Yehezkiel 15:1-8

  • Yerusalem seperti kayu pokok anggur yang tidak berguna (1-8)

15  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2  “Anak manusia, apakah perbezaan kayu pokok anggur dengan kayu daripada pokok-pokok lain atau dahan daripada pokok-pokok di dalam hutan? 3  Dapatkah kayu pokok anggur digunakan untuk melakukan sesuatu kerja? Dapatkah kayunya dijadikan pasak untuk menggantungkan perkakas? 4  Lihatlah! Kayunya dilemparkan ke dalam api untuk dibakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis dibakar dan bahagian tengahnya hangus, adakah kayu itu masih boleh digunakan? 5  Bahkan sebelum dibakar, kayu itu tidak dapat digunakan. Apalagi setelah dibakar sampai hangus, kayu itu lagi tidak berguna!” 6  “Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Sebagaimana kayu pokok anggur yang diambil dari hutan dijadikan sebagai bahan api, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem+ 7  dan menentang mereka. Walaupun mereka telah melepaskan diri daripada api, mereka akhirnya akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menentang mereka, barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”+ 8  “‘Aku akan membuat negeri mereka menjadi tandus+ kerana mereka tidak setia terhadap-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

Nota Kaki