Yehezkiel 17:1-24

  • Perumpamaan tentang dua ekor helang dan sebatang pokok anggur (1-21)

  • Tunas yang muda bertumbuh menjadi pokok sedar yang megah (22-24)

17  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,  “Anak manusia, sampaikanlah sebuah teka-teki dan ceritakanlah sebuah perumpamaan tentang bangsa Israel.+  Engkau haruslah berkata, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Ada seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang, dan bulunya lebat dan berwarna-warni. Helang itu terbang ke Lebanon+ lalu mematahkan pucuk sebatang pokok sedar.+  Helang itu mengambil pucuk dari bahagian paling atas pokok itu, lalu membawanya ke tanah Kanaan* dan meletakkannya di kota para pedagang.+  Kemudian helang itu mengambil beberapa biji benih di tanah+ dan menanam benih-benih itu di sebuah ladang yang subur, seperti menanam pokok* di tempat yang ada banyak air.  Benih itu pun bertunas dan bertumbuh menjadi sebatang pokok anggur yang renek.+ Dahannya menjalar ke luar, daunnya melengkung ke dalam, dan akarnya bertumbuh ke bawah. Demikianlah benih itu menjadi sebatang pokok anggur yang mempunyai dahan dan pucuk.+  “‘“Kemudian datang lagi seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, dan bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang.+ Pokok anggur itu, yang berada di tapak semaiannya, cepat-cepat mengarahkan akarnya ke arah burung yang kedua itu. Dahan-dahannya mengarah ke arah burung itu dengan harapan agar burung itu akan memberinya air,+  padahal pokok itu sudah ditanam di tempat yang subur dan berair agar dahan dan buahnya dapat bertumbuh, dan menjadi pokok anggur yang baik sekali.”’+  “Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah seseorang akan mencabut akarnya+ sehingga buahnya menjadi buruk dan tunasnya layu?+ Pokok ini akan menjadi begitu kering sehingga mudah untuk dicabut. Tidak perlu tangan yang kuat atau banyak orang untuk mencabut akar-akarnya. 10  Biarpun pokok ini dipindah dan ditanam semula, dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah pokok ini akan layu sama sekali apabila ditiup angin timur? Sememangnya pokok ini akan layu di tapak semaiannya.”’” 11  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 12  “Beritahulah bangsa yang suka memberontak itu, ‘Adakah kamu tahu makna hal-hal ini?’ Katakanlah kepada mereka, ‘Lihat! Raja Babilon telah datang ke Yerusalem lalu membawa raja dan para pemimpin di situ ke Babilon sebagai tawanan.+ 13  Selain itu, raja Babilon membawa salah seorang kerabat diraja+ dari situ dan membuat perjanjian dengannya lalu menyuruhnya bersumpah.+ Raja juga menawan para pembesar negeri itu+ 14  supaya negeri itu menjadi lemah dan tidak dapat bangkit. Negeri itu dapat terus wujud hanya jika perjanjiannya ditepati.+ 15  Tetapi akhirnya raja negeri itu memberontak+ dan mengirim utusan ke Mesir untuk mendapatkan kuda+ dan angkatan tentera yang besar.+ Adakah raja negeri itu akan berjaya? Dapatkah dia berbuat demikian tanpa dijatuhi hukuman? Dapatkah dia memungkiri perjanjian dan melepaskan diri?’+ 16  “‘“Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa raja negeri itu akan mati di Babilon, iaitu tempat tinggal raja* yang telah melantik dia* menjadi raja. Hal ini demikian kerana dia telah melanggar perjanjian itu dan memandang ringan sumpahnya.+ 17  Semua askar dalam angkatan tentera Firaun* pun tidak dapat membantunya+ ketika tentera Babilon membuat timbunan tanah dan benteng untuk meragut nyawa ramai orang. 18  Dia telah memandang ringan sumpahnya dan melanggar perjanjian itu. Meskipun dia telah berjanji, dia masih melakukan semua hal ini. Oleh itu, dia tidak akan melepaskan diri.”’ 19  “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa Aku akan mendatangkan malapetaka atasnya kerana dia telah memandang ringan sumpah-Ku+ dan melanggar perjanjian-Ku. 20  Aku akan membentangkan jaring yang digunakan oleh pemburu untuk menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon dan menghakiminya di situ kerana dia tidak setia kepada-Ku.+ 21  Semua askarnya yang melarikan diri akan dibunuh dengan pedang, dan mereka yang masih hidup akan tercerai-berai ke setiap arah.+ Kemudian kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah berfirman.”’+ 22  “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengambil tunas dari puncak pokok sedar yang tinggi+ lalu menanamnya. Ya, dari atas dahan pokok itu, Aku akan memetik tunas yang muda+ lalu menanamnya di atas gunung yang tinggi.+ 23  Tunas yang ditanam di atas gunung yang tinggi di Israel akan bertumbuh. Dahan-dahannya akan bertumbuh, lalu pokok itu akan menghasilkan buah dan menjadi sebatang pokok sedar yang megah. Pelbagai jenis burung akan tinggal di bawahnya dan bernaung di bawah daun-daunnya. 24  Semua pokok di padang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah meninggikan pokok yang rendah+ dan merendahkan pokok yang tinggi. Aku telah membuat pokok yang subur menjadi layu, dan membuat pokok yang layu menjadi subur.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman dan Aku telah melaksanakannya.”’”

Nota Kaki

Atau “tanah para pedagang.”
Iaitu, pokok willow.
Iaitu, Nebukadnezar.
Iaitu, Zedekia.
Gelaran bagi raja Mesir.