Surat kepada Sidang di Roma 13:1-14
13 Setiap orang harus taat kepada pihak berkuasa,+ kerana semua kuasa datang daripada Tuhan.+ Pihak berkuasa yang ada sekarang diberi kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan.+
2 Oleh itu, sesiapa yang menentang pihak berkuasa menentang aturan Tuhan, dan orang yang menentang aturan Tuhan akan membawa hukuman kepada diri sendiri.
3 Orang yang berbuat baik tidak perlu takut kepada pemerintah, hanya orang yang berbuat jahat yang harus takut kepada mereka.+ Jika kamu tidak mahu berasa takut kepada pihak berkuasa, teruslah melakukan apa yang baik,+ dan kamu akan dipuji oleh mereka.
4 Hal ini demikian kerana mereka ialah hamba Tuhan yang berkhidmat demi kebaikan kamu. Tetapi kamu harus berasa takut jika kamu berbuat jahat, kerana kuasa* yang ada dalam tangan mereka bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Mereka ialah hamba Tuhan yang menjatuhkan hukuman kepada orang yang sering berbuat jahat.
5 Maka, ada alasan yang kukuh bagi kamu untuk taat kepada pihak berkuasa, iaitu bukan sahaja kerana takut dihukum, tetapi juga kerana hati nurani kamu.+
6 Itulah sebabnya kamu juga membayar cukai, kerana mereka ialah hamba Tuhan yang sentiasa berkhidmat kepada orang ramai.
7 Berikanlah kepada pihak berkuasa apa yang berhak diterima oleh mereka. Bayarlah cukai kepada orang yang meminta cukai,+ dan berikanlah ufti kepada orang yang meminta ufti. Takutlah akan orang yang harus ditakuti,+ dan hormatilah orang yang harus dihormati.+
8 Jangan berhutang apa-apa kepada sesiapa pun, tetapi kamu harus saling mengasihi,+ kerana sesiapa yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum.+
9 Hukum-hukum seperti, “Jangan berzina,+ jangan membunuh,+ jangan mencuri,+ jangan menginginkan milik orang lain,”+ dan semua hukum yang lain disimpulkan dengan kata-kata ini: “Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”+
10 Seseorang yang mempunyai kasih tidak akan berbuat jahat terhadap orang lain.+ Orang yang mengasihi orang lain sudah mematuhi hukum.+
11 Kamu harus melakukan semua ini, kerana kamu tahu bahawa sekaranglah masanya bagi kamu untuk bangun daripada tidur.+ Hal ini demikian kerana masa kita untuk diselamatkan lebih dekat sekarang berbanding semasa kita mula percaya.
12 Malam sudah larut, dan fajar akan menyingsing. Oleh itu, marilah kita membuang perbuatan-perbuatan yang dilakukan dalam kegelapan,+ dan marilah kita mengenakan senjata-senjata yang digunakan dalam terang.+
13 Biarlah kelakuan kita baik+ seperti kelakuan orang pada siang hari. Janganlah berpesta liar dan minum sehingga mabuk. Janganlah melakukan hubungan seks yang tidak bermoral dan perkara-perkara yang buruk.*+ Janganlah berkelahi atau bersikap cemburu.+
14 Janganlah membuat rancangan untuk memuaskan keinginan tubuh yang berdosa.+ Sebaliknya ikutlah teladan Tuan Yesus Kristus.+