Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 12:1-17
12 Kemudian satu tanda yang luar biasa kelihatan di syurga: Ada seorang wanita+ yang berpakaian matahari, dan bulan ada di bawah kakinya. Di atas kepalanya ada sebuah mahkota yang terdiri daripada 12 buah bintang.
2 Wanita itu mengandung, dan dia menjerit kesakitan kerana masanya untuk bersalin sudah tiba.
3 Satu lagi tanda kelihatan di syurga: Ada seekor naga+ besar yang berwarna merah api. Naga itu mempunyai tujuh kepala dan 10 tanduk. Di atas setiap kepalanya ada sebuah mahkota.
4 Naga itu mengheret satu pertiga daripada bintang+ di langit dengan ekornya lalu melemparkan bintang-bintang itu ke bumi.+ Naga itu terus berdiri di hadapan wanita+ yang hampir bersalin itu supaya dapat melahap anak wanita tersebut sebaik sahaja anak itu dilahirkan.
5 Wanita itu melahirkan seorang anak lelaki+ yang akan memerintah* semua bangsa dengan sebatang tongkat besi.+ Anak wanita itu segera dibawa kepada Tuhan dan ke takhta-Nya.
6 Kemudian wanita itu melarikan diri ke tempat yang disediakan oleh Tuhan untuknya di padang belantara. Di situ, dia akan diberi makanan selama 1,260 hari.+
7 Perang tercetus di syurga: Mikhael*+ dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga dan malaikat-malaikatnya juga berperang melawan mereka.
8 Tetapi naga dan malaikat-malaikatnya kalah* dan tidak lagi mempunyai tempat di syurga.
9 Jadi, naga besar+ itu dibuang ke bawah. Naga itu ialah ular tua+ yang dipanggil Iblis+ dan Syaitan,+ yang sedang menyesatkan seluruh dunia.+ Naga itu dibuang ke bumi,+ dan malaikat-malaikatnya juga dibuang ke bumi bersamanya.
10 Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata,
“Lihatlah! Tuhan kita telah menyelamatkan umat-Nya.+ Kuasa-Nya sudah dinyatakan, Kerajaan-Nya+ sudah didirikan, dan Kristus-Nya kini berkuasa, kerana dia yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Tuhan siang dan malam, sudah dibuang ke bawah!+
11 Saudara-saudara kita sudah mengalahkan dia+ dengan darah Anak Bebiri+ dan dengan perkhabaran yang disampaikan melalui kesaksian mereka.+ Mereka bahkan rela mengorbankan nyawa+ semasa diancam maut.
12 Oleh itu, bersukacitalah hai syurga dan kamu yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut+ kerana Iblis sudah turun kepada kamu dengan kemarahan yang besar, kerana dia tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”+
13 Apabila naga itu sedar bahawa dirinya telah dibuang ke bumi,+ naga itu menganiaya wanita+ yang telah melahirkan anak lelaki itu.
14 Tetapi wanita itu diberi sepasang sayap burung helang yang besar,+ supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang belantara. Di situ dia diberi makanan selama satu waktu, dua waktu, dan setengah waktu,*+ jauh daripada ular itu.+
15 Kemudian dari belakang wanita itu, ular itu membuka mulutnya dan memuntahkan air yang seperti aliran sungai untuk melemaskan wanita itu.
16 Tetapi bumi menolong wanita itu. Bumi membuka mulutnya lalu menelan air sungai yang dimuntahkan daripada mulut naga.
17 Naga itu menjadi sangat marah terhadap wanita tersebut, lalu pergi berperang melawan saki-baki keturunan wanita itu,+ yang mematuhi perintah Tuhan dan yang diamanahkan tugas untuk memberikan kesaksian tentang Yesus.+