Nahum 3:1-19
3 Malanglah kota yang penuh dengan pertumpahan darah,
Yang sarat dengan penipuan dan pencurian,
Dan yang tidak henti-henti menangkap mangsanya!
2 Kedengaran bunyi pukulan cemeti dan bunyi roda yang berputar,Ada kuda yang berlari dengan pantas dan kereta kuda yang bergerak dengan laju.
3 Ada penunggang kuda, pedang yang berkilat, dan tombak yang berkilauan.Ada banyak orang yang dibunuh dan mayat yang bertimbun-timbun—Bilangan mayat yang tidak terhitung banyaknya.
Mereka asyik tersandung pada mayat-mayat itu.
4 Hal ini demikian kerana kota itu seperti seorang pelacur yang melakukan banyak pelacuran.Pelacur itu cantik dan menawan serta mahir melakukan sihir.Dia menjerat bangsa-bangsa dengan pelacurannya dan amalan sihirnya.
5 “Lihatlah! Aku akan menentangmu,”* firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.+“Aku akan mengangkat hujung jubahmu sampai ke mukamu;Aku akan menyebabkan bangsa-bangsa melihat keadaanmu yang telanjang,Dan kerajaan-kerajaan akan melihat keadaanmu yang memalukan.
6 Aku akan melemparkan kotoran ke atasmuDan Aku akan menghinamu;Aku akan menjadikan engkau tontonan semua orang.+
7 Semua orang yang melihat engkau akan menjauhimu+ dan berkata,‘Niniwe sudah dimusnahkan!
Siapakah yang akan bersimpati terhadap dia?’
Dari manakah Aku dapat mencari orang yang akan melegakan hatimu?
8 Adakah engkau lebih baik daripada No-amon,*+ yang terletak di tepi saluran air Sungai Nil?+
Kota itu dikelilingi air;Laut merupakan sumber kekayaannya dan tembok perlindungannya.
9 Etiopia* dan Mesir ialah sumber kekuatannya yang tidak terbatas.
Put+ dan orang Libia pula ialah pembantunya.+
10 Meskipun begitu, penduduk kota itu menjadi orang buangan;Mereka telah ditawan.+
Anak-anak mereka juga telah dibunuh dengan kejam di setiap simpang jalan.
Para lelaki yang terhormat dalam kalangan mereka dibahagi-bahagikan dengan membuang undi,Dan semua pembesar mereka telah diikat dengan rantai.
11 Engkau juga akan menjadi mabuk;+Engkau akan menyembunyikan diri.
Engkau akan mencari perlindungan daripada musuh.
12 Semua kubumu adalah seperti pokok ara yang menghasilkan buah-buah yang masak untuk kali pertama;Apabila pokok itu digoncang, buahnya akan jatuh ke dalam mulut orang yang ingin melahapnya.
13 Lihatlah! Askar-askarmu adalah seperti perempuan yang ada dalam kalanganmu.
Gerbang-gerbang negerimu akan terbuka luas bagi musuh-musuhmu.
Palang-palang gerbangmu akan habis dijilat api.
14 Timbalah air untuk menghadapi masa pengepungan!+
Perkukuhkanlah kubu-kubumu.
Pergilah ke kawasan berlumpur dan pijaklah tanah liat;Dan buatlah batu bata.
15 Meskipun begitu, api akan membakar engkau.
Sebilah pedang akan membunuhmu.+
Api dan pedang akan memusnahkan engkau sepertimana anak belalang juta* memusnahkan tumbuh-tumbuhan.+
Engkau haruslah bertambah banyak seperti anak belalang juta!
Ya, jadilah banyak seperti belalang juta!
16 Engkau telah melipatgandakan para pedagangmu sehingga menjadi lebih banyak daripada bintang-bintang di langit.
Anak belalang juta menanggalkan kulitnya lalu terbang menghilang.
17 Para pengawalmu seperti belalang juta,Dan para pegawaimu pula seperti kawanan belalang juta.
Kawanan belalang juta berlindung di dalam tembok-tembok batu pada hari yang sejuk,Tetapi apabila matahari terbit, kawanan itu terbang menghilang;Dan tiada sesiapa pun yang tahu di mana kawanan itu.
18 Wahai raja Assyria, para pemimpinmu sedang mengantuk;Para pembesarmu tinggal di tempat kediaman mereka.
Rakyatmu tercerai-berai di kawasan pergunungan,Dan tiada sesiapa pun yang mengumpulkan mereka.+
19 Engkau tidak akan mendapat kelegaan bagi malapetaka yang menimpamu.
Lukamu tidak dapat disembuhkan lagi.
Semua orang yang mendengar laporan tentang engkau akan bertepuk tangan;+Kerana siapakah yang tidak menderita akibat kekejamanmu yang tidak henti-henti?”+