Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 5:1-14

  • Gulungan dengan tujuh meterai (1-5)

  • Anak Bebiri mengambil gulungan (6-8)

  • Anak Bebiri layak membuka meterai (9-14)

5  Aku nampak sebuah gulungan di dalam tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu.+ Ada tulisan pada muka depan dan muka belakang gulungan itu, dan gulungan itu ditutup rapat dengan tujuh buah meterai. 2  Selepas itu, aku nampak satu malaikat yang perkasa berseru dengan suara lantang, “Siapakah yang layak untuk memecahkan meterai-meterai tersebut dan membuka gulungan itu?” 3  Namun demikian, tiada sesiapa pun di syurga atau di atas bumi atau di bawah bumi yang dapat membuka gulungan itu atau membacanya. 4  Aku menangis teresak-esak kerana tidak ada seorang pun yang layak membuka gulungan itu atau membacanya. 5  Tetapi salah seorang penatua berkata kepadaku, “Jangan menangis lagi. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda,+ akar+ Daud,+ sudah menang dalam pertempuran,+ dan dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan tersebut.” 6  Kemudian, aku melihat seekor anak bebiri+ yang nampaknya pernah disembelih.+ Empat makhluk itu berdiri berhampiran dengan takhta, dan anak bebiri itu berdiri di hadapan mereka dan mereka dikelilingi semua penatua itu.+ Anak bebiri itu mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata. Matanya melambangkan tujuh daya Tuhan+ yang telah diutus ke seluruh bumi. 7  Dengan serta-merta, anak bebiri itu tampil ke hadapan dan mengambil gulungan tersebut dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta.+ 8  Semasa Anak Bebiri itu mengambil gulungan tersebut, empat makhluk hidup dan 24 orang penatua itu+ bersujud di hadapannya. Mereka masing-masing mempunyai sebuah kecapi dan mangkuk emas yang penuh dengan kemenyan. (Kemenyan itu melambangkan doa umat suci Tuhan.)+ 9  Mereka menyanyikan sebuah lagu baharu+ dengan kata-kata berikut: “Kamu layak mengambil gulungan itu dan membuka meterai-meterainya kerana kamu telah disembelih, dan dengan darah kamu,+ orang daripada setiap suku, bahasa, kaum, dan bangsa, telah kamu beli untuk Tuhan.+ 10  Kamu juga menjadikan mereka raja+ dan imam+ yang mengabdi kepada Tuhan kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja+ atas bumi.” 11  Lalu aku melihat dan aku mendengar suara malaikat yang berpuluh-puluh ribu dan beribu-ribu* bilangannya.+ Mereka berada di sekeliling takhta, makhluk hidup, dan penatua-penatua itu. 12  Mereka semua berkata dengan suara yang lantang, “Anak Bebiri yang disembelih+ itu layak menerima kuasa, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan, dan berkat.”+ 13  Aku mendengar setiap makhluk yang ada di syurga, di atas bumi, di bawah bumi,+ di laut—pendek kata, semua makhluk hidup—berkata, “Semoga berkat, kehormatan,+ kemuliaan, dan kuasa, diberikan buat selama-lamanya+ kepada Dia yang duduk di atas takhta+ dan kepada Anak Bebiri.”+ 14  Lalu keempat-empat makhluk hidup itu berkata, “Amin!” dan para penatua itu pun bersujud dan menyembah Tuhan.

Nota Kaki

Atau “sepuluh ribu darab sepuluh ribu dan seribu darab seribu.”