Yehezkiel 1:1-28

  • Yehezkiel mendapat penglihatan daripada Tuhan di Babilon (1-3)

  • Penglihatan tentang kenderaan Yehuwa di syurga (4-28)

    • Ribut, awan, dan api (4)

    • Empat makhluk yang hidup (5-14)

    • Empat roda (15-21)

    • Lantai yang kelihatan seperti ais yang bersinar-sinar (22-24)

    • Takhta Yehuwa (25-28)

1  Pada hari kelima, bulan keempat, tahun ke-30, aku menetap di tepi Sungai Khebar+ bersama-sama orang lain yang telah dibuang negeri.+ Ketika itu langit terbuka dan aku mendapat penglihatan daripada Tuhan.  Pada hari kelima bulan itu, iaitu pada tahun kelima selepas Raja Yehoyakhin+ dibuang negeri,  Yehuwa berfirman kepada aku, Yehezkiel* anak Imam Buzi, dekat Sungai Khebar yang terletak di negeri orang Kasdim.+ Di situ, Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya* ke atas aku.*+  Ketika aku sedang memandang, aku nampak angin badai+ bertiup dari utara. Aku juga nampak awan besar dengan sinaran api*+ yang dikelilingi cahaya yang terang. Di tengah-tengah api itu, aku nampak sesuatu seperti logam* yang bersinar-sinar.+  Di tengah-tengah api itu juga, kelihatan seakan-akan ada empat makhluk hidup yang menyerupai manusia.+  Setiap makhluk itu mempunyai empat muka dan empat sayap.+  Kaki semua makhluk itu lurus, dan tapak kaki mereka seperti tapak kaki anak lembu. Kaki mereka bersinar-sinar seperti tembaga yang telah digilap.+  Setiap makhluk itu mempunyai muka dan sayap. Mereka mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah keempat-empat sayap mereka.  Sayap mereka saling bersentuhan. Apabila mereka bergerak, mereka bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+ 10  Setiap makhluk itu mempunyai empat muka: Muka manusia, muka singa+ pada sebelah kanan, muka lembu+ pada sebelah kiri, dan muka+ helang.+ 11  Demikianlah rupa mereka. Sayap mereka terbentang ke atas. Setiap makhluk itu mempunyai dua sayap yang saling bersentuhan, dan dua sayap yang menutupi badan masing-masing.+ 12  Mereka masing-masing bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+ Ke mana sahaja kuasa suci Tuhan menggerakkan mereka untuk pergi, ke sanalah mereka akan pergi. 13  Makhluk-makhluk itu kelihatan seperti bara api yang bernyala-nyala, dan terdapat sesuatu yang kelihatan seperti obor yang bernyala-nyala yang berulang-alik di antara mereka. Obor itu bernyala dengan sangat terang dan memancarkan kilat.+ 14  Apabila semua makhluk itu terbang berulang-alik, pergerakan mereka seperti pancaran kilat. 15  Ketika aku memandang makhluk-makhluk hidup yang mempunyai empat muka itu, aku nampak di sisi setiap makhluk itu ada sebuah roda di atas tanah.+ 16  Keempat-empat roda itu sama bentuknya dan kelihatan seperti batu krisolit yang berkilau. Binaannya seperti dua buah roda yang dipasang bersilang. 17  Roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah tanpa perlu mengubah haluan. 18  Lingkaran roda-roda itu begitu besar dan mengagumkan. Lingkaran keempat-empat roda itu penuh dengan mata.+ 19  Apabila makhluk-makhluk hidup itu bergerak, roda-roda itu pun bergerak bersama mereka. Apabila makhluk-makhluk itu terangkat dari tanah, roda-roda itu pun terangkat dari tanah.+ 20  Ke mana sahaja kuasa suci Tuhan menggerakkan mereka untuk pergi, ke sanalah mereka akan pergi, dan roda-roda itu juga akan terangkat dari tanah bersama mereka, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan makhluk-makhluk hidup itu, juga ada di dalam roda-roda itu. 21  Apabila makhluk-makhluk hidup itu bergerak, roda-roda itu pun bergerak bersama mereka. Apabila mereka berhenti, roda-roda itu pun berhenti. Apabila mereka terangkat dari tanah, roda-roda itu pun terangkat dari tanah, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan mereka juga ada di dalam roda-roda itu. 22  Di atas kepala makhluk-makhluk itu, terbentang sesuatu yang menyerupai lantai. Lantai itu mengagumkan dan kelihatan seperti ais yang bersinar-sinar.+ 23  Di bawah lantai itu, sayap mereka terbentang lurus dan saling bersentuhan; setiap makhluk itu mempunyai dua sayap untuk menutupi sebelah badannya, dan dua sayap lagi untuk menutupi sebelah yang lain. 24  Bunyi sayap-sayap mereka kedengaran seperti deruman air, seperti suara Yang Maha Kuasa.+ Apabila mereka bergerak, bunyinya seperti bunyi angkatan tentera. Apabila mereka berhenti bergerak, mereka akan menurunkan sayap mereka. 25  Aku mendengar suara dari lantai di atas kepala makhluk-makhluk itu. (Apabila mereka berhenti bergerak, mereka akan menurunkan sayap mereka.) 26  Di sebelah atas lantai itu, ada sesuatu yang kelihatan seperti batu nilam,+ yang menyerupai sebuah takhta.+ Aku nampak sesuatu yang kelihatan seperti manusia duduk di atas takhta itu.+ 27  Dari apa yang kelihatan seperti pinggangnya sampai ke atas, aku nampak sesuatu seperti logam yang bersinar-sinar+ dan dikelilingi api. Dari pinggangnya ke bawah, aku nampak sesuatu seperti api.+ Dia dikelilingi cahaya yang terang-benderang, 28  seperti pelangi+ di awan pada hari hujan. Demikianlah kegemilangan cahaya yang bersinar di sekelilingnya. Cahaya itu kelihatan seperti kemuliaan Yehuwa.+ Ketika aku nampak semua ini, aku terus bersujud ke tanah, lalu aku mendengar suara seseorang bercakap.

Nota Kaki

Maksudnya “Tuhan Menguatkan.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “Di situ, tangan Yehuwa datang ke atas aku.”
Iaitu, logam campuran emas dan perak.
Atau “dengan kilat.”