Nehemia 3:1-32

  • Tembok dibina semula (1-32)

3  Imam Agung Eliasib+ dan saudara-saudaranya, iaitu imam-imam yang lain, membina Pintu Gerbang Biri-Biri.+ Mereka mentahbiskan pintu+ gerbang itu untuk Tuhan dan memasang daun-daun pintunya. Seterusnya mereka meneruskan pembinaan sampai ke Menara Mea+ dan ke Menara Hananel+ lalu mentahbiskan semuanya untuk Tuhan. 2  Bahagian tembok yang seterusnya dibina oleh orang Yerikho,+ dan bahagian yang seterusnya pula dibina oleh Zakur anak Imri. 3  Keturunan Hasenaa membina Pintu Gerbang Ikan.+ Mereka memasang kayu-kayu pada pintu itu.+ Mereka juga memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. 4  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Meremot+ anak Uria, iaitu cucu Hakoz; bahagian yang seterusnya dibaiki oleh Mesulam+ anak Berekia, iaitu cucu Mesyezabel; dan bahagian yang seterusnya pula dibaiki oleh Zadok anak Baana. 5  Orang Tekoa+ membaiki bahagian tembok yang seterusnya, tetapi pembesar-pembesar mereka enggan bekerja di bawah pengawasan tuan-tuan mereka kerana pembesar-pembesar itu tidak rendah hati. 6  Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besodeya membaiki Pintu Gerbang Kota Lama.+ Mereka memasang kayu-kayu pada pintu itu. Mereka juga memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. 7  Melatia dari Gibeon+ dan Yadon, seorang lelaki Meronot, membaiki bahagian tembok yang seterusnya. Mereka berdua datang dari Gibeon dan Mizpa,+ yang dikuasai oleh gabenor wilayah di seberang Sungai Efrat.*+ 8  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Uziel anak Harhaya, seorang tukang emas; dan bahagian yang seterusnya dibaiki oleh Hanania, seorang pembuat minyak wangi. Mereka membina jalan dari Yerusalem sampai ke Tembok Lebar.+ 9  Refaya anak Hur, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Yerusalem, membaiki bahagian tembok yang seterusnya. 10  Yedaya anak Harumaf membaiki bahagian tembok yang seterusnya, iaitu bahagian yang terletak di hadapan rumahnya; dan bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Hatus anak Hasabneya. 11  Malkia anak Harim+ dan Hassub anak Pahat-moab+ membaiki bahagian tembok yang lain dan juga Menara Ketuhar.+ 12  Bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Salum anak Halohes dan anak-anak perempuannya. Salum ialah pemimpin yang menguasai separuh daerah Yerusalem. 13  Hanun dan penduduk Zanoah+ membaiki Pintu Gerbang Lembah.+ Mereka membina semula pintu gerbang itu lalu memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. Mereka juga membaiki tembok sepanjang kira-kira 445 meter* sampai ke Pintu Gerbang Timbunan Abu.+ 14  Malkia anak Rekhab, iaitu pemimpin daerah Bet-hakherem,+ membaiki Pintu Gerbang Timbunan Abu. Dia membina semula pintu gerbang itu lalu memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. 15  Syalun anak Kolhoze, iaitu pemimpin daerah Mizpa,+ membaiki Pintu Gerbang Mata Air+ dan membina semula pintu gerbang itu dan atapnya. Dia memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. Dia juga membaiki tembok di Kolam+ Saluran, dekat Taman Raja,+ sampai ke Tangga+ yang menurun dari Kota Daud.+ 16  Nehemia anak Azbuk, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Bet-zur,+ membaiki bahagian tembok di hadapan Tempat Perkuburan Daud+ sampai ke sebuah kolam+ buatan dan Rumah Orang Perkasa. 17  Bahagian-bahagian tembok yang berikut dibaiki oleh orang Lewi: Rehum anak Bani membaiki bahagian tembok yang seterusnya; dan Hasabia, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Kehila,+ mewakili daerahnya untuk membaiki bahagian tembok yang seterusnya. 18  Saudara-saudara mereka membaiki bahagian tembok yang seterusnya. Mereka diketuai oleh Bawai anak Henadad, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Kehila. 19  Ezer anak Yeshua,+ iaitu pemimpin Mizpa, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan lereng yang menuju ke Gudang Senjata di Tiang Penyokong.+ 20  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Barukh anak Zabai+ dengan penuh semangat. Dia membaiki bahagian tembok dari Tiang Penyokong sampai ke pintu masuk rumah Imam Agung Eliasib.+ 21  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Meremot+ anak Uria, iaitu cucu Hakoz. Dia membaiki bahagian tembok dari pintu masuk rumah Eliasib sampai ke hujung rumah Eliasib. 22  Para imam yang tinggal di daerah Yordan*+ membaiki bahagian tembok yang seterusnya; 23  Benyamin dan Hassub membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumah mereka; Azarya anak Maaseya, iaitu cucu Anania, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang berdekatan rumahnya; 24  dan Binui anak Henadad membaiki bahagian tembok yang seterusnya, dari rumah Azarya sampai ke Tiang Penyokong+ dan sudut tembok. 25  Palal anak Uzai membaiki bahagian tembok yang seterusnya, iaitu di hadapan Tiang Penyokong dan menara yang terletak di Istana Raja,+ yang bahagian atasnya berdekatan Halaman Pengawal;+ dan bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Pedaya anak Paros.+ 26  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh hamba-hamba Rumah Tuhan*+ yang tinggal di Ofel.+ Mereka membaiki tembok sehingga Pintu Gerbang Air+ di sebelah barat dan menara yang menganjur keluar dari tembok. 27  Bahagian tembok yang seterusnya, iaitu dari hadapan menara itu sampai ke tembok Ofel, dibaiki oleh orang Tekoa.+ 28  Para imam pula membaiki bahagian tembok di atas Pintu Gerbang Kuda,+ iaitu bahagian tembok yang terletak di hadapan rumah mereka. 29  Zadok+ anak Imer membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumahnya. Bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Semaya anak Sekania, iaitu penjaga Pintu Gerbang Timur.+ 30  Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Hanun, iaitu anak lelaki keenam Zalaf, dan Hanania anak Syelemia. Mesulam+ anak Berekia pula membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumahnya.* 31  Malkia, iaitu ahli persatuan tukang emas, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, sampai ke tempat tinggal hamba-hamba Rumah Tuhan+ dan rumah para pedagang, iaitu di hadapan Pintu Gerbang Pemeriksaan, dan sehingga sudut tembok yang mempunyai sebuah bilik di atas bumbung. 32  Bahagian tembok yang seterusnya, dari sudut tembok itu sampai ke Pintu Gerbang Biri-Biri,+ dibaiki oleh para tukang emas dan para pedagang.

Nota Kaki

Lihat nota kaki bagi Ne 2:7.
Harfiah, “1,000 hasta.” Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “di daerah yang berdekatan.”
Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau “biliknya.”