Mikha 2:1-13

  • Terkutuklah orang yang menindas! (1-11)

  • Israel dikumpulkan dan disatukan (12, 13)

    • Suasana akan riuh-rendah (12)

2  “Malanglah orang yang jahat!Sambil berbaring di katil, mereka merancang apa yang buruk. Apabila pagi tiba, mereka melaksanakannya,Kerana mereka mampu berbuat demikian.+   Apabila mereka menginginkan ladang orang lain, mereka merampasnya;+Apabila mereka menginginkan rumah orang lain, mereka merebutnya.Mereka menggunakan tipu helah untuk mendapatkan rumah seseorang,+Dan mencuri harta pusakanya.   Oleh itu, Yehuwa berfirman, ‘Aku merancang untuk mendatangkan malapetaka atas kamu,+ dan kamu tidak akan terlepas.+ Kamu tidak akan berjalan dengan angkuh lagi,+ kerana inilah waktunya kamu ditimpa kesusahan.+   Pada masa itu, kamu akan menjadi bahan cerita orang,Mereka akan meratapi keadaanmu.+ Mereka akan berkata, “Habislah kita!+ Tuhan menyerahkan warisan kita kepada orang lain, ya, warisan kita telah hilang!+ Tanah kita telah diberikan kepada bangsa-bangsa yang tidak setia.”   Maka tidak ada sesiapa yang akan merentangkan tali pengukur,Untuk membahagi-bahagikan tanah dalam sidang Yehuwa.   “Jangan berkhutbah!” kata mereka,“Mereka tidak patut berkhutbah tentang hal-hal ini.Rasa malu tidak akan menimpa kita!”   Hai keturunan Yakub, bukankah kamu telah berkata, “Adakah Yehuwa* hilang sabar? Adakah semua ini perbuatan Tuhan?” Bukankah firman-Ku membawa manfaat kepada orang yang baik?   Tetapi kebelakangan ini, umat-Ku bangkit sebagai musuh. Kamu menanggalkan hiasan indah dan* jubah orang yang lalu-lalang.Ya, kamu menanggalkannya daripada orang yang berjalan dengan yakin, seperti mereka yang baru kembali dari perang.   Kamu menghalau kaum wanita dalam kalangan umat-Ku dari rumah mereka yang indah.Kamu mengambil semua berkat yang telah Aku curahkan ke atas anak-anak mereka, dan kamu tidak mengembalikannya. 10  Bangunlah dan pergilah! Tempat ini bukanlah tempat untuk berehat. Tempat ini tercemar,+ maka kemusnahan yang dahsyat akan menimpanya.+ 11  Jika seseorang mengejar angin dan tipu daya lalu berkata, “Aku akan berkhutbah tentang wain dan minuman keras,” Memang sesuai dia menjadi pengkhutbah bangsa ini!+ 12  Tetapi Aku pasti akan mengumpulkan kamu semua, hai Yakub.Aku pasti akan mengumpulkan umat Israel yang tertinggal.+ Aku akan menyatukan mereka, dan mereka akan menjadi seperti biri-biri yang dikumpulkan di dalam sebuah kandang,Seperti kawanan binatang di tengah-tengah padang rumput.+Suasana di situ pasti riuh-rendah.’+ 13  Seseorang yang membuka jalan ada di hadapan mereka.Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang.+ Raja mereka akan berjalan di hadapan mereka.Yehuwa akan memimpin mereka semua.”+

Nota Kaki

Atau “kuasa Yehuwa.”
Atau mungkin, “daripada.”