Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 2:1-29
2 “Tulislah kepada malaikat*+ sidang Efesus:+ Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang memegang tujuh buah bintang di dalam tangan kanannya, dan yang berjalan di tengah-tengah tujuh buah kaki pelita emas itu:+
2 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, kerja keras kamu, dan ketabahan kamu. Aku tahu bahawa kamu tidak mengizinkan orang jahat untuk tinggal dalam kalangan kamu. Aku juga tahu bahawa kamu telah menguji orang yang mengaku diri mereka rasul+ padahal mereka bukan, dan mendapati bahawa mereka ialah pendusta.
3 Kamu juga tabah, tidak berputus asa demi namaku,+ dan tidak patah semangat.+
4 Namun demikian, aku ingin menegur kamu kerana kasih yang kamu miliki pada mulanya sudah hilang.
5 “‘Oleh itu, ingatlah sejauh mana kamu sudah jatuh, kemudian bertaubatlah+ dan lakukanlah perbuatan yang kamu lakukan pada mulanya. Jika kamu tidak bertaubat,+ aku akan datang kepada kamu dan menyingkirkan kaki pelita+ kamu dari tempatnya.
6 Walaupun begitu, ada satu perkara baik yang sedang kamu lakukan: Kamu membenci perbuatan pengikut kumpulan agama Nikolaus+ yang juga aku benci.
7 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang:+ Aku akan mengizinkan orang yang menang dalam pertempuran+ untuk makan buah daripada pokok kehidupan+ yang ada di firdaus Tuhan.’
8 “Tulislah kepada malaikat* sidang Smirna: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang merupakan ‘yang Pertama dan yang Terakhir,’+ iaitu dia yang telah mati tetapi sekarang hidup semula:+
9 ‘Aku mengetahui kesengsaraan kamu. Aku juga tahu bahawa kamu miskin tetapi sebenarnya kamu kaya.+ Aku mengetahui kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh mereka yang mengakui diri mereka orang Yahudi, padahal mereka bukan. Sebenarnya mereka ialah kumpulan orang* milik Syaitan.+
10 Janganlah takut akan penderitaan yang bakal kamu alami.+ Lihatlah! Iblis akan terus membuang sebilangan orang daripada kalangan kamu ke dalam penjara agar kamu diuji sepenuhnya, dan kamu akan mengalami kesengsaraan selama 10 hari. Buktikanlah kesetiaan kamu sampai mati dan aku akan memberi kamu mahkota kehidupan.+
11 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar+ apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang: Dia yang menang dalam pertempuran+ pasti tidak akan mengalami kematian yang kedua.’+
12 “Tulislah kepada malaikat* sidang Pergamus: Inilah hal-hal yang dikatakan oleh dia yang memiliki pedang bermata dua yang tajam dan panjang itu:+
13 ‘Aku tahu bahawa tempat tinggal kamu ialah tempat letaknya takhta Syaitan. Namun demikian, kamu tetap berpegang teguh pada namaku.+ Kamu juga tidak menyangkal iman kamu kepadaku,+ bahkan pada zaman Antipas, iaitu saksiku yang setia,+ yang dibunuh+ di sisi kamu di tempat tinggal Syaitan.
14 “‘Walaupun begitu, aku ingin menegur kamu atas beberapa hal yang berikut: Ada orang dalam kalangan kamu yang berpaut pada ajaran Bileam.+ Bileamlah yang mengajar Balak+ untuk meletakkan batu sandungan di depan orang Israel dengan menyuruh mereka memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala dan melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral.*+
15 Demikian juga, ada orang dalam kalangan kamu yang berpaut pada ajaran kumpulan agama Nikolaus.+
16 Oleh itu, bertaubatlah. Jika tidak, aku akan segera datang kepada kamu, dan aku akan berperang melawan mereka dengan pedang panjang yang keluar daripada mulutku.+
17 “‘Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang:+ Aku akan memberikan manna yang tersembunyi+ kepada orang yang menang dalam pertempuran.+ Aku juga akan memberikan seketul batu putih kepadanya. Di atas batu itu ada tertulis nama baharu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali dia yang menerimanya.’
18 “Tulislah kepada malaikat* sidang Tiatira:+ Inilah hal-hal yang dikatakan oleh Anak Tuhan, yang mempunyai mata seperti api yang bernyala-nyala,+ dan yang mempunyai kaki seperti tembaga tulen:+
19 ‘Aku mengetahui perbuatan kamu, kasih kamu, iman kamu, khidmat kamu, dan ketabahan kamu. Selain itu, aku tahu bahawa perbuatan kamu belakangan ini lebih banyak daripada perbuatan kamu pada mulanya.
20 “‘Namun demikian, aku ingin menegur kamu kerana kamu mengizinkan Izebel,+ wanita yang menggelar dirinya seorang nabi, untuk mengajar lalu menyesatkan hamba-hambaku sehingga mereka melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral*+ dan memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala.
21 Aku memberi dia masa untuk bertaubat, tetapi dia enggan bertaubat daripada perbuatan seks yang tidak bermoral.*
22 Lihatlah! Tidak lama lagi, aku akan melemparkan wanita itu ke atas tempat tidur orang sakit. Jika orang yang berzina dengannya terus meniru perbuatannya dan enggan bertaubat, mereka pasti mengalami kesengsaraan yang besar.
23 Aku akan membunuh anak-anaknya dengan penyakit yang membawa maut agar semua sidang mengetahui bahawa akulah dia yang menyelidiki hati dan fikiran manusia yang tersembunyi.* Aku akan membalas kamu menurut perbuatan kamu masing-masing.+
24 “‘Tetapi inilah kata-kataku kepada orang lain dalam kalangan kamu di Tiatira, iaitu semua orang yang tidak mengikut ajaran Izebel, dan yang tidak tahu akan “perkara-perkara dalam daripada Syaitan”:+ Aku tidak mahu membebani kamu dengan hal-hal yang lain.
25 Walau bagaimanapun, berpautlah pada apa yang kamu ada sehingga aku datang.+
26 Kepada orang yang menang dalam pertempuran dan meniru perbuatanku sehingga akhir, aku akan memberinya kuasa atas bangsa-bangsa lain,+
27 iaitu kuasa yang sudah aku terima daripada Bapaku. Dia akan memerintah* orang dengan tongkat besi+ dan menghancurkan mereka seperti bekas tanah liat.
28 Aku akan memberikan bintang pagi kepadanya.+
29 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar apa yang dikatakan oleh kuasa suci Tuhan kepada sidang-sidang.’