Nehemia 12:1-47

  • Para imam dan orang Lewi (1-26)

  • Upacara perasmian tembok (27-43)

  • Orang ramai menyokong khidmat suci (44-47)

12  Inilah para imam dan orang Lewi yang mengiringi Yeshua+ dan Zerubabel+ anak Sealtiel:+ Serayah, Yeremia, Ezra,  Amaria, Malukh, Hatus,  Sekania, Rehum, Meremot,  Ido, Ginetoi, Abia,  Miyamin, Maadia, Bilga,  Semaya, Yoyarib, Yedaya,  Salu, Amok, Hilkia, dan Yedaya. Mereka semua memimpin para imam dan saudara-saudara mereka pada zaman Yeshua.  Orang Lewi ialah Yeshua, Binui, Kadmiel,+ Syerebia, Yehuda, dan Matania.+ Matania dan saudara-saudaranya memimpin nyanyian lagu kesyukuran.  Saudara-saudara mereka, iaitu Bakbukia dan Unni, berdiri di hadapan mereka semasa berkawal.* 10  Yeshua ialah bapa Yoyakim, Yoyakim ialah bapa Eliasib,+ Eliasib ialah bapa Yoyada,+ 11  Yoyada ialah bapa Yonatan, dan Yonatan ialah bapa Yadua. 12  Inilah para imam yang juga merupakan ketua puak pada zaman Yoyakim: Meraya, daripada keluarga Serayah;+ Hanania, daripada keluarga Yeremia; 13  Mesulam, daripada keluarga Ezra;+ Yehohanan, daripada keluarga Amaria; 14  Yonatan, daripada keluarga Malukhi; Yusuf, daripada keluarga Syebania; 15  Adna, daripada keluarga Harim;+ Helkai, daripada keluarga Merayot; 16  Zakharia, daripada keluarga Ido; Mesulam, daripada keluarga Gineton; 17  Zikhri, daripada keluarga Abia;+ . . .  ,* daripada keluarga Miniamin; Piltai, daripada keluarga Moadia; 18  Syamua, daripada keluarga Bilga;+ Yehonatan, daripada keluarga Semaya; 19  Matenai, daripada keluarga Yoyarib; Uzi, daripada keluarga Yedaya;+ 20  Kalai, daripada keluarga Salai; Eber, daripada keluarga Amok; 21  Hasabia, daripada keluarga Hilkia; dan Netanel, daripada keluarga Yedaya. 22  Senarai ketua-ketua puak orang Lewi dan para imam dibuat pada zaman Eliasib, Yoyada, Yohanan, dan Yadua+ hingga zaman Darius, raja Persia. 23  Senarai nama ketua-ketua puak orang Lewi dicatatkan dalam buku sejarah yang mengisahkan peristiwa pada zaman itu hingga zaman Yohanan anak Eliasib. 24  Hasabia, Syerebia, dan Yeshua+ anak Kadmiel+ ialah ketua-ketua orang Lewi. Mereka berdiri di hadapan saudara-saudara mereka yang bertugas sebagai pengawal, satu kumpulan berhadapan dengan satu kumpulan. Mereka memuji dan mengucapkan syukur kepada Tuhan, menurut arahan yang diberikan oleh Daud,+ hamba Tuhan yang benar. 25  Matania,+ Bakbukia, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub+ ialah para penjaga pintu gerbang+ yang mengawal bilik-bilik stor dekat pintu gerbang. 26  Mereka semua berkhidmat pada zaman Yoyakim anak Yeshua,+ cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia serta pada zaman Ezra,+ imam dan jurutulis* itu. 27  Semasa upacara perasmian tembok Yerusalem, orang Lewi dikumpulkan dari semua tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem, supaya mereka dapat merayakan upacara itu dengan gembira. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran+ dengan diiringi simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi. 28  Para penyanyi yang mahir* datang dari daerah yang berdekatan,* dari sekeliling Yerusalem, dan dari perkampungan orang Netofa.+ 29  Mereka juga datang dari Bet-gilgal,+ dan dari padang rumput Geba+ dan Azmawet,+ kerana mereka semua telah mendirikan perkampungan bagi diri mereka di sekeliling Yerusalem. 30  Para imam dan orang Lewi menyucikan diri mereka dan orang ramai.+ Mereka juga menyucikan pintu-pintu gerbang+ dan tembok kota.+ 31  Kemudian aku membawa para pemimpin ke atas tembok kota, lalu aku membahagikan para penyanyi yang akan menyanyikan lagu kesyukuran kepada dua kumpulan besar, dan setiap kumpulan penyanyi diikuti dengan satu kumpulan orang dari belakang. Setelah itu, salah satu kumpulan penyanyi berarak ke sebelah kanan atas tembok yang menuju ke Pintu Gerbang Timbunan Abu.