Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 15:1-8
15 Aku nampak satu lagi tanda di syurga yang luar biasa dan menakjubkan. Aku nampak tujuh malaikat+ dengan tujuh tulah dan inilah tulah-tulah yang terakhir, kerana melalui tulah-tulah ini, kemurkaan Tuhan akan berakhir.+
2 Aku nampak sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca+ yang bercampur api. Aku juga nampak orang yang berdiri di tepi lautan kaca itu sambil memegang kecapi Tuhan. Merekalah yang telah mengalahkan+ binatang buas, patung binatang buas,+ dan nombor yang melambangkan nama binatang buas itu.+
3 Mereka menyanyikan lagu Musa,+ hamba Tuhan itu, dan lagu Anak Bebiri,+ yang berbunyi seperti berikut:
“Tuhan Yehuwa* Yang Maha Kuasa,+ perbuatan-Mu agung dan menakjubkan.+ Ya Raja yang kekal,+ haluan-Mu benar dan adil.+
4 Ya Yehuwa,* Engkau sahajalah yang setia. Siapakah yang tidak akan takut kepada-Mu, dan siapakah yang tidak akan memuliakan nama-Mu?+ Semua bangsa akan menghadap-Mu untuk menyembah-Mu,+ kerana perintah-Mu yang adil sudah disingkapkan.”
5 Selepas itu, aku nampak tempat suci* di dalam khemah suci*+ di syurga terbuka,+
6 lalu tujuh malaikat dengan tujuh tulah+ itu keluar dari tempat suci. Mereka memakai kain linen yang bersih dan terang, dan dada mereka dililiti kain pengikat yang diperbuat daripada emas.
7 Salah satu daripada empat makhluk hidup tersebut memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Tuhan,+ iaitu Tuhan yang hidup selama-lamanya.
8 Tempat suci itu dipenuhi asap kerana kemuliaan+ dan kuasa-Nya, dan tiada seorang pun yang dapat masuk ke dalam tempat itu sehingga tujuh tulah+ daripada tujuh malaikat itu berakhir.
Nota Kaki
^ Lihat Lampiran A5.
^ Lihat Lampiran A5.
^ Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
^ Harfiah, “khemah kesaksian.”