Ulangan 12:1-32

  • Beribadat di tempat yang dipilih oleh Tuhan (1-14)

  • Boleh makan daging tetapi tidak boleh makan darah (15-28)

  • Jangan dijerat oleh tuhan-tuhan lain (29-32)

12  “Inilah peraturan dan ketetapan yang harus kamu patuhi dengan teliti selama kamu tinggal di tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa, Tuhan nenek moyang kamu, kepada kamu: 2  Di tanah yang akan kamu duduki itu, kamu harus menghancurkan semua tempat penyembahan yang digunakan oleh penduduk di sana,+ sama ada di atas gunung, di atas bukit, atau di bawah pokok-pokok yang subur. 3  Kamu harus memusnahkan mazbah-mazbah mereka, menghancurkan tugu-tugu suci* mereka,+ membakar tiang-tiang suci* mereka, dan meremukkan patung-patung berhala mereka,+ agar nama tuhan-tuhan mereka lenyap dari tempat itu.+ 4  “Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana bangsa-bangsa itu menyembah tuhan mereka.+ 5  Daripada seluruh wilayah semua suku kamu, Yehuwa, Tuhan kamu, akan memilih satu tempat untuk menjadi tempat kediaman-Nya dan tempat untuk memuliakan nama-Nya. Pergilah dan sembahlah Tuhan di tempat yang dipilih-Nya itu.+ 6  Bawalah korban bakar+ dan korban-korban lain kamu, sumbangan+ dan persepuluhan kamu,+ korban sukarela+ dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, serta anak sulung ternakan kamu,+ ke tempat itu. 7  Kamu dan seluruh keluarga kamu harus makan di sana, iaitu di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu.+ Kamu juga harus bersukacita dalam segala hasil usaha kamu+ kerana Yehuwa, Tuhan kamu, telah memberkati kamu. 8  “Jangan melakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang. Sampai hari ini, semua orang melakukan apa yang benar dalam pandangan masing-masing, 9  kerana kamu belum tiba di tempat tinggal+ yang akan diberikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu, kepada kamu sebagai warisan. 10  Selepas kamu menyeberangi Sungai Yordan+ dan menduduki tanah itu, Yehuwa, Tuhan kamu, akan memastikan bahawa kamu tidak akan diganggu oleh musuh-musuh di sekeliling kamu. Kamu pasti akan hidup dengan aman di tanah itu.+ 11  Yehuwa, Tuhan kamu, akan memilih satu tempat untuk memuliakan nama-Nya.+ Bawalah semua yang telah aku perintahkan kepada kamu, iaitu korban bakar dan korban-korban lain kamu, sumbangan dan persepuluhan kamu,+ dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, ke tempat yang telah dipilih oleh Yehuwa itu. 12  Kamu harus bersukacita di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu,+ bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, serta hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Kamu juga harus bersukacita bersama orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu, kerana mereka tidak diberi harta warisan seperti kamu.+ 13  Jangan mempersembahkan korban bakar di tempat-tempat lain dengan sesuka hati.+ 14  Kamu hanya boleh mempersembahkan korban bakar di tempat yang dipilih oleh Yehuwa di salah satu wilayah suku kamu. Di sana, kamu mesti melakukan segala yang telah aku perintahkan.+ 15  “Jika kamu ingin makan daging, kamu boleh menyembelih binatang dan memakan dagingnya+ di dalam kota-kota kamu pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira seseorang tahir atau najis, dia boleh makan seberapa banyak ternakan yang diberikan oleh Yehuwa kepadanya. Kamu boleh makan daging itu sebagaimana kamu makan daging kijang atau rusa. 16  Tetapi kamu tidak boleh makan darah+ binatang itu. Kamu mesti mencurahkan darahnya ke tanah seperti air.+ 17  Kamu tidak dibenarkan memakan persembahan-persembahan berikut di dalam kota-kota kamu: Persepuluhan bijirin, persepuluhan wain baharu, persepuluhan minyak, anak sulung ternakan yang dipersembahkan,+ korban sukarela, dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, serta korban-korban lain. 18  Sebaliknya, kamu harus memakan semua persembahan itu di tempat yang dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu.+ Kamu harus memakannya di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu, bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan kamu, dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu. Kamu harus bersukacita dalam segala hasil usaha kamu di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu. 19  Jangan mengabaikan orang Lewi+ selama kamu tinggal di tanah itu. 20  “Yehuwa, Tuhan kamu, akan meluaskan kawasan kamu+ seperti yang telah dijanjikan-Nya.+ Pada masa itu, jika kamu ingin makan daging, kamu boleh menyembelih binatang dan memakan dagingnya pada bila-bila masa sahaja.+ 21  Jika tempat yang dipilih oleh Yehuwa untuk memuliakan nama-Nya+ jauh dari tempat tinggal kamu, kamu boleh menyembelih ternakan yang diberikan oleh Yehuwa kepada kamu dan memakan dagingnya di dalam kota-kota kamu pada bila-bila masa sahaja, seperti yang aku perintahkan kepada kamu. 22  Tidak kira kamu berada dalam keadaan tahir atau najis, kamu boleh makan daging itu sebagaimana kamu makan daging kijang atau rusa.+ 23  Tetapi kamu sama sekali tidak boleh makan darah+ binatang itu, kerana nyawa binatang itu terkandung dalam darahnya.+ Kamu tidak boleh makan nyawa bersama dagingnya. 24  Ya, kamu tidak boleh makan darah. Kamu mesti mencurahkannya ke tanah seperti air.+ 25  Jangan makan darah. Jika kamu mematuhi perintah ini, kamu sedang melakukan apa yang benar dalam pandangan Yehuwa, dan dengan demikian, kamu serta anak cucu kamu akan hidup makmur. 26  Semasa kamu pergi ke tempat yang dipilih oleh Yehuwa, kamu hanya boleh membawa persembahan-persembahan suci milik kamu sendiri dan persembahan yang akan kamu berikan untuk menunaikan ikrar. 27  Di sana, kamu harus mempersembahkan korban bakar, iaitu daging binatang bersama darahnya,+ di atas mazbah milik Yehuwa, Tuhan kamu. Kamu harus menuangkan darah korban itu di mazbah+ milik Yehuwa, Tuhan kamu, tetapi kamu boleh makan dagingnya. 28  “Patuhilah semua yang telah aku perintahkan kepada kamu dengan bersungguh-sungguh. Jika kamu mematuhi semua itu, kamu sedang melakukan apa yang baik dan benar dalam pandangan Yehuwa, dan dengan demikian, kamu serta anak cucu kamu akan sentiasa hidup makmur. 29  “Yehuwa, Tuhan kamu, akan membinasakan bangsa-bangsa di tanah yang akan kamu takluki+ lalu kamu akan menduduki tanah mereka. 30  Selepas hal itu berlaku, berhati-hatilah agar kamu tidak terikut-ikut dengan cara mereka, kerana hal itu akan menjadi seperti jerat bagi kamu. Jangan mencari maklumat tentang tuhan-tuhan mereka dengan berkata, ‘Bagaimanakah bangsa-bangsa itu menyembah tuhan-tuhan mereka? Aku ingin mengikut cara yang sama.’+ 31  Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana semasa mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, mereka melakukan perkara-perkara jijik yang dibenci oleh Yehuwa. Mereka bahkan membakar anak-anak mereka sendiri sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan mereka.+ 32  Patuhilah segala yang telah aku perintahkan kepada kamu dengan bersungguh-sungguh.+ Jangan tambahkan sesuatu kepada apa yang aku perintahkan dan jangan mengambil keluar sesuatu daripadanya.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.