Pengkhutbah 10:1-20

  • Sedikit kebodohan merosakkan nama baik orang yang bijaksana (1)

  • Akibat buruk yang menimpa orang yang tidak mahir (2-11)

  • Keadaan orang bodoh yang menyedihkan (12-15)

  • Para pemerintah yang bodoh (16-20)

    • Burung mungkin mengulangi apa yang telah engkau katakan (20)

10  Sebagaimana lalat yang mati menyebabkan minyak wangi berbau busuk dan berbuih, demikian juga sedikit kebodohan boleh merosakkan nama baik orang yang bijaksana dan mulia.+  Hati orang yang bijaksana menuntunnya ke jalan yang benar,* tetapi hati orang yang bodoh menuntunnya ke jalan yang salah.*+  Tidak kira bagaimana orang bodoh berjalan, hatinya tetap bodoh,+ dan dia memperagakan kebodohannya kepada semua orang.+  Jika seorang pemerintah marah terhadapmu, jangan tinggalkan tempatmu+ kerana dosa yang besar dapat dihindari* jika kamu bertenang.+  Aku telah melihat kejadian yang menyedihkan di bawah matahari. Kesilapan ini dilakukan oleh orang yang berkuasa:+  Orang bodoh diberi kedudukan yang tinggi, tetapi orang yang berkemahiran* diberi kedudukan yang rendah.  Aku telah melihat hamba menunggang kuda, sedangkan pembesar berjalan kaki seperti hamba.+  Orang yang menggali lubang mungkin akan jatuh ke dalamnya.+ Orang yang merobohkan tembok batu mungkin akan dipatuk ular.  Orang yang bekerja di kuari batu mungkin akan luka terkena batu, dan orang yang membelah kayu mungkin akan cedera terkena kayu.* 10  Seseorang terpaksa bekerja lebih keras, jika alat besi yang digunakannya tumpul dan matanya tidak ditajamkan. Tetapi kebijaksanaan dapat membantu seseorang untuk berjaya. 11  Tiada gunanya mempunyai seorang penjinak ular yang mahir, jika dia dipatuk oleh ular yang belum dijinakkan. 12  Kata-kata dari mulut orang bijaksana membawa kesenangan,+ tetapi bibir orang bodoh membawa kebinasaan atas dirinya.+ 13  Orang bodoh mula mengeluarkan kata-kata yang bodoh,+ dan akhirnya dia bercakap seperti orang gila dan mengundang malapetaka. 14  Orang bodoh juga tidak tahu berdiam.+ Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku. Maka siapakah yang dapat memberitahunya apa yang akan terjadi selepas dia mati?+ 15  Orang bodoh membanting tulang sehingga letih lesu. Dia bahkan tidak tahu jalan ke kota. 16  Alangkah malangnya penduduk sebuah negeri jika rajanya hanya seorang budak+ dan para pembesarnya mula berpesta dari awal pagi! 17  Alangkah bahagianya penduduk sebuah negeri jika rajanya berketurunan bangsawan dan para pembesarnya makan pada waktu yang sesuai untuk mendapatkan tenaga, dan bukannya untuk menjadi mabuk!+ 18  Jika seseorang sangat malas, tiang bumbung rumahnya akan rosak. Jika seseorang berat tulang, bumbung rumahnya akan bocor.+ 19  Roti* membuat orang girang, dan wain membuat orang riang.+ Tetapi wang memenuhi segala keperluan orang.+ 20  Jangan menghina raja,+ biarpun dalam fikiranmu.* Jangan mengutuk orang kaya di dalam bilikmu. Hal ini demikian kerana seekor burung mungkin akan menyampaikan kata-katamu atau makhluk yang bersayap mungkin akan mengulangi apa yang telah kamu katakan.

Nota Kaki

Harfiah, “ke arah kanan.”
Harfiah, “ke arah kiri.”
Harfiah, “diredakan.”
Atau “kaya.”
Atau mungkin, “orang yang membelah kayu patut berhati-hati.”
Atau “Makanan.”
Atau mungkin, “di atas katilmu.”