Mazmur 89:1-52
Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Etan,+ orang Ezrah.
89 Aku akan bernyanyi tentang cara Yehuwa menyingkapkan kasih setia-Nya buat selama-lamanya.
Dengan bibirku, aku akan mengisytiharkan kesetiaan-Mu kepada semua generasi.
2 Aku telah berkata, “Kasih setia-Mu akan kekal buat selama-lamanya,+Dan kesetiaan-Mu akan Engkau kukuhkan di langit.”
3 Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Aku pilih;+Aku telah bersumpah kepada hamba-Ku Daud,+
4 ‘Aku akan meneguhkan keturunanmu+ buat selama-lamanya,Dan Aku akan mengukuhkan takhtamu dari generasi ke generasi.’”+ (Selah)
5 Ya Yehuwa, langit memuji perbuatan-Mu yang menakjubkan;Ya, sidang suci-Mu akan memuji kesetiaan-Mu.
6 Siapakah di langit yang dapat menandingi Yehuwa?+
Siapakah dalam kalangan anak-anak Tuhan+ yang seperti Yehuwa?
7 Tuhan sangat disegani oleh sidang suci-Nya;+Dia agung dan dikagumi oleh semua yang ada di sekeliling-Nya.+
8 Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,Ya Tuhan Yah, siapakah yang perkasa seperti Engkau?+
Engkau setia dalam segala hal.+
9 Engkau menguasai laut yang bergelora;+Apabila ombaknya melambung tinggi, Engkau menenangkannya.+
10 Engkau mengalahkan Rahab*+ dan menjadikannya seperti orang yang telah dibunuh.+
Engkau mencerai-beraikan musuh-Mu dengan lengan-Mu yang perkasa.+
11 Langit dan bumi milik-Mu;+Bumi dan segala hasilnya+ ialah ciptaan-Mu.
12 Engkau telah menciptakan utara dan selatan;Tabor+ dan Hermon+ memuji nama-Mu dengan sukacita.
13 Lengan-Mu perkasa;+Tangan-Mu kuat;+Tangan kanan-Mu diangkat dengan tinggi.+
14 Kebaikan dan keadilan ialah asas takhta-Mu;+Kasih* dan kesetiaan ada di hadapan-Mu.+
15 Berbahagialah orang yang bersorak dengan gembira.+
Ya Yehuwa, mereka berjalan di bawah cahaya wajah-Mu.
16 Mereka bersukacita sepanjang hari kerana nama-Mu,Dan mereka ditinggikan kerana kebaikan-Mu.
17 Engkaulah kemuliaan dan kekuatan mereka.+Kekuatan* kami bertambah kerana perkenan-Mu.+
18 Perisai kami milik Yehuwa,Raja kami milik Tuhan Israel Yang Suci.+
19 Dahulukala Engkau berfirman kepada umat-Mu yang setia dalam suatu penglihatan,
“Aku telah memberikan kekuatan kepada seseorang yang gagah;+Aku telah meninggikan orang yang Aku pilih daripada kalangan umat-Ku.+
20 Aku telah menemui hamba-Ku Daud;+Aku telah mengurapinya dengan minyak suci-Ku.+
21 Tangan-Ku akan menyokongnya,+Dan lengan-Ku akan menguatkannya.
22 Tiada musuh yang akan menuntut ufti daripadanya,Dan tiada orang jahat yang akan menindasnya.+
23 Aku akan menghancurkan musuh-musuh yang ada di depan matanya,+Dan membunuh orang yang membencinya.+
24 Kasih* dan kesetiaan-Ku ada bersamanya,+Dan kekuatannya* akan bertambah kerana nama-Ku.
25 Aku akan membuat tangannya menguasai laut,Dan tangan kanannya menguasai sungai-sungai.+
26 Dia akan berseru kepada-Ku, ‘Engkaulah Bapaku,Tuhanku, dan Gunung Batu yang menyelamatkan aku.’+
27 Aku akan menjadikannya anak sulung;+Dia akan menjadi raja yang agung di bumi.+
28 Aku akan menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya buat selama-lamanya,+Dan perjanjian-Ku dengannya tidak akan dibatalkan.+
29 Aku akan meneguhkan keturunannya buat selama-lamanya,Dan takhtanya akan kekal selagi langit wujud.+
30 Jika anak-anaknya meninggalkan hukum-Ku,Dan tidak hidup menurut undang-undang-Ku,
31 Jika mereka melanggar perintah-Ku,Dan tidak mematuhi hukum-Ku,
32 Aku akan menghukum mereka dengan sebatang tongkat kerana mereka tidak patuh.*+Aku juga akan menyebat mereka kerana kesalahan mereka.
33 Tetapi Aku akan terus menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya.+Aku tidak akan memungkiri janji-Ku.
34 Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku+Atau mengubah apa yang telah Aku firmankan dari mulut-Ku.+
35 Aku telah bersumpah sekali sahaja untuk selama-lamanya atas kesucian-Ku;Aku tidak akan berbohong kepada Daud.+
36 Keturunannya akan kekal buat selama-lamanya;+Takhtanya akan kekal seperti matahari yang ada di depan-Ku.+
37 Takhtanya akan kekal seperti bulan yang sentiasa ada,Seperti saksi yang setia di langit.” (Selah)
38 Tetapi sekarang, Engkau telah meninggalkannya dan menolaknya;+Engkau murka dengan orang yang telah Engkau urapi.
39 Engkau tidak menghiraukan perjanjian yang telah Engkau buat dengan hamba-Mu;Engkau telah mencemarkan mahkotanya dengan membuang mahkotanya ke tanah.
40 Engkau telah merobohkan semua tembok batunya;Engkau telah meruntuhkan semua benteng pertahanannya.
41 Dia telah dijarah oleh semua orang yang lalu di situ;Dia dihina oleh jiran-jirannya.+
42 Engkau telah memberikan kemenangan kepada musuh-musuhnya;+Engkau telah menyebabkan mereka semua bergembira.
43 Engkau juga menyebabkan pedangnya menjadi tidak berguna,Dan Engkau tidak mengizinkannya untuk menang dalam pertempuran.
44 Engkau telah mengambil kegemilangannyaDan mencampakkan takhtanya ke tanah.
45 Engkau telah memendekkan zaman mudanya;Engkau telah memalukannya. (Selah)
46 Ya Yehuwa, sampai bilakah Engkau akan menyembunyikan diri-Mu? Adakah untuk selama-lamanya?+
Adakah kemurkaan-Mu akan terus membara seperti api?
47 Ingatlah, betapa pendeknya umurku!+
Adakah Engkau menciptakan manusia tanpa tujuan?
48 Siapakah yang dapat hidup dan tidak akan mati?+
Dapatkah orang itu menyelamatkan dirinya daripada kuasa Kuburan?* (Selah)
49 Ya Yehuwa, di manakah kasih setia-Mu yang dahulu,Yang telah Engkau janjikan kepada Daud demi kesetiaan-Mu?+
50 Ya Yehuwa, ingatlah akan celaan yang telah dilemparkan terhadap hamba-hamba-Mu;Ingatlah bagaimana aku menanggung celaan daripada semua orang;
51 Ya Yehuwa, ingatlah bagaimana musuh-musuh-Mu melemparkan hinaan mereka;Ingatlah bagaimana mereka menghina setiap langkah yang diambil oleh orang yang Engkau urapi.
52 Semoga Yehuwa dipuji buat selama-lamanya. Amin! Amin!+