Nahum 1:1-15

  • Tuhan membalas dendam terhadap musuh-musuh-Nya (1-7)

    • Tuhan menghendaki manusia menyembah Dia sahaja (2)

    • Yehuwa menjaga orang yang berlindung kepada-Nya (7)

  • Niniwe akan dibinasakan (8-14)

    • Kesengsaraan tidak akan berlaku lagi (9)

  • Berita baik untuk Yehuda (15)

1  Inilah perkhabaran yang dicatatkan mengenai kota Niniwe.+ Perkhabaran ini dinyatakan dalam suatu penglihatan kepada Nahum,* seorang lelaki dari Elkos:  2  Tuhan Yehuwa menghendaki manusia menyembah Dia sahaja.+Yehuwa akan menghukum musuh-musuh-Nya. Yehuwa tidak lupa akan perbuatan jahat mereka dan Dia akan murka terhadap mereka.+Dia akan melakukan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya.  3  Yehuwa tidak cepat murka+ walaupun Dia amat berkuasa,+Tetapi Yehuwa tidak akan membiarkan orang yang berdosa terlepas daripada hukuman.+ Di mana Dia berjalan, muncul angin kencang dan ribut yang dahsyat.Awan ialah debu di bawah kaki-Nya.+  4  Apabila Dia menegur laut,+ laut menjadi kering;Dia juga mengeringkan semua sungai.+ Basan dan Karmel menjadi tempat yang gersang,+Dan bunga-bunga di Lebanon menjadi layu.  5  Gunung-ganang bergoncang disebabkan-Nya,Dan bukit bukau akan lebur.+ Bumi akan bergegar di hadapan-Nya,Begitu juga dengan dunia dan semua penduduknya.+  6  Siapakah yang dapat tahan apabila Dia murka?+ Siapakah yang dapat terlepas daripada bahang kemurkaan-Nya?+ Dia akan melampiaskan api kemurkaan-Nya,Dan batu-batu akan hancur disebabkan-Nya.  7  Yehuwa itu baik,+ dan Dia merupakan kubu perlindungan pada masa kesusahan.+ Dia menjaga* orang yang berlindung kepada-Nya.+  8  Dia akan mendatangkan banjir yang besar untuk membinasakan kota itu,*Dan kegelapan akan mengejar musuh-musuh-Nya.  9  Apakah yang dapat kamu rancang untuk melawan Yehuwa? Dia akan membinasakan kamu sama sekali. Kesengsaraan tidak akan berlaku lagi.+ 10  Penduduk Niniwe seperti semak berduri yang berbelit-belit,Dan mereka seperti orang yang mabuk setelah meminum arak;*Tetapi mereka akan dibakar seperti jerami kering. 11  Seseorang yang membuat rancangan jahat untuk melawan Yehuwa akan muncul daripada kalanganmu,Dia akan memberikan nasihat yang sia-sia. 12  Inilah firman Yehuwa: “Walaupun mereka sudah bersedia sepenuhnya dan bilangan mereka ramai,Mereka akan dibinasakan dan diserang.* Aku sudah menyebabkan engkau* menderita, tetapi Aku tidak akan melakukannya lagi. 13  Sekarang, Aku akan mematahkan kuk* yang dikenakan oleh musuh ke atasmu,+Dan Aku akan memutuskan rantai yang membelenggumu. 14  Inilah firman Yehuwa mengenai engkau:*‘Tidak ada lagi keturunan yang akan menyandang namamu. Aku akan menghancurkan patung-patung berhala yang ada di dalam kuil-kuil dewamu. Aku akan menyediakan kuburan untukmu kerana engkau memang tidak berguna.’ 15  Lihatlah, seseorang datang melalui gunung-gunung untuk menyampaikan berita baik.Dia datang untuk mengumumkan kedamaian.+ Hai Yehuda, rayakanlah perayaan-perayaanmu+ dan tunaikanlah ikrarmu,Kerana orang yang tidak berguna itu tidak akan menyerangmu lagi. Dia akan dibinasakan sama sekali.”

Nota Kaki

Maksudnya “Orang yang Melegakan Hati.”
Harfiah, “mengenali.”
Iaitu, Niniwe.
Atau “bir.”
Atau mungkin, “dan seseorang akan lalu di antara mereka.”
Iaitu, Yehuda.
Lihat Kamus.
Iaitu, Assyria.