Pengkhutbah 5:1-20
5 Perhatikanlah langkahmu semasa kamu pergi ke rumah Tuhan yang benar.+ Lebih baik ke sana untuk mendengar+ daripada mempersembahkan korban seperti orang bodoh,+ yang tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan kejahatan.
2 Janganlah kamu cepat-cepat membuka mulut, dan janganlah hatimu terburu-buru untuk berkata-kata di hadapan Tuhan yang benar,+ kerana Tuhan yang benar berada di syurga, sedangkan kamu berada di bumi. Oleh itu, janganlah katakan apa-apa yang tidak perlu.+
3 Semakin banyak kekhuatiran seseorang, semakin banyak dia bermimpi.+ Demikian juga, semakin banyak seseorang bercakap, semakin banyak kata-kata bodoh yang diucapkannya.+
4 Apabila kamu berikrar kepada Tuhan, tunaikanlah ikrar itu secepat mungkin,+ kerana Dia tidak suka orang yang bodoh.+ Tepatilah apa yang telah kamu ikrarkan.+
5 Lebih baik tidak berikrar daripada berikrar lalu tidak menepatinya.+
6 Jangan biarkan mulutmu menyebabkan kamu berdosa,+ dan jangan berkata di hadapan malaikat* bahawa kamu tersilap cakap.+ Mengapakah kamu membuat Tuhan yang benar marah dengan kata-katamu sehingga Dia memusnahkan hasil usahamu?+
7 Sebagaimana kekhuatiran yang banyak menyebabkan seseorang bermimpi,+ demikian juga kata-kata yang banyak tidak mendatangkan apa-apa faedah. Tetapi kamu haruslah menghormati* Tuhan yang benar.+
8 Janganlah hairan jika kamu nampak seorang pegawai tinggi menindas orang miskin dan tidak menegakkan keadilan dan kebenaran di wilayahmu.+ Pegawai tinggi itu diperhatikan oleh pegawai yang lebih tinggi, dan mereka diperhatikan oleh orang yang lebih tinggi lagi.
9 Hasil tanah dibahagikan antara mereka semua, bahkan raja pun bergantung pada hasil ladang.+
10 Orang yang mencintai perak, tidak akan berasa puas dengan perak. Begitu juga, orang yang mencintai kekayaan, tidak akan berasa puas dengan pendapatannya.+ Semua ini juga sia-sia.+
11 Apabila benda-benda baik bertambah, orang yang menghabiskannya juga bertambah.+ Apakah faedahnya kepada si pemilik, selain melihatnya dengan mata sendiri?+
12 Lenanya tidur seorang pekerja, tidak kira makanannya sedikit atau banyak. Tetapi orang kaya yang mempunyai banyak harta tidak dapat tidur.
13 Aku telah melihat suatu malapetaka yang teruk terjadi di bawah matahari, iaitu seorang pemilik mendapat kecelakaan kerana harta yang ditimbunnya.
14 Hartanya hilang semasa berniaga sehingga dia tidak mempunyai apa-apa pun untuk diwariskan kepada anaknya.+
15 Sebagaimana seseorang datang dari rahim ibunya dengan telanjang, demikian juga dia akan pergi tanpa membawa apa-apa.+ Dia tidak dapat membawa apa-apa daripada hasil jerih payahnya.+
16 Hal ini juga suatu malapetaka yang besar: Sebagaimana seseorang datang, demikian juga dia akan pergi. Jadi mengapakah dia bersusah payah untuk mengejar angin? Apakah faedahnya?+
17 Setiap hari, dia makan dalam kegelapan dengan resah dan marah serta menderita kerana penyakit.+
18 Aku sedar bahawa inilah perkara terbaik yang patut dilakukan oleh seseorang: Dia patut makan, minum, dan menikmati hasil kerja kerasnya+ yang dilakukan di bawah matahari. Dia patut berbuat demikian sepanjang hidupnya yang pendek, yang diberikan oleh Tuhan yang benar, kerana itulah ganjarannya.+
19 Apabila Tuhan yang benar mengurniakan harta benda dan kekayaan+ kepada seseorang, dan membolehkan dia untuk menikmati semuanya, dia haruslah menerima ganjaran ini dan menikmati hasil kerja kerasnya. Inilah pemberian Tuhan.+
20 Dia tidak sedar bahawa kehidupannya* berlalu dengan begitu cepat kerana Tuhan yang benar membuat hatinya penuh dengan sukacita.+