Yehezkiel 13:1-23
13 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,
2 “Anak manusia, bernubuatlah kepada nabi-nabi di Israel+ yang mengucapkan nubuat yang direka-reka oleh mereka sendiri.+ Katakanlah kepada mereka, ‘Dengarlah firman Yehuwa.
3 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Malanglah nabi-nabi yang bodoh. Mereka mengikut bisikan hati sendiri padahal mereka tidak mendapat penglihatan!+
4 Wahai orang Israel, nabi-nabi kamu telah menjadi seperti rubah* yang ada di antara reruntuhan kota.
5 Kamu pasti tidak akan mempertahankan tempat-tempat yang roboh temboknya. Kamu juga pasti tidak akan membinanya semula. Oleh itu, bangsa Israel+ tidak akan selamat dalam pertempuran pada hari Yehuwa.”+
6 “Penglihatan mereka itu palsu dan nubuat mereka dusta belaka. Mereka berkata, ‘Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa,’ padahal Yehuwa tidak mengutus mereka. Namun mereka masih berharap bahawa nubuat mereka akan menjadi kenyataan.+
7 Bukankah penglihatan kamu palsu dan nubuat kamu dusta belaka? Kamu berkata, ‘Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa,’ padahal Aku tidak pernah berfirman kepada kamu.”’
8 “‘Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “‘Memandangkan kamu berbohong dan penglihatan kamu itu dusta belaka, Aku akan menentang kamu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”+
9 Tangan-Ku akan menentang nabi-nabi yang melihat penglihatan palsu dan yang menyampaikan nubuat yang salah.+ Mereka tidak akan ada dalam kalangan umat-Ku yang akrab dengan-Ku. Mereka juga tidak akan disenaraikan dalam salasilah keturunan bangsa Israel. Selain itu, mereka juga tidak akan pulang ke negeri Israel. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.+
10 Hal ini demikian kerana mereka telah menyesatkan umat-Ku dengan berkata, “Semuanya aman damai!”+ meskipun kedamaian tidak wujud. Setelah mereka membina sebuah dinding yang tidak kukuh, mereka mengecatnya dengan cat putih.’*+
11 “Beritahulah orang yang mengecat dinding itu dengan cat putih bahawa dinding itu akan roboh. Hujan lebat akan turun, hujan batu akan melanda, dan angin ribut yang kuat akan menghancurkannya.+
12 Apabila dinding itu roboh, kamu akan ditanya, ‘Di manakah cat yang telah kamu sapu itu?’+
13 “Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Semasa Aku marah, Aku akan mendatangkan ribut yang kuat. Semasa Aku murka, Aku akan mendatangkan hujan yang lebat dan hujan batu yang membawa kemusnahan.
14 Aku akan merobohkan dinding yang telah kamu sapu dengan cat putih sehingga batu-batunya jatuh ke tanah dan batu asasnya terdedah. Apabila kota itu runtuh, kamu akan mati di dalamnya, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
15 “‘Selepas Aku melampiaskan kemarahan-Ku terhadap dinding itu dan orang yang menyapu cat putih padanya, Aku akan berfirman kepadamu, “Dinding itu sudah binasa, dan orang yang mengecatnya turut binasa.+
16 Nabi-nabi Israel sudah lenyap. Merekalah yang bernubuat tentang Yerusalem dan mendapat penglihatan bahawa kota itu akan ada kedamaian meskipun kedamaian tidak wujud,”’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
17 “Hai anak manusia, lihatlah anak-anak perempuan bangsamu yang mereka-reka nubuat sendiri, dan bernubuatlah kepada mereka.
18 Beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Malanglah wanita yang menjahit gelang tangan* dan membuat tudung kepala dalam pelbagai saiz untuk memburu nyawa orang lain! Adakah kamu memburu nyawa umat-Ku dan menyangka bahawa nyawa kamu akan selamat?
19 Kamu menghina Aku di hadapan umat-Ku demi beberapa genggam barli dan beberapa cebis roti.+ Kamu berdusta kepada umat-Ku yang mempercayai dustamu. Orang yang tidak patut mati, kamu bunuh, sedangkan orang yang tidak patut hidup, kamu biarkan hidup.”’+
20 “Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Hai wanita, Aku membenci gelang-gelang yang kamu gunakan untuk memburu nyawa orang. Aku akan merampas gelang-gelang itu daripada lengan kamu dan membebaskan orang yang telah kamu jerat. Ya, kamu telah memburu mereka seperti kamu memburu burung, tetapi Aku akan membebaskan mereka.
21 Aku akan mengoyakkan tudung kamu dan menyelamatkan umat-Ku daripada cengkamanmu. Mereka tidak akan menjadi mangsa buruan kamu lagi. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
22 Kamu melemahkan semangat orang baik dengan dustamu+ sedangkan Aku tidak mahu mereka menderita.* Kamu telah menyokong orang jahat supaya mereka terus berbuat jahat+ dan tidak bertaubat sehingga mereka tidak dapat diselamatkan.+
23 Oleh itu, kamu tidak akan lagi mendapat penglihatan palsu dan membuat ramalan.+ Aku akan menyelamatkan umat-Ku daripada cengkaman kamu, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”