Mazmur 83:1-18

  • Doa apabila menghadapi musuh

    • “Ya Tuhan, janganlah membisu” (1)

    • Musuh seperti tumbuhan berduri yang berterbangan (13)

    • Nama Tuhan ialah Yehuwa (18)

Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur. 83  Ya Tuhan, janganlah membisu;+Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, janganlah senyap atau berdiam diri.  2  Lihatlah! Musuh-musuh-Mu sedang menimbulkan kekecohan;+Orang yang membenci-Mu bertindak dengan angkuh.  3  Secara diam-diam, mereka membuat rancangan yang licik untuk melawan umat-Mu;Mereka berkomplot untuk menentang umat-Mu yang berharga bagi-Mu.  4  Mereka berkata, “Marilah kita lenyapkan seluruh bangsa ini,+Supaya nama Israel dilupakan sama sekali.”  5  Mereka telah berpakat dan bersatu hati;Mereka telah bersekutu* untuk menentang-Mu.+  6  Mereka ialah orang Edom dan orang Ismael,* orang Hagri+ dan Moab,+  7  Orang Gebal, orang Ammon,+ dan orang Amalek,Orang Filistin+ dan penduduk Tirus.+  8  Orang Assyria+ juga menyertai mereka;Mereka menyokong keturunan Lot.+ (Selah)  9  Perlakukanlah mereka sepertimana Engkau telah memperlakukan orang Midian,+Sepertimana Engkau memperlakukan Sisera dan Yabin di anak sungai* di Kison.+ 10  Mereka telah dilenyapkan di En-dor;+Mayat mereka dibiarkan di atas permukaan tanah seperti baja. 11  Biarlah golongan bangsawan mereka menjadi seperti Oreb dan Zeeb,+Dan para pemimpin mereka menjadi seperti Zebah dan Salmuna,+ 12  Kerana mereka pernah berkata, “Marilah kita rampas tanah yang menjadi tempat kediaman Tuhan.” 13  Ya Tuhanku, biarlah mereka menjadi seperti tumbuhan berduri yang berterbangan,+Seperti jerami yang ditiup angin. 14  Sebagaimana api membakar hutan,Sebagaimana nyala api menghanguskan gunung-ganang,+ 15  Demikian juga Engkau akan mengejar mereka dengan angin ribut-Mu+Dan menakutkan mereka dengan badai-Mu.+ 16  Penuhilah wajah mereka dengan kehinaan,Supaya mereka akan mencari nama-Mu, ya Yehuwa. 17  Biarlah mereka dimalukan dan berasa takut buat selama-lamanya;Biarlah mereka dihina dan dibinasakan; 18  Hendaklah orang tahu bahawa Engkau, yang bernama Yehuwa,+Ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.+

Nota Kaki

Atau “telah membuat perjanjian.”
Harfiah, “khemah-khemah Edom dan Ismael.”
Atau “wadi.”