Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 20:1-15

  • Syaitan diikat selama 1,000 tahun (1-3)

  • Memerintah bersama Kristus selama 1,000 tahun (4-6)

  • Syaitan dibebaskan, kemudian dilenyapkan (7-10)

  • Orang mati dihakimi di hadapan takhta putih (11-15)

20  Setelah itu, aku nampak satu malaikat turun dari syurga. Di dalam tangannya terdapat kunci jurang yang dalam+ dan seutas rantai yang besar. 2  Malaikat itu menangkap naga itu,+ iaitu ular tua+ yang merupakan Iblis+ dan Syaitan,+ lalu mengikatnya selama 1,000 tahun. 3  Kemudian, malaikat itu membuangnya ke dalam jurang yang dalam+ itu lalu menutupi dan memeterai jurang itu supaya dia tidak akan menyesatkan bangsa-bangsa lagi, sehingga 1,000 tahun itu berakhir. Selepas itu, dia mesti dibebaskan buat suatu jangka waktu yang singkat.+ 4  Aku nampak takhta-takhta, dan orang yang duduk di atasnya diberi kuasa untuk menghakimi. Ya, aku nampak orang* yang dibunuh* kerana memberikan kesaksian tentang Yesus dan kerana menyampaikan perkhabaran tentang Tuhan. Aku juga nampak orang yang tidak menyembah binatang buas atau patungnya, yang tidak menerima tanda pada dahi atau tangan mereka.+ Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama Kristus+ selama 1,000 tahun. 5  Itulah pembangkitan yang pertama.+ (Orang mati yang lain+ tidak hidup semula sehingga 1,000 tahun itu berakhir.) 6  Berbahagialah dan sucilah semua orang yang mempunyai bahagian dalam pembangkitan yang pertama.+ Kematian yang kedua+ tidak berkuasa atas mereka.+ Mereka akan menjadi imam-imam+ Tuhan dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama Kristus selama 1,000 tahun itu.+ 7  Sebaik sahaja 1,000 tahun itu berakhir, Syaitan akan dibebaskan dari penjaranya, 8  lalu dia akan pergi menyesatkan Gog dan Magog, iaitu bangsa-bangsa di empat penjuru bumi, dan mengumpulkan mereka untuk berperang. Bilangan mereka sebanyak pasir di pantai. 9  Mereka pergi ke seluruh bumi dan mengelilingi perkhemahan umat suci Tuhan dan kota yang dikasihi Tuhan. Tetapi api turun dari langit dan menelan mereka.+ 10  Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam tasik api dan belerang. Binatang buas+ dan nabi palsu sudah berada di situ.+ Mereka semua akan diseksa* siang dan malam buat selama-lamanya. 11  Kemudian, aku nampak sebuah takhta besar yang berwarna putih. Aku juga nampak Dia yang duduk di atas takhta itu.+ Bumi dan langit melarikan diri+ dari hadirat-Nya dan tidak dijumpai lagi. 12  Selain itu, aku nampak orang yang mati, baik orang yang berpangkat tinggi mahupun orang biasa, berdiri di hadapan takhta, dan kitab-kitab pun dibuka. Selepas itu, sebuah kitab yang lain dibuka, iaitu kitab kehidupan.+ Orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis dalam kitab-kitab itu.+ 13  Laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya. Maut menyerahkan orang mati yang ada dalamnya, begitu juga dengan Kuburan.* Setiap orang dihakimi menurut perbuatan masing-masing.+ 14  Selepas itu, maut dan Kuburan* dicampakkan ke dalam tasik api.+ Tasik api+ ini melambangkan kematian yang kedua.+ 15  Sesiapa yang namanya tidak tertulis dalam kitab kehidupan+ juga dicampakkan ke dalam tasik api itu.+

Nota Kaki

Lihat nota kaki bagi Why 6:9.
Harfiah, “dibunuh dengan kapak.”
Atau “disekat; dipenjarakan.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.