Pengkhutbah 1:1-18
1 Inilah kata-kata Sang Penghimpun,*+ iaitu anak lelaki Daud yang memerintah di Yerusalem:+
2 “Semuanya sia-sia belaka!” kata penghimpun itu,“Semuanya sia-sia belaka dan tidak berguna!”+
3 Orang membanting tulang di bawah terik matahari,Tetapi apakah hasilnya?+
4 Satu generasi datang, dan satu generasi pergi,Tetapi bumi kekal buat selama-lamanya.+
5 Matahari terbit, dan matahari terbenam,Lalu tergesa-gesa kembali ke tempat terbitnya.+
6 Angin bertiup ke selatan lalu berpusing ke utara;Angin berpusing-pusing tanpa henti dan kembali semula.
7 Semua sungai* mengalir ke laut, tetapi laut tidak pernah penuh.+
Dari mana sungai mengalir, ke situ juga airnya kembali dan mengalir semula.+
8 Semuanya amat meletihkan,Dan tiada orang yang dapat menggambarkannya.
Mata tidak pernah puas melihat,Dan telinga tidak pernah puas mendengar.
9 Apa yang pernah berlaku, akan berlaku lagi,Dan apa yang pernah dilakukan, akan dilakukan lagi;Tiada apa-apa yang baharu di bawah matahari.+
10 Dapatkah orang berkata, “Lihatlah hal baharu ini”?
Sebenarnya hal itu sudah ada sejak dahulukala;Hal itu sudah wujud, lama sebelum kita wujud.
11 Tiada sesiapa yang akan mengenang orang yang hidup pada masa lampau;Tiada sesiapa yang akan mengingati orang yang akan hidup pada masa depan;Mereka juga tidak akan diingati oleh orang yang akan hidup pada kemudian hari.+
12 Aku, Sang Penghimpun, telah menjadi raja Israel di Yerusalem.+
13 Aku bertekad untuk menggunakan kebijaksanaan+ untuk mempelajari dan mengkaji segala yang telah dilakukan di bumi.+ Ya, Aku menyelidiki segala pekerjaan yang menyusahkan, yang telah diberikan oleh Tuhan kepada manusia supaya mereka sentiasa sibuk.
14 Aku nampak semua pekerjaan yang dilakukan di bawah matahari.Sesungguhnya, semua itu sia-sia seperti mengejar angin.+
15 Yang bengkok, tidak dapat diluruskan,Dan yang tidak wujud, tidak dapat dihitung.
16 Maka aku berkata dalam hatiku, “Lihatlah! Aku lebih bijaksana daripada sesiapa pun yang pernah hidup di Yerusalem sebelum zamanku.+ Aku telah memperoleh banyak hikmat dan pengetahuan.”+
17 Aku bertekad untuk memahami kebijaksanaan, kebebalan, dan kebodohan.+ Tetapi ternyata semuanya itu juga seperti mengejar angin sahaja.
18 Semakin banyak kebijaksanaan, semakin banyak keresahan.Semakin banyak pengetahuan, semakin banyak penderitaan.+