Ratapan 4:1-22

  • Kesan buruk pengepungan Yerusalem

    • Kekurangan makanan (4, 5,9)

    • Ibu memasak anak sendiri (10)

    • Yehuwa mencurahkan kemarahan-Nya (11)

א [Alef] 4  Emas tulen yang berkilau sudah menjadi pudar!+ Batu-batu dari Rumah Tuhan+ kini berhamburan di setiap simpang jalan!+ ב [Bet]  2  Penduduk Sion yang dahulunya dianggap lebih berharga daripada emas murni,Kini diperlakukan seperti bekas tanah liatYang dihasilkan oleh tukang tembikar. ג [Gimel]  3  Serigala pun tahu menyusui anaknya,Tetapi bangsaku kejam+ seperti burung unta di padang belantara.+ ד [Dalet]  4  Bayi-bayi kehausan sehingga lidah mereka melekat pada lelangit mulut mereka. Anak-anak meminta makanan,+ tetapi tiada sesiapa pun yang memberikannya kepada mereka.+ ה [He]  5  Orang yang dahulunya menikmati makanan yang terbaik kini kelaparan di jalan.+ Orang yang dahulunya berpakaian mahal+ kini berbaring di atas debu. ו [Waw]  6  Dahulunya, penduduk Sodom dimusnahkan dalam sekilap mata, dan tiada sesiapa pun yang rela membantu mereka,Tetapi hukuman yang menimpa bangsaku lebih berat lagi.+ ז [Zayin]  7  Dahulunya, orang Nazir+ di Sion lebih murni daripada salji, dan rupa mereka lebih putih daripada susu. Tubuh mereka lebih merah daripada batu permata,* dan wajah mereka lebih berseri daripada batu nilam. ח [Het]  8  Kini rupa mereka lebih hitam daripada arang;Kulit mereka melekat pada tulang+ dan berkedut-kedut seperti kayu yang kering-kontang,Bahkan orang di jalan pun tidak dapat mengenal mereka. ט [Tet]  9  Lebih baik mati dibunuh pedang daripada mati kebuluran,+Kerana orang yang mati akibat kekurangan makanan harus menderita lalu beransur-ansur mati. י [Yod] 10  Ibu yang penyayang terpaksa memasak anak sendiri+Untuk dijadikan makanan semasa bangsaku ditimpa malapetaka.+ כ [Kap] 11  Yehuwa telah melampiaskan kemurkaan-Nya. Dia telah mencurahkan kemarahan-Nya yang berkobar-kobar,+Sehingga asas kota Sion musnah dijilat api.+ ל [Lamed] 12  Raja-raja dan semua penduduk bumi sama sekali tidak percayaBahawa musuh dan lawan dapat memasuki pintu gerbang Yerusalem.+ מ [Mem] 13  Tetapi hal itu berlaku disebabkan dosa para nabinya dan kesalahan para imamnya.+ Mereka menumpahkan darah orang baik yang tinggal dalam kalangan mereka.+ נ [Nun] 14  Mereka berjalan tidak tentu arah seperti orang buta.+ Tangan mereka dicemari darah,+Sehingga tiada seorang pun yang berani menyentuh pakaian mereka. ס [Samek] 15  Mereka merayau-rayau dan tidak mempunyai tempat tinggal. Orang berkata kepada mereka, “Pergi dari sini! Pergi dari sini! Kamu najis! Jangan sentuh kami!” Orang daripada bangsa-bangsa berkata, “Mereka tidak boleh tinggal bersama kami.+ פ [Pe]* 16  Yehuwa sendiri telah mencerai-beraikan mereka.+ Dia tidak lagi berkenan kepada mereka. Para imam mereka tidak akan dihormati+ dan para pemimpin mereka tidak akan dikasihani.”+ ע [Ayin] 17  Mata kami penat memandang kerana menantikan bantuan yang tidak kunjung tiba.+ Kami mengharapkan pertolongan daripada bangsa yang sebenarnya tidak dapat menyelamatkan kami.+ צ [Tsade] 18  Musuh sentiasa menjejaki kami dan memburu kami+ sehingga kami tidak dapat berjalan di tempat awam. Akhir hidup kami sudah hampir, riwayat kami bakal berakhir, dan kematian kami sudah dekat. ק [Qof] 19  Orang yang mengejar kami lebih pantas daripada burung helang di langit.+ Mereka memburu kami di atas gunung-gunung dan menghendap kami di padang belantara. ר [Res] 20  Raja kami yang diurapi oleh Yehuwa,+ yang bagaikan nafas hidup kami, telah terperangkap di dalam jerat mereka.+ Mengenainya, kami telah berkata, “Di bawah naungannya, kami tidak akan dimusnahkan oleh bangsa-bangsa lain.” ש [Sin] 21  Hai Edom yang terletak di tanah Uz, bergembiralah dan bermegahlah sekarang.+ Cawan yang melambangkan penghakiman akan dihulurkan kepadamu juga;+ ketika itu engkau akan menjadi mabuk dan telanjang.+ ת [Taw] 22  Hai Sion, hukuman yang engkau tanggung akibat kesalahanmu sudah berakhir. Tuhan tidak akan membiarkan engkau ditawan lagi.+ Tetapi hai Edom, Tuhan akan memperhatikan kesalahanmuDan mendedahkan dosa-dosamu.+

Nota Kaki

Atau “batu karang.” Lihat Kamus.
Lihat nota kaki bagi Rat 2:16.