Yehezkiel 4:1-17

  • Pengepungan Yerusalem digambarkan (1-17)

    • Menanggung dosa selama 390 hari dan 40 hari (4-7)

4  “Hai anak manusia, ambillah sebuah bata dan letakkannya di hadapanmu. Ukirlah kota Yerusalem di atas bata itu. 2  Kemudian untuk melambangkan pengepungan kota itu,+ binalah sebuah tembok+ dan buatlah timbunan tanah di sekeliling kota itu.+ Dirikanlah khemah dan letakkanlah kayu-kayu pelantak* di sekelilingnya.+ 3  Ambillah sekeping besi dan letakkanlah besi itu sebagai tembok di antara engkau dan kota itu. Kemudian pandanglah ke arah kota itu, dan kepunglah kota itu kerana demikianlah kota itu akan dikepung. Inilah tanda bagi bangsa Israel.+ 4  “Selepas itu, engkau haruslah berbaring pada sebelah kirimu dan menanggung dosa bangsa Israel.+ Engkau akan menanggung dosa mereka selama engkau berbaring pada sisimu. 5  Engkau akan menanggung dosa bangsa Israel selama 390 hari,+ sesuai dengan bilangan tahun mereka berdosa terhadap-Ku. 6  Engkau harus berbuat demikian sehingga tempoh masa itu dipenuhi. “Setelah itu, engkau akan berbaring pula pada sebelah kananmu dan menanggung dosa bangsa Yehuda+ selama 40 hari, iaitu satu hari untuk satu tahun. Inilah peraturan yang Aku tetapkan bagimu: Satu hari untuk satu tahun. 7  Kemudian pandanglah ke arah kota Yerusalem+ yang sedang dikepung itu lalu dedahkanlah lenganmu, dan bernubuatlah mengenai kota itu. 8  “Lihatlah! Aku akan mengikat engkau dengan tali supaya engkau tidak dapat memusingkan badanmu dari satu sisi ke sisimu yang lain sehingga hari-hari pengepungan itu berakhir. 9  “Kemudian ambillah gandum, barli, kacang parang, kacang lentil, sekoi, dan bijirin yang lain.* Masukkanlah semuanya ke dalam sebuah bekas dan buatlah roti. Inilah makananmu selama 390 hari engkau berbaring pada sisimu.+ 10  Roti yang akan engkau makan haruslah ditimbang, iaitu kira-kira 230 gram* roti setiap hari. Engkau harus memakannya pada waktu yang ditetapkan. 11  “Air yang akan engkau minum haruslah disukat, iaitu kira-kira setengah liter* air setiap hari. Engkau harus meminumnya pada waktu yang ditetapkan. 12  “Makanlah roti itu seperti engkau makan sekeping roti barli. Engkau haruslah membakar roti itu di depan orang dengan menggunakan tahi manusia yang sudah kering sebagai bahan api.” 13  Yehuwa berfirman lagi, “Aku akan mencerai-beraikan orang Israel dalam kalangan bangsa-bangsa yang lain, dan inilah caranya orang Israel akan makan roti yang najis.”*+ 14  Tetapi aku berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, janganlah suruh aku berbuat demikian! Sejak masa mudaku, aku tidak pernah menajiskan diri dengan memakan bangkai binatang atau daging binatang yang mati diterkam.+ Aku juga tidak pernah makan daging yang dianggap najis.”*+ 15  Oleh itu, Tuhan berfirman kepadaku, “Baiklah, engkau boleh menggunakan tahi lembu sebagai ganti tahi manusia untuk membakar roti.” 16  Tuhan berfirman lagi, “Hai anak manusia, Aku akan menghentikan bekalan makanan* di Yerusalem.+ Penduduk kota itu akan berasa cemas apabila mereka menimbang roti mereka dan memakannya.+ Mereka akan berasa khuatir semasa mereka menyukat air mereka dan meminumnya.+ 17  Demikianlah mereka akan kekurangan roti dan air. Mereka akan saling memandang dengan perasaan terkejut, dan beransur-ansur mati kerana dosa mereka.

Nota Kaki

Sejenis alat perang yang digunakan untuk merobohkan pintu gerbang dan tembok sebuah kota.
Merujuk kepada sejenis bijirin bermutu rendah yang ditanam di Mesir kuno.
Harfiah, “20 syekel.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “satu perenam hin.” Lihat Lampiran B14.
Merujuk kepada makanan yang najis atau haram menurut Hukum Musa.
Atau “yang tercemar.”
Harfiah, “Aku akan mematahkan tongkat-tongkat roti.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.