Roma 9:1-33

  • Paulus berdukacita kerana orang Israel (1-5)

  • Keturunan Abraham yang sebenar (6-13)

  • Pilihan Tuhan tidak boleh dipersoalkan (14-26)

    • Tembikar yang mengundang kemurkaan; tembikar yang menerima belas kasihan (22, 23)

  • Hanya saki-baki yang akan diselamatkan (27-29)

  • Israel tersandung (30-33)

9  Sebagai pengikut Kristus, aku sedang bercakap benar. Hati nuraniku dibimbing oleh kuasa suci Tuhan dan aku tidak berdusta semasa aku mengatakan bahawa  aku sangat berdukacita dan sangat sakit hati.  Demi saudara-saudaraku, iaitu mereka yang sebangsa denganku, aku sanggup dipisahkan daripada Kristus sebagai orang yang terkutuk.  Mereka orang Israel, dan Tuhan telah menjadikan mereka anak angkat-Nya.+ Tuhan telah membuat perjanjian-perjanjian dengan mereka, dan memberi mereka kemuliaan,+ Hukum,+ janji-janji-Nya,+ dan peluang untuk memberikan khidmat suci kepada-Nya.+  Merekalah keturunan nenek moyang kita,+ dan Kristus berasal daripada keturunan mereka.+ Hendaklah Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu dipuji untuk selama-lamanya. Amin.  Meskipun demikian, hal ini tidak bermaksud bahawa apa yang difirmankan oleh Tuhan sudah gagal, kerana bukan semua orang yang berasal dari Israel ialah “orang Israel” yang sebenar.+  Biarpun mereka keturunan Abraham, hal ini tidak bermaksud mereka semuanya anak Abraham yang sebenar.+ Sebaliknya ada tertulis, “Keturunanmu akan datang daripada Ishak.”+  Maksudnya, bukan semua keturunan Abraham merupakan anak-anak Tuhan yang sebenar.+ Hanya anak-anak yang dilahirkan menurut janji+ Tuhan dianggap sebagai keturunan Abraham yang sebenar.  Hal itu demikian kerana Tuhan telah berjanji, “Pada waktu yang ditentukan, Aku akan datang dan Sara akan melahirkan seorang anak lelaki.”+ 10  Bukan itu sahaja, tetapi semasa Ishak, nenek moyang kita, menjadi bapa kepada anak kembar di dalam rahim Ribka,+ 11  Tuhan membuat pilihan sesuai dengan tujuan-Nya. Dia memilih sesiapa yang diingini-Nya, dan pilihan-Nya tidak bergantung pada perbuatan seseorang. Oleh sebab itu, sebelum kedua-dua orang anak itu lahir, dan sebelum mereka melakukan apa yang baik atau yang jahat, 12  Tuhan sudah berfirman kepada Ribka, “Yang sulung akan menjadi hamba kepada yang bongsu.”+ 13  Seperti yang tertulis, “Yakub Aku kasihi, tetapi Esau Aku benci.”+ 14  Jika demikian, apakah yang dapat kita katakan? Adakah Tuhan tidak adil? Sudah pasti tidak!+ 15  Tuhan berfirman kepada Musa, “Aku akan mengasihi sesiapa sahaja yang hendak Aku kasihi, dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepada sesiapa sahaja yang hendak Aku tunjukkan belas kasihan.”+ 16  Oleh itu, keputusan Tuhan tidak bergantung pada keinginan ataupun daya usaha seseorang. Sebaliknya, Tuhan yang berbelas kasihan akan membuat pilihan-Nya sendiri.+ 17  Beginilah yang dikatakan dalam ayat suci mengenai Firaun:* “Aku membiarkan kamu terus hidup atas sebab ini: Untuk menunjukkan kuasa-Ku melalui kamu dan untuk mengisytiharkan nama-Ku di serata bumi.”+ 18  Jelaslah, Tuhan berbelas kasihan kepada orang yang dikehendaki-Nya tetapi Dia membiarkan orang lain berkeras kepala.+ 19  Sekarang kamu akan bertanya kepadaku, “Jika tiada sesiapa pun yang dapat melawan kehendak Tuhan, mengapakah Dia masih menyalahkan manusia?” 20  Tetapi saudara-saudara, siapakah kamu sehingga berani membantah apa yang difirmankan oleh Tuhan?+ Bolehkah sebuah tembikar berkata kepada orang yang membentuknya, “Mengapakah kamu membuat aku seperti ini?”+ 21  Tidakkah tukang tembikar berhak menggunakan segumpal tanah liat+ untuk membuat dua buah tembikar, satu untuk kegunaan yang mulia dan satu lagi untuk kegunaan yang hina? 22  Orang jahat yang membangkitkan kemurkaan Tuhan bagaikan tembikar yang memang patut dibinasakan oleh-Nya. Walaupun Tuhan ingin menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kuasa-Nya kepada orang sebegini, Dia sangat bersabar terhadap mereka, 23  supaya kemuliaan-Nya yang berlimpah-limpah dinyatakan kepada tembikar yang layak menerima belas kasihan-Nya.+ Awal-awal lagi, Tuhan sudah mempersiapkan tembikar-tembikar ini supaya dimuliakan. 24  Kitalah tembikar-tembikar tersebut. Tuhan bukan sahaja memanggil kita daripada kalangan orang Yahudi, tetapi juga daripada bangsa-bangsa lain.+ 25  Dalam buku Hosea, Tuhan berfirman, “Orang yang bukan umat-Ku+ akan Aku sebut ‘umat-Ku,’ dan wanita yang tidak Aku kasihi akan Aku sebut ‘kekasih-Ku.’+ 26  Di tempat yang dahulunya Aku berkata, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situlah mereka akan disebut ‘anak-anak Tuhan yang hidup.’”+ 27  Selain itu, Yesaya berseru tentang orang Israel, “Walaupun bilangan orang Israel sebanyak pasir di pantai, hanya saki-baki dalam kalangan mereka yang akan diselamatkan,+ 28  kerana Yehuwa* akan menghakimi semua penduduk di bumi, dan penghakiman-Nya akan dilaksanakan secara tuntas dan singkat.”*+ 29  Yesaya juga bernubuat, “Jika Yehuwa,* ketua angkatan syurga, tidak meninggalkan keturunan bagi kita, kita sudah menjadi seperti Sodom dan Gomora.”+ 30  Oleh itu, apakah yang dapat kita katakan? Walaupun bangsa-bangsa lain tidak berusaha mendapat perkenan Tuhan,+ mereka telah mendapat perkenan-Nya kerana mereka beriman.+ 31  Sebaliknya, walaupun orang Israel berusaha mematuhi hukum agar mendapat perkenan Tuhan, usaha mereka gagal. 32  Apakah sebabnya? Mereka berusaha untuk mendapat perkenan Tuhan berdasarkan perbuatan sendiri dan bukannya berdasarkan iman. Oleh itu mereka tersandung pada “batu sandungan.”+ 33  Seperti yang tertulis, “Lihatlah! Aku akan meletakkan di Sion sebuah batu sandungan dan sebuah batu+ yang menyebabkan orang terjatuh. Namun, sesiapa yang beriman kepadanya tidak akan dikecewakan.”+

Nota Kaki

Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “dilaksanakan dengan cepat.”