Nahum 2:1-13
2 Orang yang akan mencerai-beraikan engkau* telah datang untuk menyerangmu.+
Kawallah kubu-kubu.
Awasilah jalan-jalan.
Bersiaplah untuk berperang dan kerahkanlah segala kekuatanmu.
2 Yehuwa akan memulihkan kemegahan YakubDan juga kemegahan Israel.Para penjarah telah merampas harta mereka+Dan memusnahkan pokok anggur mereka.
3 Tentera musuh telah datang dengan memakai pakaian berwarna merah.Mereka membawa perisai berwarna merah.
Mereka bersedia untuk berperang.Mereka mengangkat tombak kayu,Dan perlengkapan besi pada kereta kuda mereka bagaikan api yang bernyala-nyala.
4 Kereta-kereta kuda mereka bergerak dengan pantas di jalanan,
Dan meluru ke sana ke mari di tempat-tempat awam.
Kereta-kereta kuda itu bersinar bagaikan obor yang menyala dan bergerak sepantas kilat.
5 Raja* akan memanggil para pegawainya.
Mereka akan tersandung ketika maju.
Mereka bergegas menuju ke tembok kotaUntuk memperkukuh pertahanan kota itu.
6 Gerbang-gerbang sungai akan terbuka,Dan istana pula akan runtuh.
7 Hal ini telah pun ditentukan: Penduduk kota itu dimalukan di hadapan umum.Mereka ditawan dan hamba-hamba perempuan di situ memukul dada kerana sedih.Ratapan hamba-hamba perempuan itu seperti bunyi burung merpati.
8 Sejak dulu lagi, Niniwe+ adalah seperti kolam air,Tetapi sekarang, penduduknya melarikan diri dari situ.
Ada yang berteriak, “Berhenti! Berhenti!”
Namun tiada seorang pun yang kembali.+
9 Rampaslah perak! Rampaslah emas!
Semua harta itu tidak akan habis.
Kota itu penuh dengan pelbagai jenis barang yang berharga.
10 Kota itu sudah musnah, terbiar, dan kosong!+
Penduduknya ketakutan sehingga lutut mereka menjadi lemah dan pinggul mereka menggeletar.Muka mereka semua menjadi pucat.
11 Di manakah sarang singa,+ tempat anak singa diberi makan?Di manakah tempat singa berjalan bersama anaknya?Siapakah yang dapat membuat mereka berasa takut?
12 Singa mencabik-cabik mangsa supaya anak-anaknya cukup makan,Dan mencekik mangsa untuk singa-singa betina.
Singa memenuhi sarangnya dengan mangsa-mangsanya,Sarangnya penuh dengan cabikan daging binatang.
13 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Lihatlah! Aku akan menentangmu.+Aku akan membakar kereta kudamu di dalam asap,+Dan Aku akan membunuh anak-anak singamu dengan pedang.
Engkau tidak akan memburu mangsamu di bumi lagi,Dan suara utusanmu tidak akan kedengaran lagi.”+