Yehezkiel 31:1-18

  • Kejatuhan Mesir, iaitu pokok sedar yang tinggi (1-18)

31  Pada hari pertama, bulan ketiga, tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2  “Anak manusia, katakanlah kepada Firaun, raja Mesir, dan semua orang,+‘Siapakah yang dapat menandingi keunggulan kamu?  3  Kamu seperti orang Assyria. Kamu juga seperti pokok sedar di Lebanon,Yang tinggi, yang dipenuhi dahan-dahan yang indah,Dan yang puncaknya mencapai awan.  4  Air yang banyak membuat pokok itu bertumbuh besar; mata air yang dalam membuatnya bertumbuh tinggi. Aliran-aliran air mengelilingi tempat pokok itu ditanam,Dan saluran-salurannya mengairi semua pokok di padang.  5  Itulah sebabnya pokok itu lebih tinggi daripada semua pokok di padang. Dahannya bertambah banyak dan rantingnya bertumbuh panjang,Kerana diairi dengan air yang melimpah.  6  Semua burung di langit membuat sarang pada dahannya,Semua binatang liar di padang melahirkan anak di bawah cabang-cabangnya,Dan semua bangsa yang besar hidup di bawah naungannya.  7  Pokok itu sangat mengagumkan, indah, dan dahannya panjang.Akarnya menembus jauh ke bawah tanah untuk mencapai sumber air yang melimpah.  8  Tiada pokok sedar yang lain di dalam taman Tuhan+ yang dapat menandinginya. Tiada pokok juniper yang mempunyai dahan seperti dahannya,Dan tiada pokok platanus yang dapat menandingi dahannya. Tiada pokok lain di dalam taman Tuhan yang dapat menandingi keindahannya.  9  Aku menjadikannya indah dan rimbun.Semua pokok di Eden, iaitu taman Tuhan yang benar, iri hati terhadapnya.’ 10  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Oleh sebab pokok itu* menjadi begitu tinggi sehingga puncaknya mencapai awan, hatinya mula menjadi angkuh kerana ketinggiannya. 11  Maka Aku akan menyerahkannya kepada penguasa perkasa yang memerintah bangsa-bangsa,+ dan penguasa itu pasti akan menghukumnya. Oleh sebab pokok itu jahat, Aku akan menolaknya. 12  Orang asing, iaitu bangsa yang paling kejam, akan menebangnya lalu membiarkannya di atas pergunungan. Daun-daunnya akan berselerak di semua lembah dan dahan-dahannya yang patah akan jatuh di semua anak sungai di negeri itu.+ Semua orang di bumi akan meninggalkan naungannya dan mengabaikannya. 13  Semua burung di langit akan tinggal di atas batang pokok yang sudah tumbang itu, dan semua binatang liar di padang akan ada di atas dahan-dahannya.+ 14  Dengan demikian, tiada pokok yang berhampiran dengan air dapat bertumbuh tinggi atau mempunyai puncak yang mencapai awan. Ya, tiada pokok yang akan bertumbuh sampai ke awan meskipun mendapat air yang banyak. Semuanya harus mati dan turun ke bawah tanah, ke dalam lubang kubur, bersama dengan manusia yang lain.’ 15  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari pokok itu turun ke Kuburan,* Aku akan membuat orang meratap. Aku akan menutup sumber air yang dalam dan menyumbat anak-anak sungainya agar air yang banyak itu tidak mengalir lagi. Aku akan membuat Lebanon menjadi gelap kerana pokok itu, dan semua pokok di padang akan layu. 16  Aku akan membawa pokok itu turun ke Kuburan* bersama-sama orang yang turun ke lubang kubur, dan bangsa-bangsa yang mendengar bunyi kejatuhannya akan menggigil ketakutan. Semua pokok di Eden,+ pokok yang terbaik dan tercantik dari Lebanon, ya, semua pokok yang diairi dengan baik, akan mendapat kelegaan hati di bawah tanah. 17  Pokok-pokok itu telah turun ke Kuburan* bersamanya, kepada orang yang dibunuh dengan pedang,+ bersama dengan para penyokongnya yang tinggal di bawah naungannya dalam kalangan bangsa-bangsa.’+ 18  “‘Mana satukah pokok di Eden yang mempunyai kemuliaan dan keunggulan seperti kamu?+ Kamu pasti akan turun ke bawah tanah bersama pokok-pokok di Eden. Kamu akan terlantar dalam kalangan orang yang tidak bersunat, bersama dengan orang yang dibunuh dengan pedang. Semua perkara ini akan terjadi kepada Firaun dan orang yang menyertainya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

Nota Kaki

Harfiah, “Oleh sebab kamu.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.