Mikha 6:1-16

  • Dakwaan Tuhan terhadap Israel (1-5)

  • Apakah yang dikehendaki oleh Yehuwa? (6-8)

    • Adil, setia, rendah hati (8)

  • Dosa Israel dan hukumannya (9-16)

6  Dengarlah firman Yehuwa. Bangunlah dan buatlah pembelaan bagi dirimu di hadapan gunung-ganang;Biarlah bukit-bukit mendengar suaramu.+   Hai gunung-ganang dan asas bumi yang kukuh,+Dengarlah hujah-hujah Yehuwa.Yehuwa membuat dakwaan terhadap umat-Nya Israel.Dia akan membuat tuduhan terhadap mereka.+ Dia berfirman,   “Hai umat-Ku, apakah yang telah Aku lakukan terhadap kamu? Dalam hal apakah Aku telah menyusahkan kamu?+ Jawablah Aku.   Aku telah membawa kamu keluar dari negeri Mesir.+Aku telah menyelamatkan kamu daripada perhambaan.+Aku telah mengutus Musa, Harun, dan Miryam+ kepadamu.   Hai umat-Ku, ingatlah akan tawaran Raja Balak dari Moab,+Dan jawapan yang diberikan oleh Bileam anak Beor kepadanya.+Ingatlah akan peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan dari Sitim+ ke Gilgal,+Supaya kamu menyedari bahawa Yehuwa melakukan apa yang benar.”   Apakah yang harus aku bawa semasa menghadap Yehuwa? Apakah yang harus aku bawa semasa aku bersujud kepada Tuhan di syurga? Haruskah aku mempersembahkan korban bakar di hadapan-Nya?Haruskah aku membawa anak lembu yang berumur satu tahun?+   Adakah Yehuwa berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor kambing jantan?Ataupun minyak zaitun yang berlimpah-limpah?+ Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana kesalahanku?Haruskah aku mempersembahkan anak kandungku kerana dosaku?+   Hai manusia, Tuhan telah memberitahu engkau apa yang baik. Apakah yang dikehendaki oleh Yehuwa daripadamu? Dia ingin engkau berlaku adil,+ mencintai kesetiaan,*+Dan hidup dengan rendah hati+ di hadapan Tuhan.+   Suara Yehuwa akan kedengaran di kota.Orang yang bijaksana akan berasa takut setelah mendengar nama-Nya.* Perhatikanlah tongkat penghakiman, dan lihatlah siapa yang telah menentukan penghakiman.+ 10  Adakah kekayaan yang tidak halal masih ada di dalam rumah orang yang jahat?Adakah takaran palsu yang menjijikkan itu masih ada di dalam rumah mereka? 11  Adakah aku seorang yang baik* jika aku menggunakan neraca palsu,Atau batu timbangan yang tidak tepat?+ 12  Orang kaya di kota melakukan banyak keganasan,Dan penduduk kota suka berdusta.+Lidah di dalam mulut mereka sarat dengan tipu daya.+ 13  “Oleh itu, Aku akan memukulmu dan mencederakanmu.+Engkau akan sunyi sepi kerana dosamu. 14  Engkau akan makan, tetapi tidak akan rasa puas;Engkau akan sentiasa berasa lapar.+ Apa yang engkau simpan, tidak akan selamat.Apa yang dapat engkau selamatkan, akan Aku hancurkan dengan pedang. 15  Engkau akan menabur benih, tetapi engkau tidak akan menuai hasilnya. Engkau akan memerah buah zaitun, tetapi engkau tidak akan menggunakan minyaknya.Engkau akan membuat wain baharu, tetapi engkau tidak akan meminumnya.+ 16  Hal ini demikian kerana kamu semua mengikut segala perbuatan Omri dan keluarga Ahab.+Kamu juga hidup menurut nasihat mereka. Itulah sebabnya Aku akan membuat orang takut apabila mereka melihat keadaan kamu.Penduduk kota akan mengetawakan kamu,*+Dan bangsa-bangsa akan menghina kamu.”+

Nota Kaki

Atau “menunjukkan kebaikan hati, kasih, dan kesetiaan.” Harfiah, “mencintai kasih setia.”
Harfiah, “nama-Mu.”
Atau “yang bersih secara moral.”
Atau “akan bersiul apabila mereka melihat kamu.”