Ulangan 13:1-18

  • Cara memperlakukan orang murtad (1-18)

13  “Jika seorang nabi atau pentafsir mimpi muncul dalam kalangan kamu dan memberi kamu suatu ramalan atau tanda,  dan jika ramalan atau tanda itu benar-benar berlaku lalu dia berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain yang belum kita kenal,’  jangan mendengarkan kata-kata nabi atau pentafsir mimpi itu.+ Hal ini demikian kerana Yehuwa sedang menguji kamu+ untuk mengetahui sama ada kamu mengasihi Yehuwa, Tuhan kamu, dengan segenap hati dan segenap jiwa atau tidak.+  Kamu harus menyembah dan terus mengikut Yehuwa, Tuhan kamu. Kamu harus mendengarkan firman-Nya dan mematuhi semua perintah-Nya. Kamu harus takut akan Dia dan berpaut pada-Nya.+  Tetapi nabi atau pentafsir mimpi itu harus dihukum mati+ kerana dia mempengaruhi kamu untuk memberontak terhadap Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah menebus kamu dan membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba. Dia harus dihukum mati kerana dia mencuba menyimpangkan kamu daripada haluan yang ditetapkan oleh Yehuwa. Ya, kamu harus menyingkirkan kejahatan daripada kalangan kamu.+  “Jika saudara lelaki kamu, iaitu anak kepada ibu kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu, mencuba mempengaruhi kamu secara sembunyi-sembunyi dengan berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain,’+ iaitu tuhan-tuhan yang belum kamu atau nenek moyang kamu kenal,  yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekeliling kamu, sama ada yang tinggal dekat dengan kamu, atau yang tinggal jauh daripada kamu, atau dari mana-mana tempat di negeri kamu,  jangan biarkan diri kamu dipujuk olehnya dan jangan mendengarkan kata-katanya.+ Jangan mengasihani dan jangan melindungi orang itu.  Sebaliknya, kamu harus membunuh orang itu.+ Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam orang itu, dan kemudian biarlah orang lain merejamnya.+ 10  Kamu harus merejamnya sampai mati+ kerana dia mencuba mempengaruhi kamu untuk meninggalkan Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba. 11  Kemudian semua orang Israel akan mendengar hal itu dan mereka akan menjadi takut. Dengan demikian, tiada seorang pun antara mereka yang akan melakukan perkara jahat seperti itu lagi dalam kalangan kamu.+ 12  “Apabila kamu tinggal di kota-kota yang diberikan oleh Yehuwa kepada kamu, mungkin kamu akan mendengar bahawa 13  terdapat beberapa orang yang tidak berguna dalam kalangan kamu yang mencuba menyesatkan penduduk kota dengan berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain,’ iaitu tuhan-tuhan yang belum kamu kenal. 14  Maka kamu harus memeriksa dan menyiasat perkara itu dengan teliti.+ Jika hal yang jahat itu benar-benar berlaku, 15  kamu harus membunuh semua penduduk kota itu dengan pedang.+ Kamu harus memusnahkan kota itu dan segala sesuatu yang ada di dalamnya, termasuk semua ternakan yang ada di sana.+ 16  Kumpulkanlah semua barang berharga di kota itu dan letakkannya di tengah-tengah tempat awam. Kemudian kamu harus membakar kota itu serta semua barang berharga tersebut. Barang-barang itu akan menjadi seperti persembahan kepada Yehuwa, Tuhan kamu. Kota itu akan menjadi timbunan reruntuhan yang kekal dan tidak akan dibina semula. 17  Jangan mengambil apa-apa pun daripada benda yang sudah dikhaskan untuk dimusnahkan,+ supaya kemurkaan Yehuwa reda. Dengan itu, Dia akan berbelas kasihan terhadap kamu dan melipatgandakan bilangan kamu, seperti yang telah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.+ 18  Kamu harus mentaati Yehuwa, Tuhan kamu. Jika kamu mematuhi semua perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini, kamu sedang melakukan apa yang benar dalam pandangan Yehuwa, Tuhan kamu.+

Nota Kaki