Obaja 1:1-21

  • Edom yang angkuh dihina dan dihukum (1-9)

  • Edom memperlakukan Yakub dengan ganas (10-14)

  • Hari Yehuwa dekat; menghukum semua bangsa (15, 16)

  • Keturunan Yakub mengambil semula harta (17-21)

    • Edom dibakar habis oleh Yakub (18)

    • Yehuwa akan menjadi raja (21)

 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah memberikan suatu penglihatan tentang Edom+ kepada Obaja.* Obaja berkata, “Kita telah mendengar berita daripada Yehuwa;Seorang utusan telah dihantar kepada bangsa-bangsa. Utusan itu berkata, ‘Bangkitlah! Marilah kita bersiap untuk berperang melawan Edom.’”+   “Aku telah merendahkan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa;Kamu sangat hina di mata orang.+   Kamu telah diperdaya oleh keangkuhan hati kamu.+Kamu tinggal di tempat yang tinggi,Kamu tinggal di gunung-gunung batu dan kamu berkata dalam hati kamu,‘Siapakah yang dapat menjatuhkan aku?’   Biarpun kamu tinggal di tempat yang tinggi* seperti burung helang,Biarpun kamu meletakkan sarang kamu di antara bintang-bintang,Aku akan menurunkan kamu dari sana,” firman Yehuwa.   “Jika pencuri atau perompak datang kepada kamu pada waktu malam,(Betapa teruknya kehancuran yang bakal kamu alami!)* Bukankah mereka hanya mengambil apa yang diingini? Atau jika orang memetik anggur,Bukankah mereka akan meninggalkan sedikit buah untuk dipungut oleh orang lain?+   Tetapi lihatlah hai keturunan Esau, kamu telah diburu habis-habisan! Harta kamu yang tersembunyi telah dirampas!   Semua sekutu kamu* telah menipu kamu. Mereka mengusir kamu sampai ke sempadan. Orang yang berdamai dengan kamu sudah mengalahkan kamu. Orang yang makan roti bersama kamu akan memasang jaring untuk memerangkap kamu,Tetapi kamu tidak akan menyedari hal itu.”   Yehuwa berfirman, “Pada hari itu,Aku akan membinasakan orang yang bijaksana dari Edom+Dan juga orang yang berpengertian dari kawasan pergunungan Esau.   Askar-askar kamu dari Teman+ akan ketakutan,+Kerana setiap orang yang berada di kawasan pergunungan Esau akan dibunuh.+ 10  Oleh sebab kamu memperlakukan saudaramu Yakub dengan ganas,+Kamu akan diselubungi perasaan malu,+Dan kamu akan musnah buat selama-lamanya.+ 11  Pada hari orang asing menawan askar-askarnya,+Dan sewaktu orang daripada bangsa lain memasuki pintu gerbang serta membuang undi+ untuk membahagikan harta Yerusalem,Kamu hanya berdiri dan tidak berbuat apa-apa.Kamu jahat seperti mereka. 12  Kamu tidak patut bergembira sewaktu saudaramu ditimpa malapetaka,+Kamu tidak patut bersukacita sewaktu orang Yehuda dimusnahkan,+Dan kamu tidak patut bercakap besar sewaktu mereka menderita. 13  Kamu tidak patut memasuki pintu gerbang kota umat-Ku sewaktu mereka menderita,+Kamu tidak patut bersukacita sewaktu mereka mengalami kesusahan,Dan kamu tidak patut merampas kekayaan mereka sewaktu mereka menderita.+ 14  Kamu tidak patut berdiri di simpang jalan untuk membunuh orang yang berjaya melarikan diri,+Dan kamu tidak patut menyerahkan orang yang terselamat kepada musuh mereka sewaktu mereka menderita.+ 15  Hari Yehuwa sudah dekat; semua bangsa akan dihukum.+ Apa yang telah kamu lakukan, akan dilakukan juga kepada kamu.+ Sebagaimana kamu memperlakukan orang lain, kamu juga akan diperlakukan seperti itu. 16  Sebagaimana kamu minum wain di gunung-Ku yang suci,Demikianlah caranya semua bangsa akan terus minum wain yang melambangkan kemurkaan-Ku.+ Mereka pasti meminumnya sampai habis,Dan mereka akan lenyap, seolah-olah mereka tidak pernah wujud. 17  Namun, ada orang yang akan terselamat di Gunung Sion,+Dan gunung itu akan menjadi suci.+Keturunan* Yakub akan mengambil semula harta milik mereka.+ 18  Tidak ada seorang pun daripada keturunan* Esau yang akan terselamat,+Kerana demikianlah firman Aku, Yehuwa.Keturunan Yakub akan menjadi seperti api,Keturunan* Yusuf akan menjadi seperti nyala api,Dan keturunan Esau akan menjadi seperti jeramiYang akan dibakar habis oleh mereka. 19  Mereka akan menakluki Negeb, kawasan pergunungan Esau,+Syefela, dan negeri orang Filistin.+ Mereka akan menakluki kawasan Efraim dan kawasan Samaria,+Dan Benyamin akan menakluki Gilead. 20  Orang buangan dari kubu ini,+Iaitu umat Israel, akan menakluki tanah milik orang Kanaan sampai ke Sarafat.+ Orang buangan dari Yerusalem yang berada di Sefarad akan menakluki kota-kota di Negeb.+ 21  Para penyelamat akan naik ke Gunung SionUntuk menghakimi kawasan pergunungan Esau,+Dan Aku, Yehuwa, akan memerintah sebagai raja.”+

Nota Kaki

Maksudnya “Hamba Yehuwa.”
Atau mungkin, “Biarpun kamu terbang tinggi.”
Atau mungkin, “Berapa banyakkah yang akan dimusnahkan oleh mereka?”
Atau “Semua orang yang membuat perjanjian dengan kamu.”
Harfiah, “Rumah.”
Harfiah, “Rumah.”
Harfiah, “rumah.”