Nehemia 10:1-39

  • Rakyat bersetuju untuk mematuhi Hukum Tuhan (1-39)

    • “Kami tidak akan mengabaikan Rumah Tuhan kami” (39)

10  Berikut merupakan orang yang mengesahkan perjanjian itu dengan meterai+ mereka: Gabenor* Nehemia anak Hakalia,Zedekia,  Serayah, Azarya, Yeremia,  Pasyhur, Amaria, Malkia,  Hatus, Syebania, Malukh,  Harim,+ Meremot, Obaja,  Daniel,+ Gineton, Barukh,  Mesulam, Abia, Miyamin,  Maazia, Bilgai, dan Semaya. Mereka semua ialah imam.  Berikut merupakan orang Lewi yang mengesahkan perjanjian itu: Yeshua anak Azania, Binui daripada keturunan Henadad, Kadmiel,+ 10  dan saudara-saudara mereka, iaitu Syebania, Hodia, Kelita, Pelaya, Hanan, 11  Mika, Rehob, Hasabia, 12  Zakur, Syerebia,+ Syebania, 13  Hodia, Bani, dan Beninu. 14  Berikut merupakan para pemimpin yang mengesahkan perjanjian itu: Paros, Pahat-moab,+ Elam, Zatu, Bani, 15  Buni, Azgad, Bebai, 16  Adonia, Bigwai, Adin, 17  Ater, Hizkia, Azur, 18  Hodia, Hasum, Bezai, 19  Harif, Anatot, Nebai, 20  Magpias, Mesulam, Hezir, 21  Mesyezabel, Zadok, Yadua, 22  Pelatia, Hanan, Anaya, 23  Hoshea, Hanania, Hassub, 24  Halohes, Pilha, Sobek, 25  Rehum, Hasabna, Maaseya, 26  Ahia, Hanan, Anan, 27  Malukh, Harim, dan Baanah. 28  Orang lain, iaitu para imam, orang Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, hamba-hamba Rumah Tuhan,* dan semua orang yang telah memisahkan diri mereka daripada bangsa asing dan mematuhi Hukum Tuhan yang benar,+ bersama dengan anak isteri mereka, serta semua orang yang mempunyai pengetahuan dan pengertian,* 29  menyertai saudara-saudara mereka yang terkemuka, lalu mereka semua mengangkat sumpah. Mereka bersumpah bahawa mereka akan dikutuk jika mereka tidak mematuhi hukum, perintah, dan peraturan Yehuwa, Tuan kami, dan tidak hidup selaras dengan Hukum Tuhan, yang telah diberikan oleh Tuhan yang benar melalui hamba-Nya Musa. 30  Kami tidak akan mengahwinkan anak perempuan kami dengan anak lelaki daripada bangsa-bangsa asing di negeri ini. Kami juga tidak akan mengahwinkan anak lelaki kami dengan anak perempuan mereka.+ 31  Jika orang daripada bangsa asing membawa barang niaga dan bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membeli apa-apa pun daripada mereka pada hari Sabat+ atau pada hari-hari suci yang lain.+ Pada tahun ketujuh,+ kami tidak akan mengusahakan tanah kami dan tidak akan menuntut hutang.+ 32  Selain itu, kami mewajibkan diri untuk memberikan empat gram perak* bagi khidmat di Rumah Tuhan setiap tahun,+ 33  bagi roti-roti berlapis,*+ bagi korban bijirin+ yang dipersembahkan secara tetap, bagi korban bakar yang dipersembahkan pada hari Sabat+ dan perayaan bulan baharu,+ bagi perayaan lain yang telah ditetapkan,+ bagi benda-benda suci, bagi korban untuk memohon pengampunan dosa+ orang Israel, dan bagi semua pekerjaan yang dilakukan di Rumah Tuhan kami. 34  Selepas itu, kami membuang undi untuk menentukan bila para imam, orang Lewi, dan rakyat harus membawa bekalan kayu ke Rumah Tuhan untuk dibakar di atas mazbah Yehuwa, Tuhan kami, menurut apa yang tertulis dalam Hukum. Setiap puak harus mengambil giliran untuk membekalkan kayu itu pada masa yang ditetapkan setiap tahun.+ 35  Setiap tahun, kami membawa hasil tuaian pertama dari ladang kami, dan hasil pertama daripada setiap jenis pokok buah-buahan ke Rumah Yehuwa.+ 36  Kami juga membawa anak lelaki sulung kami dan anak jantan sulung daripada ternakan kami,+ iaitu lembu, biri-biri, dan kambing, ke Rumah Tuhan kami, menurut apa yang tercatat dalam Hukum, lalu memberikannya kepada para imam yang berkhidmat di situ.+ 37  Selain itu, kami memberikan hasil tuaian pertama daripada bijirin kami,+ hasil daripada setiap jenis pokok,+ wain baharu, dan minyak,+ serta sumbangan yang lain kepada para imam yang bertugas di bilik-bilik stor* Rumah Tuhan.+ Kami juga memberikan satu persepuluh daripada hasil ladang kami kepada orang Lewi+ kerana merekalah yang mengumpulkan hasil itu dari kota-kota pertanian kami. 38  Seorang imam daripada keturunan Harun harus ada bersama-sama orang Lewi ketika mereka mengumpulkan satu persepuluh hasil itu. Selepas itu, orang Lewi harus mengambil satu persepuluh daripada hasil yang telah dikumpulkan itu dan menyimpannya di dalam bilik-bilik* di stor Rumah Tuhan.+ 39  Orang Israel dan orang Lewi harus membawa sumbangan+ bijirin, wain baharu, dan minyak+ ke bilik-bilik stor.* Perkakas-perkakas Rumah Tuhan juga disimpan di situ. Selain itu, imam-imam yang sedang berkhidmat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi juga berada di dalam bilik-bilik itu. Sememangnya kami tidak akan mengabaikan Rumah Tuhan kami.+

Nota Kaki

Lihat nota kaki bagi Ne 7:65.
Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau mungkin, “serta semua orang yang cukup dewasa untuk memahami perjanjian itu.”
Harfiah, “satu pertiga syekel.” Lihat Lampiran B14.
Iaitu, roti yang dipersembahkan.
Atau “bilik-bilik makan.”
Atau “bilik-bilik makan.”
Atau “bilik-bilik makan.”