Nehemia 7:1-73

  • Pintu gerbang dan para penjaga pintu gerbang (1-4)

  • Senarai orang yang kembali daripada pembuangan (5-69)

    • Hamba-hamba Rumah Tuhan (46-56)

    • Keturunan hamba-hamba Salomo (57-60)

  • Sumbangan untuk kerja pembinaan (70-73)

7  Sebaik sahaja tembok itu selesai dibina,+ aku memasang daun-daun pintu gerbang.+ Kemudian para penjaga pintu gerbang,+ para penyanyi,+ dan orang Lewi+ dilantik untuk menjalankan tugas mereka.  Selepas itu, aku memilih saudaraku Hanani+ untuk mengurus kota Yerusalem. Dia dibantu oleh Hanania, seorang ketua Kubu,+ kerana Hanania ialah seorang lelaki yang dapat dipercayai, dan dia lebih takut kepada Tuhan+ berbanding dengan orang lain.  Oleh itu, aku berkata kepada mereka, “Pintu gerbang Yerusalem hanya boleh dibuka selepas hari mula panas. Semasa para penjaga pintu gerbang berkawal, mereka harus menutup pintu gerbang dan memasang palangnya. Lantiklah beberapa orang penduduk Yerusalem menjadi pengawal dan tugaskan sebilangan daripada mereka di tempat yang tertentu dan sebilangan lagi di depan rumah masing-masing.”  Kota Yerusalem besar dan lapang, tetapi penduduknya tidak ramai,+ dan banyak rumah di situ belum dibina semula.  Tuhan menggerakkan hatiku untuk mengumpulkan golongan bangsawan, para pembesar, dan rakyat yang lain, lalu aku mendaftarkan mereka menurut salasilah keluarga mereka.+ Kemudian aku menjumpai buku salasilah keluarga orang yang mula-mula kembali daripada pembuangan. Inilah kandungan buku itu:  Berikut merupakan orang* yang kembali daripada pembuangan. Mereka telah dibawa sebagai tawanan ke Babilon oleh Raja Nebukadnezar,+ dan kini mereka dan keturunan mereka kembali ke kota masing-masing di Yerusalem dan Yehuda.+  Mereka kembali bersama Zerubabel,+ Yeshua,+ Nehemia, Azarya, Raamia, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baanah. Inilah bilangan lelaki Israel yang kembali daripada pembuangan:+  Keluarga Paros, 2,172 orang;  keluarga Shefatiya, 372 orang; 10  keluarga Arah,+ 652 orang; 11  keluarga Pahat-moab+ (daripada keturunan Yeshua dan Yoab),+ 2,818 orang; 12  keluarga Elam,+ 1,254 orang; 13  keluarga Zatu, 845 orang; 14  keluarga Zakai, 760 orang; 15  keluarga Binui, 648 orang; 16  keluarga Bebai, 628 orang; 17  keluarga Azgad, 2,322 orang; 18  keluarga Adonikam, 667 orang; 19  keluarga Bigwai, 2,067 orang; 20  keluarga Adin, 655 orang; 21  keluarga Ater (daripada Hizkia), 98 orang; 22  keluarga Hasum, 328 orang; 23  keluarga Bezai, 324 orang; 24  keluarga Harif, 112 orang; 25  keluarga Gibeon,+ 95 orang; 26  penduduk Betlehem dan Netofa, 188 orang; 27  penduduk Anatot,+ 128 orang; 28  penduduk Beth-azmawet, 42 orang; 29  penduduk Kiryat-yearim,+ Kefira, dan Beerot,+ 743 orang; 30  penduduk Rama dan Geba,+ 621 orang; 31  penduduk Mikhmas,+ 122 orang; 32  penduduk Bethel+ dan Ai,+ 123 orang; 33  penduduk Nebo yang lain, 52 orang; 34  keluarga seorang lagi lelaki yang bernama Elam, 1,254 orang; 35  keluarga Harim, 320 orang; 36  penduduk Yerikho, 345 orang; 37  penduduk Lod, Hadid, dan Ono,+ 721 orang; 38  dan penduduk* Senaa, 3,930 orang. 39  Inilah bilangan imam yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Yedaya (daripada keluarga Yeshua), 973 orang; 40  keluarga Imer, 1,052 orang; 41  keluarga Pasyhur,+ 1,247 orang; 42  dan keluarga Harim,+ 1,017 orang. 43  Inilah bilangan orang Lewi yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Yeshua, daripada Kadmiel,+ daripada keluarga Hodewa, 74 orang. 44  Inilah bilangan penyanyi yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Asaf,+ 148 orang. 45  Inilah bilangan pengawal pintu gerbang yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Salum, keluarga Ater, keluarga Talmon, keluarga Akub,+ keluarga Hatita, dan keluarga Sobai, 138 orang. 