Pengkhutbah 6:1-12

  • Tidak dapat menikmati kekayaan (1-6)

  • Nikmati apa yang kamu miliki sekarang (7-12)

6  Aku melihat satu lagi malapetaka di bawah matahari yang biasa berlaku kepada manusia:  Tuhan yang benar memberi seseorang kekayaan, harta benda, dan kemasyhuran supaya semua keinginannya dipenuhi. Tetapi Tuhan yang benar tidak mengizinkan dia menikmati semua pemberian itu. Sebaliknya orang yang tidak dikenal pula dapat menikmatinya. Semua ini sia-sia dan sangat merugikan.  Jika seseorang mempunyai seratus orang anak, dapat hidup bertahun-tahun, dan mencapai usia tua, tetapi dia tidak dapat menikmati hal-hal yang baik sebelum dia mati, aku dapat mengatakan bahawa keadaannya lebih menyedihkan daripada seorang bayi yang mati ketika dilahirkan.+  Sia-sia sahaja bayi itu dilahirkan. Bayi itu pergi dalam kegelapan, dan namanya juga diselubungi kegelapan.  Meskipun bayi itu tidak pernah melihat matahari atau mengetahui apa-apa, keadaannya masih lebih baik daripada orang itu.+  Apakah gunanya hidup selama dua ribu tahun tetapi tidak pernah menikmati hidup? Bukankah semua orang menuju ke tempat yang sama?+  Seorang manusia bekerja keras semata-mata untuk mengisi perut,+ tetapi dia tidak pernah berasa puas.  Apakah kelebihan orang bijak jika dibandingkan dengan orang bodoh?+ Apakah gunanya jika orang miskin tahu cara untuk terus hidup?  Lebih baik menikmati apa yang dapat dilihat dengan mata daripada mengejar keinginan hati. Semua ini juga sia-sia seperti mengejar angin. 10  Apa yang sudah ada, sudah disebutkan namanya. Sifat sebenar seorang manusia sudah didedahkan; dia tidak dapat melawan orang yang lebih berkuasa daripadanya. 11  Semakin banyak kata-kata,* semakin banyak kesia-siaan. Jadi apakah faedahnya kepada seorang manusia? 12  Hidup manusia singkat dan sia-sia seperti bayang-bayang.+ Siapakah yang dapat mengetahui cara hidup yang terbaik baginya? Siapakah yang dapat memberitahunya apa yang akan berlaku di bawah matahari selepas dia mati?

Nota Kaki

Atau mungkin, “benda.”