Ratapan 1:1-22

  • Yerusalem digambarkan seperti seorang balu

    • Dia terbiar dan duduk bersendirian (1)

    • Dosa Sion amat besar (8, 9)

    • Sion ditolak oleh Tuhan (12-15)

    • Tiada sesiapa yang melegakan hati Sion (17)

א [Alef]* 1  Kota yang dahulunya penuh dengan penghuni kini duduk bersendirian!+ Dia dahulunya terkemuka* antara bangsa-bangsa, tetapi kini menjadi seperti balu!+ Dia dahulunya seperti puteri bagi semua wilayah, tetapi kini menjadi buruh paksa!+ ב [Bet]  2  Dia menangis dengan pilu pada waktu malam,+ dan pipinya dibasahi air mata. Tiada seorang pun daripada kekasihnya yang datang untuk melegakan hatinya.+ Semua rakannya telah mengkhianatinya+ dan menjadi musuhnya. ג [Gimel]  3  Yehuda telah dibuang ke negeri lain;+ dia ditindas dan diperhamba dengan kejam.+ Dia terpaksa hidup dalam kalangan bangsa-bangsa lain,+ dan dia tidak mendapat ketenangan. Ketika dia dilanda kesusahan, para penganiaya telah mengejar dan mendahuluinya. ד [Dalet]  4  Jalan-jalan yang menuju ke Sion sedang meratap, kerana tiada seorang pun yang datang pada hari perayaan.+ Pintu-pintu gerbang Sion sunyi sepi,+ dan para imamnya berkeluh-kesah. Gadis-gadisnya* bersedih, dan Sion diselubungi dukacita. ה [He]  5  Musuh-musuhnya kini menguasainya; mereka tidak dibebani kerisauan.+ Yehuwa telah mendatangkan kesedihan kepadanya kerana dia sering melanggar hukum.+ Anak-anaknya telah ditangkap dan dijadikan tawanan musuh.+ ו [Waw]  6  Segala kegemilangan Sion sudah lenyap.+ Para pemimpinnya seperti rusa yang tidak menjumpai padang rumput,Dan mereka tidak larat berjalan ketika dikejar. ז [Zayin]  7  Tatkala Yerusalem dibuang dan ditindas,Dia teringat akan benda-benda berharga yang dimilikinya dahulukala.+ Apabila penduduknya jatuh ke dalam tangan musuh, tiada sesiapa yang menolongnya.+ Musuh-musuhnya nampak apa yang berlaku dan mentertawakan kejatuhannya.+ ח [Het]  8  Dosa Yerusalem amat besar.+ Itulah sebabnya dia dipandang hina. Semua yang menghormatinya dahulu, kini berasa jijik terhadapnya, kerana mereka nampak keadaannya yang telanjang.+ Dia juga mengerang+ dan memalingkan mukanya kerana malu. ט [Tet]  9  Pakaiannya dilumuri kenajisan,Dan dia tidak memikirkan masa depannya.+ Kejatuhannya sangat dahsyat; tiada sesiapa pun yang melegakan hatinya. Ya Yehuwa, lihatlah betapa menderitanya aku, kerana musuhku meninggi-ninggikan diri.+ י [Yod] 10  Semua harta Yerusalem kini berada dalam tangan musuh.+ Dia nampak bangsa-bangsa lain masuk ke tempat sucinya,+Padahal Engkau telah melarang mereka berhimpun bersama umat-Mu.* כ [Kap] 11  Semua penduduknya mengeluh sambil mencari-cari roti.+ Mereka menukarkan barang berharga dengan makanan semata-mata untuk terus hidup. Ya Yehuwa, lihatlah aku yang sudah menjadi seperti wanita* yang tidak berguna. ל [Lamed] 12  Hai kamu semua yang lalu di situ, tidakkah kamu peduli? Pandanglah dan lihatlah! Kepedihan siapakah yang dapat menandingi kepedihanku? Yehuwa telah mendatangkan penderitaan kepadaku pada hari kemurkaan-Nya.+ מ [Mem] 13  Dia menurunkan api dari langit untuk membakar setiap satu daripada tulangku.+ Dia memasang jerat untuk memerangkap kakiku, dan Dia memaksa aku berpatah balik. Dia menyebabkan aku menjadi seperti wanita yang sunyi. Aku sakit sepanjang hari. נ [Nun] 14  Dengan tangan-Nya sendiri, Dia mengikatkan dosa-dosaku Dan meletakkannya pada leherku seperti kuk.* Aku menjadi lemah tidak bermaya kerana memikulnya. Yehuwa telah menyerahkan aku ke dalam tangan musuh, dan aku tidak berdaya melawan mereka.+ ס [Samek] 15  Yehuwa telah menyingkirkan semua pahlawanku.+ Dia telah mengutus banyak orang untuk menghancurkan pemuda-pemudaku.+ Yehuwa telah menginjak Yerusalem* sebagaimana orang menginjak anggur di tempat pemerasan.+ ע [Ayin] 16  Itulah sebabnya aku menangis;+ itulah sebabnya air mataku bercucuran. Semua orang yang dapat melegakan atau menyegarkan aku berada jauh daripadaku. Hancurlah kehidupan anak-anakku, kerana kami telah ditewaskan musuh. פ [Pe] 17  Sion menadahkan tangannya,+ tetapi tiada seorang pun yang melegakan hatinya. Atas perintah Yehuwa, semua orang di sekeliling Yakub menjadi musuhnya.+ Yerusalem telah menjadi sesuatu yang jijik di mata mereka.+ צ [Tsade] 18  Tetapi Yehuwa adil dan benar,+ kerana akulah yang memberontak dan melanggar hukum-Nya.+ Dengarlah hai bangsa-bangsa, dan lihatlah kesakitanku. Para pemuda dan pemudiku telah ditawan.+ ק [Qof] 19  Aku memanggil para kekasihku, tetapi mereka telah mengkhianatiku.+ Para imam dan pemimpinku* mencari-cari makanan agar dapat terus hidup,Tetapi mereka akhirnya mati di dalam kota.+ ר [Res] 20  Ya Yehuwa, lihatlah betapa sengsaranya aku. Batinku berkecamukDan hatiku hancur berkecai, kerana aku suka memberontak.+ Orang yang di luar dibunuh dengan pedang,+ dan orang yang di dalam rumah pun tidak terlepas daripada maut. ש [Syin] 21  Rintihanku didengari orang lain, tetapi tiada sesiapa pun yang mengubati kesedihanku. Semua musuhku mendengar bahawa aku ditimpa musibahLalu mereka bergembira, kerana musibah itu datang daripada-Mu.+ Tetapi apabila hari yang Engkau janjikan itu tiba,+ mereka akan menjadi sama seperti aku.+ ת [Taw] 22  Semoga semua kejahatan mereka terbentang di hadapan-Mu. Semoga Engkau menghukum mereka dengan seberat-beratnya,+Sebagaimana Engkau menghukum aku dengan seberat-beratnya kerana semua dosaku. Rintihanku tidak berhenti-henti, dan hatiku merana sekali.

Nota Kaki

Ratapan bab 1-4 digubah dalam bentuk akrostik, iaitu mengikut urutan abjad Ibrani.
Atau “mempunyai banyak penduduk.”
Harfiah, “Anak-anak daranya.”
Atau “sidang-Mu.” Lihat Kamus.
Merujuk kepada Yerusalem yang digambarkan seperti seorang wanita.
Lihat Kamus.
Harfiah, “anak dara Yehuda.”
Atau “orang tua-tua.”