46  Inilah hamba-hamba Rumah Tuhan* yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Ziha, keluarga Hasufa, keluarga Tabaot, 47  keluarga Keros, keluarga Sia, keluarga Padon, 48  keluarga Lebana, keluarga Hagaba, keluarga Salmai, 49  keluarga Hanan, keluarga Gidel, keluarga Gahar, 50  keluarga Reaya, keluarga Rezin, keluarga Nekoda, 51  keluarga Gazam, keluarga Uza, keluarga Paseah, 52  keluarga Besai, keluarga Meunim, keluarga Nefusesim, 53  keluarga Bakbuk, keluarga Hakufa, keluarga Harhur, 54  keluarga Bazlit, keluarga Mehida, keluarga Harsa, 55  keluarga Barkos, keluarga Sisera, keluarga Temah, 56  keluarga Neziah, dan keluarga Hatifa. 57  Inilah keluarga hamba-hamba Salomo yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Sotai, keluarga Soferet, keluarga Perida, 58  keluarga Yaala, keluarga Darkon, keluarga Gidel, 59  keluarga Shefatiya, keluarga Hatil, keluarga Pokheret-hazebaim, dan keluarga Amon. 60  Semua hamba Rumah Tuhan+ dan semua keluarga hamba-hamba Salomo berjumlah 392 orang. 61  Orang yang datang dari Tel-melah, Tel-harsa, Kerub, Adon, dan Imer telah kembali ke Yerusalem. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa puak dan asal usul mereka daripada keturunan Israel. Mereka terdiri daripada+ 62  keluarga Delaya, keluarga Tobia, dan keluarga Nekoda. Mereka semua berjumlah 642 orang. 63  Inilah imam-imam yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Habaya, keluarga Hakoz,+ dan keluarga Barzilai. (Barzilai telah berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Barzilai+ dari Gilead, dan mengambil nama keluarga isterinya.) 64  Tetapi mereka semua tidak dapat mencari catatan yang dapat membuktikan salasilah keluarga mereka. Oleh itu, mereka tidak layak berkhidmat sebagai imam.*+ 65  Gabenor*+ memberitahu mereka bahawa selepas seorang imam meminta petunjuk Tuhan dengan menggunakan Urim dan Tumim,*+ barulah mereka boleh makan makanan yang dianggap suci.+ 66  Mereka semua* berjumlah 42,360 orang.+ 67  Tambahan lagi, mereka mempunyai 7,337 orang hamba lelaki dan wanita,+ dan 245 orang penyanyi lelaki dan wanita.+ 68  Mereka juga mempunyai 736 ekor kuda, 245 ekor baghal, 69  435 ekor unta, dan 6,720 ekor keldai. 70  Beberapa orang ketua puak memberikan sumbangan untuk kerja pembinaan.+ Gabenor* telah memberikan kira-kira 8 kilogram emas,* 50 buah mangkuk, dan 530 helai jubah imam sebagai sumbangan untuk tabung pembinaan.+ 71  Beberapa orang ketua puak juga memasukkan sumbangan ke dalam tabung pembinaan. Mereka telah memberikan 168 kilogram* emas dan 1,254 kilogram* perak. 72  Rakyat yang lain pula memberikan 168 kilogram emas, 1,140 kilogram* perak, dan 67 helai jubah imam. 73  Para imam, orang Lewi, penjaga pintu gerbang, para penyanyi,+ hamba-hamba Rumah Tuhan, dan orang lain tinggal di kota masing-masing.+ Demikianlah semua orang Israel tinggal di kota-kota mereka.+ Hal ini berlaku pada bulan ketujuh.+

Nota Kaki

Mungkin merujuk kepada orang yang tinggal di wilayah Babilon atau Yehuda.
Atau mungkin, “keluarga.”
Atau “Inilah orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”
Atau “mereka tidak boleh menjadi imam kerana dianggap najis.”
Atau “Tirshata,” iaitu gelaran gabenor wilayah dalam kerajaan Persia.
Lihat Kamus.
Atau “Seluruh sidang.” Lihat Kamus.
Atau “Tirshata,” iaitu gelaran gabenor wilayah dalam kerajaan Persia.
Harfiah, “1,000 drakma emas.” Merujuk kepada darik emas Persia yang beratnya 8.4 g. Tidak sama dengan drakma di Kitab Yunani. Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “20,000 drakma.”
Harfiah, “2,200 mina.”
Harfiah, “2,000 mina.”