Mazmur 91:1-16
91 Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia milik Yang Maha Tinggi+Akan berlindung di bawah naungan Yang Maha Kuasa.+
2 Aku akan berkata kepada Yehuwa, “Engkaulah kubuku dan tempat naunganku.+Engkaulah Tuhanku, dan aku percaya kepada-Mu.”+
3 Tuhan akan menyelamatkan kamu daripada jerat penangkap burung,Daripada wabak yang membawa kemusnahan.
4 Dia akan menaungimu dengan sayap-Nya,Dan kamu akan berlindung di bawah sayap-Nya.+
Kesetiaan-Nya+ seperti perisai besar+ dan tembok pertahanan.
5 Kamu tidak usah takut akan bahaya pada malam hari,+Atau serangan anak panah pada siang hari,+
6 Atau wabak yang menyerang hendap pada waktu gelap,Atau kemusnahan yang menimpa pada waktu tengah hari.
7 Meskipun seribu orang rebah di sisimu,Dan sepuluh ribu orang rebah di sebelah kananmu,Kamu tidak akan ditimpa bahaya.+
8 Kamu hanya akan melihat apa yang berlaku dengan matamuDan menyaksikan orang jahat dihukum.*
9 Kamu menjadikan Yang Maha Tinggi tempat naunganmu,*
Dan kamu telah berkata, “Yehuwalah tempat perlindunganku.”+
10 Malapetaka tidak akan menimpamu,+Dan tulah tidak akan mendekati khemahmu.
11 Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya+Untuk melindungimu ke mana sahaja kamu pergi.+
12 Mereka akan menyambutmu dengan tangan mereka,+Supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.+
13 Kamu akan memijak-mijak singa muda dan ular tedung.Ya, kakimu akan memijak singa yang buas dan ular yang besar.+
14 Tuhan berfirman, “Oleh sebab dia mengasihi Aku, Aku akan menyelamatkan dia.+
Aku akan melindungi dia kerana dia mengenal* nama-Ku.+
15 Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya.+
Semasa dia dalam kesusahan, Aku akan berada di sampingnya.+
Aku akan menyelamatkannya dan memuliakannya.
16 Aku akan memberikan umur yang panjang kepadanya,+Dan Aku akan menunjukkan kuasa penyelamatan-Ku kepadanya.”+