dapat mengetahuinya.+ Kemudian mereka akan menceritakannya kepada anak-anak mereka.+  7  Dengan demikian, anak-anak mereka akan yakin kepada Tuhan. Mereka tidak akan melupakan perbuatan-perbuatan-Nya+Dan mereka akan mematuhi hukum-Nya.+  8  Dengan demikian, mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,Sebuah generasi yang degil dan suka memberontak,+Sebuah generasi yang hatinya goyah,*+Dan yang tidak ingin setia kepada Tuhan.  9  Orang Efraim bersenjatakan busur,Tetapi mereka berundur pada hari pertempuran. 10  Mereka melanggar perjanjian Tuhan,+Dan enggan mematuhi hukum-Nya.+ 11  Mereka juga melupakan perbuatan-Nya,+Segala hal menakjubkan yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.+ 12  Di tanah Mesir, iaitu di kawasan Zoan,+Dia melakukan hal-hal yang mengagumkan di depan mata nenek moyang mereka.+ 13  Dia membelah air laut supaya mereka dapat menyeberanginya,Dan Dia membuat air laut menjadi tegak seperti tembok.*+ 14  Pada siang hari, Dia memimpin mereka dengan awan.Pada malam hari, Dia memimpin mereka dengan cahaya api.+ 15  Dia membelah batu-batu di padang belantara,Dan memuaskan mereka dengan air yang banyak, sebanyak air di lautan dalam.+ 16  Dia mengeluarkan air dari bukit batu,Dan air itu mengalir seperti sungai.+ 17  Tetapi mereka terus berdosa terhadap-Nya;Mereka memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun;+ 18  Mereka mencabar* Tuhan dalam hati mereka.+Mereka menuntut makanan yang diingini mereka. 19  Maka mereka melawan TuhanDengan berkata, “Mampukah Tuhan menyediakan makanan untuk kita di padang belantara?”+ 20  Lihatlah! Dia memukul sebuah batuSupaya air mengalir keluar dengan melimpah-limpah seperti sungai.+ Tetapi mereka bertanya, “Dapatkah Dia menyediakan roti untuk kita,Atau memberikan daging kepada umat-Nya?”+ 21  Ketika Yehuwa mendengar kata-kata mereka, Dia murka;+Api+ yang bernyala menimpa Yakub,Dan kemurkaan-Nya terhadap Israel semakin membara+ 22  Kerana mereka tidak beriman kepada-Nya;+Mereka tidak percaya bahawa Tuhan mampu menyelamatkan mereka. 23  Maka Dia memberikan perintah kepada awan di langit,Dan membuka pintu-pintu langit. 24  Dia menghujani mereka dengan manna untuk dimakan;Dia memberi mereka bijirin dari syurga.+ 25  Manusia makan makanan malaikat;*+Dia memuaskan mereka dengan makanan yang secukupnya.+ 26  Dia menyebabkan angin timur bertiup dari langit;Dengan kuasa-Nya, Dia menyebabkan angin selatan bertiup.+ 27  Dia menghujani mereka dengan daging sebanyak debu,Burung sebanyak pasir di pantai. 28  Dia menjatuhkan semuanya di tengah-tengah perkhemahan umat-Nya,Di sekeliling khemah umat-Nya. 29  Mereka makan dan menjadi sangat kenyang;Dia memberi mereka apa yang diinginkan oleh mereka.+ 30  Tetapi sebelum keinginan mereka dipuaskan,Ketika makanan masih di dalam mulut mereka, 31  Tuhan murka terhadap mereka.+ Dia membunuh orang yang paling kuat dalam kalangan mereka;+Dia menumpaskan pemuda-pemuda Israel. 32  Meskipun demikian, mereka melakukan lebih banyak dosa+Dan mereka tidak mempercayai perbuatan-perbuatan-Nya yang menakjubkan.+ 33  Maka Dia menamatkan riwayat mereka yang bagaikan satu hembusan nafas,+Dan mengakhiri hayat mereka secara tiba-tiba dengan kekacauan. 34  Tetapi setiap kali Dia membunuh sebilangan daripada mereka, mereka akan mencari-Nya;+Mereka akan kembali untuk mencari Tuhan. 35  Mereka ingat bahawa Tuhan ialah Gunung Batu mereka,+Dan bahawa Tuhan Yang Maha Tinggi ialah Penebus mereka.+ 36  Tetapi mereka mencuba menipu-Nya dengan mulut mereka,Dan berbohong kepada-Nya dengan lidah mereka. 37  Hati mereka tidak yakin terhadap-Nya;+Mereka tidak setia kepada perjanjian-Nya.+ 38  Tetapi Dia berbelas kasihan;+Dia akan mengampunkan* kesalahan mereka dan tidak memusnahkan mereka.+ Dia selalu menahan kemurkaan-Nya+Dan tidak melampiaskan kemarahan-Nya. 39  Dia ingat bahawa mereka hanyalah manusia,+Seperti angin yang bertiup dan tidak akan kembali.* 40  Betapa kerapnya mereka memberontak terhadap-Nya di padang belantara!+Betapa kerapnya mereka menyakiti hati-Nya di padang gurun!+ 41  Berkali-kali mereka menguji Tuhan,+Dan mereka mendukakan* hati Tuhan Israel Yang Suci. 42  Mereka tidak ingat akan kuasa-Nya,Dan waktu Dia menyelamatkan mereka daripada musuh.