Yehezkiel 27:1-36

  • Lagu ratapan tentang kapal Tirus yang karam (1-36)

27  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,  “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan bagi Tirus.+  Katakanlah kepada Tirus,‘Engkau yang tinggal di pintu masuk laut,Dan yang menjadi pedagang kepada orang dari pulau-pulau,Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai Tirus, engkau telah berkata, ‘Keindahanku sungguh sempurna.’+   Kawasan-kawasanmu terletak di tengah-tengah laut,Dan pembinamu telah menyempurnakan keindahanmu.   Mereka membuat papan-papanmu daripada pokok juniper dari Senir,+Dan membuat tiang layarmu daripada pokok sedar dari Lebanon.   Mereka membuat dayung-dayungmu daripada pokok oak dari Basan,Dan bahagian depan kapalmu diperbuat daripada kayu* yang dihiasi gading dari kepulauan Kitim.+   Layarmu diperbuat daripada kain linen yang berwarna-warni dari Mesir,Dan tendamu* diperbuat daripada benang biru dan kain bulu berwarna ungu dari kepulauan Elishah.+   Penduduk Sidon dan Arwad+ menjadi pendayung kapal-kapalmu. Wahai Tirus, pendudukmu yang cekap menjadi anak-anak kapalmu.+   Orang Gebal+ yang mahir dan berpengalaman menutup celah-celah pada kapalmu.+ Semua pelaut dan kapal mereka datang kepadamu untuk berdagang. 10  Orang Persia, Lud, dan Put+ menjadi tentera dalam angkatan perangmu. Mereka menggantungkan perisai dan topi besi mereka padamu, dan menambahkan kemuliaanmu. 11  Orang Arwad dalam angkatan tenteramu ditugaskan di atas tembok di sekelilingmu,Dan pahlawan yang gagah berkawal di menara-menaramu. Mereka menggantungkan perisai bulat di sekeliling tembokmu,Dan menyempurnakan keindahanmu. 12  “‘“Tarsis+ berdagang denganmu kerana kekayaanmu yang berlimpah-limpah.+ Mereka memberikan perak, besi, timah putih, dan timah hitam sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+ 13  Yawan, Tubal,+ dan Mesekh+ berdagang denganmu. Mereka memberikan hamba-hamba+ dan barangan tembaga sebagai tukaran untuk barang niagamu. 14  Keturunan Togarma+ memberikan kuda, kuda tunggangan, dan baghal sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 15  Orang Dedan+ berdagang denganmu. Pedagang dari pulau-pulau bekerja untukmu. Mereka memberikan gading+ dan kayu hitam kepadamu sebagai ufti. 16  Edom berniaga denganmu kerana barang-barangmu banyak sekali. Mereka memberikan batu firus, kain bulu yang berwarna ungu, sulaman yang berwarna-warni, kain yang bermutu tinggi, batu karang, dan batu delima sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 17  “‘“Yehuda dan negeri Israel berdagang denganmu. Mereka memberikan gandum dari Minit,+ makanan yang terbaik, madu,+ minyak, dan balsam*+ sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+ 18  “‘“Damsyik+ berniaga denganmu kerana barang-barangmu dan kekayaanmu sangat banyak. Mereka memberikan wain dari Helbon dan kain bulu dari Zahar* sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 19  Wedan dan Yawan dari Uzal membawa besi tempa, kulit kayu,* dan rotan* sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 20  Dedan+ memberikan kain-kain pelana* kepadamu sebagai barang tukaran. 21  Orang Arab dan semua pemimpin Kedar,+ yang berjual beli anak biri-biri, biri-biri jantan, dan kambing, bekerja untukmu.+ 22  Para pedagang dari Syeba dan Raamah+ berdagang denganmu. Mereka memberikan pelbagai jenis minyak wangi yang bermutu tinggi, batu-batu berharga, dan emas sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+ 23  Orang Haran,+ orang Kane, orang Eden,+ para pedagang dari Syeba,+ orang Asyur,+ dan orang Kilmad juga berdagang denganmu. 24  Di pasar-pasarmu, mereka berdagang pakaian yang cantik, jubah yang diperbuat daripada kain biru dan kain sulaman yang berwarna-warni, dan permaidani beraneka warna, yang diikat dengan tali-tali. 25  Kapal-kapal Tarsis+ mengangkut barang daganganmu.Engkau menjadi penuh dengan muatan berat di tengah-tengah laut. 26  Para pendayung kapalmu telah membawa engkau ke tengah lautan;Angin timur telah memukulmu dan menghancurkanmu di tengah-tengah laut. 27  Kekayaanmu, baranganmu, barang niagamu, anak kapalmu, pelautmu,Orang yang menutup celah-celah kapalmu, para pedagangmu,+ dan semua tenteramu,+Ya, semua yang ada di dalammu,Akan tenggelam di tengah-tengah laut pada hari kejatuhanmu.+ 28  Apabila anak-anak kapalmu berteriak, persisiran pantai akan menggigil ketakutan. 29  Semua pendayung kapal, pelaut, dan kelasiAkan turun dari kapal mereka dan naik ke darat. 30  Sambil menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu,Mereka menangis dengan kuat dan meratapimu.+ 31  Mereka akan membotakkan kepala dan memakai kain guni;Mereka akan menangis dengan pilu dan meraung-raung dengan kuat. 32  Mereka akan menyanyikan lagu ratapan dan berkata berulang kali, ‘Siapakah seperti Tirus, yang kini membisu di tengah laut?+ 33  Apabila barang niagamu datang dari laut, engkau memuaskan hati ramai orang.+ Kekayaanmu yang melimpah dan barang niagamu memperkaya raja-raja di bumi.+ 34  Tetapi kini engkau sudah hancur di tengah lautan yang dalam,+Dan semua barang niagamu dan orangmu sudah tenggelam bersama-samamu.+ 35  Semua penduduk pulau akan terperanjat apabila mereka memandangmu,+Dan raja-raja mereka akan menggigil ketakutan;+ rasa ngeri terpapar pada wajah mereka. 36  Para pedagang dalam kalangan bangsa-bangsa akan bersiul atas apa yang telah menimpa engkau. Kesudahanmu yang dahsyat akan datang secara tiba-tiba,Dan engkau akan lenyap buat selama-lamanya.’”’”+

Nota Kaki

Iaitu, kayu daripada pokok sipres.
Atau “kain bumbungmu.”
Lihat Kamus.
Atau “kain bulu yang berwarna kelabu kemerah-merahan.”
Kayu daripada pokok yang serupa dengan pokok kayu manis.
Sejenis rotan yang berbau wangi.
Atau “kain-kain yang ditenun.”