Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 10:1-11

  • Malaikat perkasa dengan gulungan kecil (1-7)

    • “Masanya tidak akan ditunda lagi” (6)

    • Terlaksanalah rahsia suci (7)

  • Yohanes memakan gulungan kecil (8-11)

10  Aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan, dan ada sebuah pelangi di atas kepalanya. Wajahnya bagaikan matahari,+ dan kakinya bagaikan tiang api. 2  Di dalam tangannya ada sebuah gulungan kecil yang terbuka. Dia meletakkan kaki kanannya di laut, dan kaki kirinya di bumi. 3  Lalu dia berseru dengan suara yang kuat, seperti seekor singa yang mengaum.+ Semasa dia berseru, tujuh guruh+ itu bercakap. 4  Pada masa tujuh guruh itu bercakap, aku hendak menulis apa yang telah dikatakan, tetapi aku mendengar suara dari syurga+ berkata, “Rahsiakanlah* hal-hal yang dikatakan oleh tujuh guruh itu, dan jangan tulis hal-hal itu.” 5  Kemudian, malaikat yang aku nampak berdiri di laut dan di bumi, mengangkat tangan kanannya ke langit. 6  Malaikat itu bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya,+ yang menciptakan langit serta segala sesuatu di langit, bumi serta segala sesuatu di bumi, dan laut serta segala sesuatu di laut.+ Dia berkata, “Masanya tidak akan ditunda lagi. 7  Semasa malaikat ketujuh+ hampir meniup trompetnya,+ terlaksanalah rahsia suci+ yang telah diisytiharkan oleh Tuhan sebagai berita baik kepada hamba-hamba-Nya, iaitu para nabi.”+ 8  Setelah itu, aku mendengar suara dari syurga+ berkata lagi kepadaku, “Pergilah ambil gulungan terbuka itu yang terdapat di dalam tangan malaikat yang sedang berdiri di laut dan di bumi.”+ 9  Maka aku pergi kepada malaikat itu dan meminta dia untuk memberikan gulungan kecil itu kepadaku. Dia berkata kepadaku, “Ambillah dan makanlah gulungan ini.+ Gulungan ini akan menjadi pahit di dalam perutmu, tetapi manis seperti madu di dalam mulutmu.” 10  Aku pun mengambil gulungan kecil itu dari tangan malaikat itu lalu memakannya.+ Di dalam mulutku, rasanya manis seperti madu,+ tetapi selepas aku habis memakannya, perutku menjadi pahit. 11  Kemudian aku mendengar perintah berikut: “Kamu mesti bernubuat lagi tentang pelbagai kaum, bangsa, bahasa, dan banyak raja.”

Nota Kaki

Harfiah, “Meterailah.”