Yehezkiel 19:1-14

  • Lagu ratapan tentang para pemimpin Israel (1-14)

19  “Nyanyikanlah sebuah lagu ratapan tentang para pemimpin Israel.  Nyanyikanlah,‘Siapakah ibumu? Dia bagaikan singa betina dalam kalangan singa-singa jantan. Dia berbaring antara singa-singa jantan yang muda dan ganas, dan dia membesarkan anak-anaknya.   Dia membesarkan salah seekor anaknya sehingga menjadi singa muda yang ganas.+ Anak singa itu mampu mencabik mangsa-mangsanya,Dan bahkan membaham manusia.   Bangsa-bangsa mendengar tentang anak singa itu, lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan membawanya ke Mesir.+   Si ibu menantikan kepulangan anaknya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa anaknya tidak akan kembali. Oleh itu, dia membesarkan seekor lagi anak singa sehingga anak singa itu menjadi singa muda yang ganas.   Anak singa itu juga berjalan-jalan di antara singa-singa yang lain dan menjadi seekor singa muda yang ganas. Dia belajar mencabik mangsa-mangsanya, dan dia bahkan membaham manusia.+   Dia merayau-rayau di kawasan menara berkubu dan menghancurkan kota-kota mereka.Negeri itu menjadi gersang, dan ngaumannya kedengaran di seluruh negeri itu.+   Bangsa-bangsa dari daerah yang berdekatan membentangkan jaring mereka untuk menangkapnya,Lalu mereka memerangkapnya di dalam sebuah lubang.   Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan mengurungnya, lalu membawanya kepada raja Babilon. Mereka mengurungnya agar suaranya tidak lagi kedengaran di gunung-gunung Israel. 10  Ibumu ibarat pokok anggur+ dalam darahmu,* ya, dia bagaikan sebatang pokok anggur yang ditanam dekat air. Pokok itu berbuah lebat dan mempunyai banyak dahan kerana air di situ berlimpah-limpah. 11  Dahan-dahan pokok itu bertumbuh dan menjadi kuat sehingga boleh dijadikan tongkat pemerintah. Pokok itu bertumbuh lebih tinggi daripada pokok-pokok yang lain,Dan dapat dilihat kerana ketinggiannya dan kerana daunnya yang lebat. 12  Tetapi dengan marah, pokok itu dicabut+ lalu dicampakkan ke tanah.Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya. Dahannya yang kuat dipatahkan lalu dahan itu menjadi kering+ dan dibakar.+ 13  Kini pokok itu ditanam di padang belantara,Di tanah yang gersang dan kering.+ 14  Api merebak dari batang pokok itu lalu membakar tunas dan buahnya.Tidak ada lagi dahan yang kuat pada pokok itu untuk dijadikan tongkat pemerintah.+ “‘Inilah lagu ratapan yang akan sentiasa dinyanyikan orang.’”

Nota Kaki

Atau mungkin, “pokok anggur di ladang anggurmu.”