+ 32  Hoshaiah dan separuh daripada pemimpin Yehuda berjalan di belakang mereka, 33  bersama dengan Azarya, Ezra, Mesulam, 34  Yehuda, Benyamin, Semaya, dan Yeremia. 35  Mereka disertai beberapa orang anak imam yang meniup trompet:+ Zakharia (Zakharia ialah anak Yonatan, Yonatan ialah anak Semaya, Semaya ialah anak Matania, Matania ialah anak Mikhaya, Mikhaya ialah anak Zakur, dan Zakur ialah anak Asaf)+ 36  dan saudara-saudaranya Semaya, Azarel, Milalai, Gilalai, Maai, Netanel, Yehuda, dan Hanani, yang memainkan alat-alat muzik yang telah diciptakan oleh Daud,+ hamba Tuhan yang benar. Ezra,+ jurutulis* itu, berjalan di hadapan perarakan tersebut. 37  Apabila mereka sampai di Pintu Gerbang Mata Air,+ mereka menaiki Tangga+ Kota Daud+ melalui jalan pendakian tembok. Kemudian mereka terus berjalan melalui bahagian atas Rumah Daud lalu sampai di Pintu Gerbang Air+ di sebelah timur. 38  Satu lagi kumpulan penyanyi berarak ke arah yang bertentangan,* dan aku bersama satu lagi kumpulan orang mengikut mereka dari belakang. Kami berarak melalui Menara Ketuhar+ dan Tembok Lebar,+ 39  lalu melintasi Pintu Gerbang Efraim,+ Pintu Gerbang Kota Lama,+ Pintu Gerbang Ikan,+ Menara Hananel,+ Menara Mea, Pintu Gerbang Biri-Biri,+ dan kami berhenti di Pintu Gerbang Pengawal. 40  Akhirnya, kedua-dua kumpulan penyanyi itu sampai di hadapan rumah Tuhan yang benar lalu mereka berdiri di situ. Aku dan separuh daripada para pembesar yang bersamaku juga berdiri di situ. 41  Kami disertai para imam yang meniup trompet. Mereka ialah Elyakim, Maaseya, Miniamin, Mikhaya, Elioenai, Zakharia, dan Hanania. 42  Terdapat juga Maaseya, Semaya, Eleazar, Uzi, Yehohanan, Malkia, Elam, dan Ezer. Para penyanyi bernyanyi dengan kuat di bawah pimpinan Yizrahia. 43  Pada hari itu, mereka sangat gembira+ dan mempersembahkan banyak korban, kerana Tuhan yang benar telah membuat mereka bersukacita. Wanita dan kanak-kanak turut bergembira+ sehingga riuh-rendah di Yerusalem dapat didengar dari jauh.+ 44  Pada hari itu juga, beberapa orang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik stor+ yang digunakan untuk menyimpan sumbangan,+ hasil tuaian pertama,+ dan persembahan persepuluhan.+ Mereka harus pergi ke ladang di sekitar kota-kota dan mengumpulkan tuaian yang dikhaskan untuk para imam dan orang Lewi,+ menurut Hukum Tuhan.+ Kemudian mereka akan memasukkan tuaian itu ke dalam bilik-bilik stor itu. Penduduk Yehuda bersukacita kerana imam dan orang Lewi menjalankan khidmat mereka. 45  Mereka menjalankan upacara penyucian yang diwajibkan oleh Tuhan dan tugas-tugas lain yang telah diperintahkan-Nya. Para penyanyi dan penjaga pintu gerbang juga berbuat demikian, selaras dengan arahan yang telah diberikan oleh Daud dan anaknya Salomo. 46  Sejak dahulu lagi, iaitu pada zaman Daud dan Asaf, terdapat ketua-ketua yang memimpin para penyanyi yang menyanyikan lagu pujian dan kesyukuran kepada Tuhan.+ 47  Pada zaman Zerubabel+ dan Nehemia, semua orang Israel memberikan makanan* kepada para penyanyi+ dan penjaga pintu gerbang,+ menurut keperluan harian mereka. Orang Israel juga memberikan makanan* kepada orang Lewi.+ Orang Lewi pula akan mengasingkan satu bahagian daripada apa yang telah diterima oleh mereka, lalu memberikannya kepada keturunan Harun.

Nota Kaki

Atau mungkin, “semasa menjalankan tugas ibadat.”
Dalam teks Ibrani, tidak ada nama dalam ruangan ini.
Atau “penyalin hukum Tuhan.”
Harfiah, “Anak lelaki para penyanyi.”
Iaitu, dari daerah Yordan.
Atau “penyalin hukum Tuhan.”
Atau “berarak di hadapan.”
Atau “bahagian yang telah ditetapkan.”
Atau “bahagian yang telah ditetapkan.”