Mazmur 79:1-13
Lagu yang digubah oleh Asaf.+
79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+
2 Mereka telah memberikan mayat umat-Mu kepada burung di langit untuk dimakanDan tubuh umat-Mu yang setia kepada binatang liar di bumi.+
3 Mereka telah menumpahkan darah umat-Mu di seluruh Yerusalem seperti air,Dan tiada orang yang tertinggal untuk mengebumikan mayat umat-Mu.+
4 Kami telah menjadi bahan ejekan jiran-jiran kami;+Kami ditertawakan dan dihina oleh orang di sekeliling kami.
5 Ya Yehuwa, berapa lamakah Engkau akan murka? Adakah untuk selama-lamanya?+
Berapa lama lagikah kemarahan-Mu akan membara seperti api?+
6 Lampiaskanlah kemarahan-Mu terhadap bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,Dan terhadap kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu+
7 Kerana mereka telah menyerang YakubDan menjadikan negerinya tanah yang gersang.+
8 Janganlah minta kami bertanggungjawab atas kesalahan nenek moyang kami.+
Tunjukkanlah belas kasihan-Mu kepada kami dengan segera+Kerana kami sudah sangat lemah.
9 Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami,+Demi nama-Mu yang mulia;Selamatkanlah kami dan ampunkanlah* dosa kami demi nama-Mu.+
10 Mengapakah bangsa-bangsa berkata, “Di manakah Tuhan mereka?”+
Biarlah bangsa-bangsa itu tahu bahawa mereka akan ditimpa pembalasan di hadapan mata kamiKerana darah umat-Mu telah ditumpahkan.+
11 Semoga Engkau mendengar rintihan orang yang telah ditawan.+
Gunakanlah kuasa-Mu yang besar untuk menyelamatkan* orang yang dihukum mati.+
12 Balaslah perbuatan jiran-jiran kami sebanyak tujuh kali ganda+Kerana mereka telah melemparkan hinaan kepada-Mu, ya Yehuwa.+
13 Kemudian kami, iaitu umat-Mu dan kawanan bebiri di padang rumput-Mu,+Akan bersyukur kepada-Mu buat selama-lamanya;Kami akan melaungkan pujian kepada-Mu dari generasi ke generasi.+