Surat daripada Yakobus 1:1-27
1 Yakobus,+ yang menjadi hamba Tuhan dan hamba Tuan Yesus Kristus, menulis surat ini kepada 12 suku yang tercerai-berai di merata tempat:
Salam sejahtera!
2 Saudara-saudaraku, bersukacitalah apabila kamu ditimpa pelbagai cubaan,+
3 kerana kamu tahu bahawa mutu iman kamu yang telah diuji akan menghasilkan ketabahan.+
4 Biarlah ketabahan kamu mencapai tujuannya, supaya kamu menjadi serba lengkap, tidak bercela dalam segala hal, dan tidak kekurangan apa-apa pun.+
5 Oleh itu, jika ada sesiapa antara kamu yang kurang bijaksana, hendaklah dia terus meminta kebijaksanaan daripada Tuhan.+ Tuhan tidak akan memarahinya.* Sebaliknya, Tuhan akan menunaikan permintaannya kerana Dia murah hati terhadap semua orang.+
6 Apabila seseorang membuat permintaan, dia mesti beriman+ dan tidak ragu-ragu sama sekali,+ kerana orang yang ragu-ragu bagaikan ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin.
7 Sebenarnya, orang sebegini tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Yehuwa,*
8 kerana dia tidak tetap pendirian+ dan teragak-agak dalam segala perbuatannya.
9 Saudara yang miskin harus berbesar hati apabila ditinggikan.+
10 Saudara yang kaya pula harus berbesar hati apabila direndahkan,+ kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga di padang.
11 Semasa matahari terbit, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya dan segala usahanya akan lenyap.+
12 Berbahagialah orang yang tetap tabah semasa menghadapi cubaan,+ kerana setelah dia mendapat perkenan Yehuwa,* dia akan menerima mahkota kehidupan+ yang dijanjikan oleh-Nya kepada mereka yang sentiasa mengasihi-Nya.+
13 Semasa seseorang menghadapi cubaan, dia tidak patut berkata, “Tuhan sedang mencubai aku.” Hal ini demikian kerana Tuhan tidak boleh dicubai oleh kejahatan, dan Dia juga tidak mencubai sesiapa pun dengan hal-hal yang jahat.
14 Sebaliknya, setiap orang dicubai semasa dia digoda dan diumpan oleh keinginannya sendiri.+
15 Apabila keinginan itu menjadi subur, maka lahirlah dosa, dan perbuatan dosa akhirnya akan menyebabkan kematian.+
16 Saudara-saudaraku yang dikasihi, janganlah tertipu.
17 Setiap kurniaan yang baik dan setiap pemberian yang sempurna berasal dari syurga+ dan diturunkan oleh Bapa, Sumber segala cahaya.+ Dia tidak berubah-ubah seperti bayang-bayang.+
18 Sesuai dengan kehendak-Nya, Dia memberi kita kehidupan melalui firman-Nya yang benar.+ Dengan itu, kita dapat menjadi hasil pertama yang dipilih daripada semua makhluk ciptaan-Nya.+
19 Saudara-saudaraku yang dikasihi, ketahuilah hal ini: Setiap orang mesti cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata+ dan lambat naik marah.+
20 Hal ini demikian kerana seseorang yang dikuasai kemarahan tidak dapat melakukan apa yang benar di mata Tuhan.+
21 Oleh itu, singkirkanlah semua kekotoran dan segala sesuatu yang jahat daripada diri kamu.*+ Dengan rendah hati, izinkanlah Tuhan menanamkan firman-Nya dalam diri kamu kerana firman-Nya dapat menyelamatkan kamu.
22 Namun, hendaklah kamu melakukan apa yang difirmankan oleh Tuhan.+ Janganlah mendengar sahaja dan menipu diri sendiri dengan pemikiran yang salah.
23 Orang yang hanya mendengar firman Tuhan tetapi tidak melakukannya+ ibarat seseorang yang melihat wajahnya dalam cermin,
24 memandang dirinya, lalu beredar dan segera lupa akan wajahnya.
25 Tetapi jika seseorang meneliti hukum yang sempurna+ dan yang membawa kebebasan, dan terus mematuhinya, orang itu akan bahagia, kerana dia melakukan apa yang didengarinya dan tidak menjadi pendengar yang cepat lupa.+
26 Jika seseorang menganggap dirinya penyembah Tuhan* tetapi tidak mengekang* lidahnya dengan baik,+ dia menipu dirinya sendiri* dan ibadatnya sia-sia sahaja.
27 Di mata Tuhan, Bapa kita, inilah ibadat* yang murni dan suci: Menjaga anak yatim+ dan balu+ yang menderita,+ dan memastikan diri tidak dicemari oleh dunia ini.+
Nota Kaki
^ Atau “tidak akan mencari kesalahannya.”
^ Lihat Lampiran A5.
^ Lihat Lampiran A5.
^ Atau mungkin, “dan kejahatan yang melimpah dalam diri kamu.”
^ Atau “menganggap dirinya alim.”
^ Atau “mengawal.”
^ Harfiah, “menipu hati sendiri.”
^ Atau “agama.”