+ 43  Mereka juga tidak ingat akan hal-hal menakjubkan yang dilakukan-Nya di Mesir,+Dan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya di kawasan Zoan, 44  Serta bagaimana Dia mengubah saluran air Sungai Nil menjadi darah+Supaya mereka tidak dapat minum air sungai itu. 45  Dia mendatangkan lalat besar* yang sangat banyak untuk menggigit mereka+Dan katak untuk memusnahkan mereka.+ 46  Dia menyerahkan tanaman mereka kepada belalang juta yang rakus,Dan hasil usaha mereka dimakan oleh kawanan belalang juta itu.+ 47  Dia menghancurkan pokok-pokok anggur mereka dengan hujan batu+Dan pokok ara mereka dengan hujan ais. 48  Dia membiarkan binatang-binatang mereka ditimpa hujan batu,+Dan membiarkan ternakan mereka disambar kilat.* 49  Dia melampiaskan kemurkaan-Nya yang meluap atas mereka;Dia membuat mereka menderita dan mereka merasai kemarahan dan kemurkaan-Nya;Dia mengutus angkatan-angkatan malaikat yang membawa malapetaka kepada mereka. 50  Dia tidak menahan kemurkaan-Nya. Dia tidak membiarkan mereka hidup;Dan Dia membiarkan wabak penyakit meragut nyawa mereka. 51  Akhirnya Dia membunuh semua anak sulung di Mesir,+Iaitu semua anak pertama yang telah dilahirkan di dalam khemah-khemah Ham. 52  Kemudian Dia membawa umat-Nya keluar seperti kawanan bebiri,+Dan Dia membimbing mereka di padang belantara seperti satu kawanan. 53  Dia membawa mereka ke tempat yang selamat,Dan mereka tidak takut;+Laut telah menghanyutkan musuh-musuh mereka.+ 54  Dia membawa mereka ke tanah-Nya yang suci,+Iaitu ke kawasan pergunungan yang telah ditakluki-Nya dengan tangan kanan-Nya.+ 55  Dia mengusir bangsa-bangsa lain dari hadapan mereka;+Dia membahagikan tanah warisan kepada mereka dengan menggunakan tali pengukur;+Dia menempatkan suku-suku Israel di rumah mereka.+ 56  Tetapi mereka asyik mencabar* Tuhan Yang Maha Tinggi dan memberontak terhadap-Nya;+Mereka tidak mempedulikan peringatan yang diberikan-Nya.+ 57  Mereka juga meninggalkan-Nya dan mengkhianati-Nya seperti nenek moyang mereka.+ Mereka tidak boleh diharap, seperti busur yang talinya sudah kendur.+ 58  Mereka asyik menimbulkan kemurkaan-Nya dengan tempat-tempat ibadat* mereka,+Dan membangkitkan kemarahan-Nya dengan patung-patung berhala mereka.+ 59  Tuhan melihat semua hal ini dan Dia menjadi murka,+Maka Dia menolak Israel sama sekali. 60  Akhirnya Dia meninggalkan khemah suci di Silo,+Khemah yang menjadi tempat kediaman-Nya dalam kalangan manusia.+ 61  Dia membiarkan musuh mengambil benda yang melambangkan kekuatan-Nya;Kemuliaan-Nya telah jatuh ke dalam tangan musuh-Nya.+ 62  Dia membiarkan umat-Nya mati dibunuh pedang+Dan Dia murka terhadap warisan-Nya. 63  Pemuda-pemuda-Nya habis dibakar api,Dan tiada orang menyanyikan lagu perkahwinan untuk anak-anak dara-Nya. 64  Para imam-Nya mati dibunuh pedang,+Tetapi balu-balu mereka tidak menitiskan air mata.+ 65  Kemudian Yehuwa bangkit seolah-olah bangun daripada tidur,+Seperti lelaki gagah+ yang terbangun selepas minum wain. 66  Dia menyerang musuh-musuh-Nya sehingga mereka berundur;+Dia memalukan mereka buat selama-lamanya. 67  Dia menolak keturunan* Yusuf;Dia tidak memilih suku Efraim. 68  Tetapi Dia memilih suku Yehuda,+Gunung Sion yang dikasihi-Nya.+ 69  Dia mendirikan tempat suci-Nya untuk tetap wujud seperti langit,+Sepertimana Dia mendirikan bumi untuk kekal buat selama-lamanya.+ 70  Dia memilih hamba-Nya Daud,+Dan mengambilnya dari kandang biri-biri,+ 71  Dari tempat dia menjaga biri-biri betina yang masih menyusui anak.Kemudian Dia menjadikan Daud gembala Yakub, iaitu umat-Nya,+Dan gembala Israel, iaitu warisan-Nya.+ 72  Dia menggembala mereka dengan sepenuh hati,*+Dan memimpin mereka dengan tangan yang cekap.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “keturunan Yakub.”
Harfiah, “hatinya tidak bersedia.”
Atau “empangan.”
Harfiah, “menguji.”
Harfiah, “roti orang perkasa.”
Harfiah, “menutupi.”
Atau mungkin, “Nafas (daya) hidup mereka akan pergi dan tidak akan kembali.”
Atau “menyakiti.”
Mungkin langau, sejenis lalat yang menggigit.
Atau mungkin, “dijangkiti demam yang teruk.”
Harfiah, “menguji.”
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Harfiah, “khemah.”
Atau “dengan hati yang berintegriti.”