Mazmur 81:1-16
Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+
81 Bersorak-sorailah kepada Tuhan, kekuatan kita.+
Laungkanlah sorakan kemenangan kepada Tuhan Yakub.
2 Mulakanlah muzik dan ambillah tamborin,Mainkanlah kecapi dan alat muzik yang bertali dengan merdu.
3 Tiuplah trompet* pada bulan baharu,+Pada bulan purnama, pada hari kita menyambut perayaan.+
4 Inilah satu hukum untuk Israel,Satu perintah daripada Tuhan Yakub.+
5 Dia telah menetapkannya sebagai peringatan untuk Yusuf+Sewaktu Dia menyerang negeri Mesir.+
Aku mendengar suara* yang tidak aku kenal:
6 “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;+Tangan kamu tidak lagi memegang bakul itu.
7 Semasa kamu dalam kesusahan dan berseru kepada-Ku, Aku telah menyelamatkan kamu;+Aku telah menjawab kamu dari sebalik awan petir.+
Aku telah menguji kamu di Sumber Air Meriba.*+ (Selah)
8 Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan memberikan nasihat kepada kamu.
Hai Israel, alangkah baiknya jika kamu mendengar firman-Ku!+
9 Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalangan kamu,Dan janganlah kamu bersujud kepada tuhan lain.+
10 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu,Yang membawa kamu keluar dari Mesir.+
Bukalah mulut kamu besar-besar, dan Aku akan memberi kamu makan sepuas-puasnya.+
11 Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku;Israel tidak mahu tunduk kepada-Ku.+
12 Oleh itu, Aku membiarkan mereka mengikut keinginan hati mereka yang degil;Mereka melakukan apa yang disangka benar oleh mereka.+
13 Alangkah baiknya jika umat-Ku mendengar firman-Ku!+Alangkah baiknya jika Israel hidup menurut haluan-Ku!+
14 Jika mereka berbuat demikian, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera;Aku akan menentang semua lawan mereka.+
15 Orang yang membenci Yehuwa akan terketar-ketar ketakutan di hadirat-Nya,Dan hukuman* mereka akan kekal buat selama-lamanya.
16 Tetapi Dia akan memberi kamu* gandum yang terbaik sebagai makanan+Dan memuaskan kamu dengan madu dari gunung batu.”+