Yehezkiel 32:1-32
32 Pada hari pertama, bulan ke-12, tahun ke-12, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,
2 “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan tentang Firaun, raja Mesir, dan katakanlah kepada raja itu,‘Engkau seperti seekor singa muda yang kuat dalam kalangan bangsa-bangsa,Tetapi engkau telah dibungkam.
Engkau juga seperti raksasa laut+ yang mengocakkan air di dalam sungai-sungaimu.Engkau mengeruhkan airnya dengan kakimu dan mengotorkan sungai-sungai itu.’*
3 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
‘Aku akan menggunakan bangsa-bangsa untuk membentangkan jaring-Ku ke atasmu,Dan mereka akan menangkap engkau dengan jaring-Ku.
4 Aku akan membiarkan engkau di tanah,Dan Aku akan melemparkan engkau ke padang.
Aku akan membuat semua burung di langit hinggap di atasmu,Dan Aku akan mengenyangkan binatang-binatang liar di seluruh bumi dengan dagingmu.+
5 Aku akan menghamburkan dagingmu di pergunungan,Dan memenuhi lembah-lembah dengan sisa mayatmu.+
6 Aku akan membasahi tanah dengan darahmu sehingga darahmu membanjiri kawasan pergunungan.Anak-anak sungai juga akan penuh dengan darahmu.’
7 ‘Apabila engkau sudah binasa, Aku akan menutup langit dan memadamkan bintang-bintang.
Aku akan menutup matahari dengan awan-awan,Dan bulan pun tidak akan bercahaya.+
8 Kerana engkau, Aku akan memadamkan semua sumber cahaya di langit,Dan Aku akan membuat negerimu gelap-gelita,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
9 ‘Ramai orang akan berasa cemas apabila Aku membawa rakyatmu sebagai tawanan kepada bangsa-bangsa lain,Ke negeri-negeri yang tidak engkau kenal.+
10 Tindakan-Ku akan membuat ramai orang terkejut.Apabila Aku menghunuskan pedang-Ku untuk menyerangmu di hadapan raja-raja mereka, mereka akan menggigil ketakutan.
Pada hari kejatuhanmu,Mereka akan menggigil tanpa henti kerana mereka semua takut mati.’
11 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
‘Pedang raja Babilon akan menimpa engkau.+
12 Aku akan menyebabkan orang yang menyertaimu mati dibunuh dengan pedang pahlawan yang gagah.Ya, mereka semua ialah pahlawan daripada bangsa yang paling kejam.+
Mereka akan menghancurkan segala yang menjadi kebanggaan Mesir, dan orang yang menyertainya akan dilenyapkan.+
13 Aku akan membunuh semua ternakannya yang berada di tepi air yang berlimpah-limpah.+Baik kaki manusia mahupun kaki ternakan tidak akan mengeruhkan air sungainya lagi.’+
14 ‘Pada waktu itu, Aku akan membuat air sungai mereka menjadi jernih,Dan membuat sungai mereka mengalir dengan lancar seperti minyak,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
15 ‘Apabila Aku menjadikan Mesir tanah yang tandus, tanah yang segala isinya telah dikosongkan,+Dan apabila Aku membunuh semua penduduk di tanah itu,Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
16 Ini sebuah lagu ratapan, dan orang pasti akan menyanyikannya berulang kali.Kaum wanita bangsa lain pasti akan menyanyikan lagu ini.
Mereka akan menyanyikannya untuk Mesir dan orang di Mesir,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
17 Kemudian pada tahun ke-12 hari ke-15 bulan itu, Yehuwa berfirman kepadaku,
18 “Anak manusia, ratapilah orang di Mesir. Bawalah Mesir, ya, bawalah dia dan orang lain daripada bangsa-bangsa yang perkasa ke bawah tanah, bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur.
19 “‘Wahai Mesir, adakah engkau fikir engkau lebih cantik daripada orang lain? Turunlah dan berbaringlah bersama dengan orang yang tidak bersunat!’
20 “‘Mereka akan rebah di tengah-tengah orang yang telah dibunuh dengan pedang.+ Dia telah diserahkan kepada pedang. Heretlah dia bersama semua orang yang menyertainya.
21 “‘Dari bahagian Kuburan* yang paling dalam, para pahlawan yang paling gagah akan bercakap kepada dia dan para pembantunya. Dia dan para pembantunya pasti akan dibunuh dengan pedang. Mereka akan turun dan berbaring di situ seperti orang yang tidak bersunat.
22 Assyria ada di situ bersama dengan angkatan tenteranya. Mereka telah dibunuh dengan pedang, dan kubur mereka mengelilingi dia.*+
23 Kubur-kubur mereka terletak di dalam lubang kubur yang paling dalam. Mereka semua yang telah dibunuh dengan pedang mengelilingi kuburnya, kerana mereka telah menimbulkan ketakutan semasa mereka masih hidup.
24 “‘Elam+ ada di situ, dan dia dikelilingi orang yang telah dibunuh dengan pedang. Dengan rasa malu,* mereka telah turun ke bawah tanah. Semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. Tetapi sekarang mereka akan menanggung malu bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur.
25 Katilnya diletakkan di tengah-tengah orang yang telah dibunuh, dan dia dikelilingi oleh kuburan orang yang menyertainya. Mereka semua tidak bersunat, dan mereka telah dibunuh dengan pedang kerana semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. Mereka akan menanggung malu bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur. Dia telah diletakkan di tengah-tengah orang yang telah dibunuh.
26 “‘Mesekh dan Tubal+ serta orang yang menyertai mereka* berada di sana, dan kuburan mereka mengelilingi dia. Mereka semua tidak bersunat, dan mereka dibunuh dengan pedang kerana semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan.
27 Mereka akan berbaring bersama para pahlawan gagah yang tidak bersunat, yang telah dibunuh dan turun ke Kuburan* dengan senjata perang mereka. Pedang mereka akan diletakkan di bawah kepala mereka* dan tulang-tulang mereka akan menanggung dosa mereka. Hal ini demikian kerana semasa para pahlawan gagah ini masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan.
28 Tetapi engkau akan dihancurkan bersama orang yang tidak bersunat, dan engkau akan berbaring dengan orang yang telah dibunuh dengan pedang.
29 “‘Edom+ berada di sana bersama semua rajanya dan para pemimpinnya. Meskipun mereka perkasa, mereka berbaring dengan orang yang dibunuh dengan pedang. Mereka juga akan berbaring dengan orang yang tidak bersunat+ dan dengan orang yang turun ke lubang kubur.
30 “‘Semua penguasa utara berada di sana dengan semua orang Sidon.+ Meskipun dahulunya mereka perkasa dan menimbulkan ketakutan, mereka telah dimalukan dan turun ke bawah tanah bersama orang yang telah dibunuh. Mereka tidak bersunat dan akan berbaring dengan orang yang telah dibunuh dengan pedang. Mereka akan menanggung malu bersama orang yang turun ke lubang kubur.
31 “‘Firaun akan melihat semua hal ini, dan dia akan berasa lega atas apa yang telah terjadi kepada orang yang menyertainya.+ Firaun dan semua orang yang menyertainya akan dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
32 “‘Semasa Firaun masih hidup, dia dan semua orang yang menyertainya telah menimbulkan ketakutan. Maka mereka akan mati bersama orang yang tidak bersunat dan yang telah dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”