Yehezkiel 45:1-25
45 “‘Apabila kamu membahagikan tanah itu sebagai warisan,+ kamu haruslah mengasingkan sebahagian daripadanya untuk Yehuwa sebagai kawasan yang suci.+ Panjang kawasan itu hendaklah 25,000 hasta,* dan lebarnya 10,000 hasta.+ Seluruh kawasan yang disumbangkan itu suci.
2 Sebidang tanah yang berbentuk segi empat di dalam kawasan itu akan dikhaskan untuk tempat suci. Ukuran setiap sisi tanah itu haruslah 500 hasta,+ dan dikelilingi kawasan padang rumput selebar 50 hasta.+
3 Daripada bahagian yang telah diukur, kamu haruslah mengukur kawasan yang panjangnya 25,000 hasta dan lebarnya 10,000 hasta. Rumah Tuhan, iaitu tempat yang paling suci, terletak di dalam kawasan ini.
4 Kawasan ini ialah tanah suci untuk para imam+ yang berkhidmat di Rumah Tuhan dan yang berada di hadapan Yehuwa untuk melayani-Nya.+ Rumah-rumah mereka dan tempat suci untuk Rumah Tuhan terletak di dalam kawasan ini.
5 “‘Orang Lewi yang berkhidmat di Rumah Tuhan akan mendapat tanah yang berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar.+ Mereka juga akan mendapat 20 buah bilik makan.*+
6 “‘Kamu patut mengasingkan sebidang tanah sebagai milik kota. Ukuran tanah itu ialah 25,000 hasta panjang (sama panjang dengan sumbangan suci) dan 5,000 hasta lebar.+ Tanah itu akan menjadi milik seluruh bangsa Israel.
7 “‘Pemimpin akan mendapat kawasan di sebelah barat dan timur, iaitu kawasan yang bersebelahan dengan sumbangan suci dan tanah milik kota. Panjang kawasan itu, dari sempadan barat sampai ke sempadan timur, adalah sama dengan panjang salah satu kawasan yang ditentukan untuk suku Israel.+
8 Kawasan itu akan menjadi milik pemimpin di Israel. Para pemimpin-Ku tidak akan menindas umat-Ku lagi.+ Sebaliknya mereka akan membahagikan tanah kepada bangsa Israel menurut suku-suku mereka.’+
9 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Wahai para pemimpin Israel, kamu sudah keterlaluan!’
“‘Hentikanlah kekejaman dan penindasan kamu, dan lakukanlah apa yang adil dan benar.+ Jangan rampas harta milik umat-Ku lagi,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
10 ‘Kamu patut menggunakan neraca yang tepat, sukatan efa* yang tepat, dan sukatan bath* yang tepat.+
11 Tetapkanlah sukatan untuk satu efa dan satu bath dengan menggunakan homer* sebagai piawaian. Satu efa patut sama dengan satu persepuluh homer, dan satu bath juga patut sama dengan satu persepuluh homer.
12 Satu syekel*+ patut sama dengan 20 gera,* dan 20 syekel tambah 25 syekel tambah 15 syekel patut sama dengan satu maneh.’*
13 “‘Inilah sumbangan yang patut kamu berikan: Satu perenam efa gandum bagi setiap homer gandum, dan satu perenam efa barli bagi setiap homer barli.
14 Sumbangan minyak pula ditentukan mengikut sukatan bath. Satu bath sama dengan satu persepuluh kor,* dan 10 bath sama dengan satu homer, kerana satu homer sama dengan 10 bath.
15 Sumbangkanlah seekor biri-biri daripada setiap 200 ekor biri-biri di Israel. Binatang ini akan digunakan untuk korban bijirin,+ korban bakar,+ dan korban pendamaian+ supaya rakyat dapat meminta pengampunan bagi dosa mereka,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
16 “‘Semua penduduk negeri harus memberikan sumbangan+ ini kepada pemimpin di Israel.
17 Kemudian pemimpin bertanggungjawab untuk menyediakan korban bakar,+ korban bijirin,+ dan korban wain semasa musim perayaan,+ perayaan bulan baharu, hari Sabat,+ dan semua perayaan lain yang ditetapkan untuk bangsa Israel.+ Dialah yang akan menyediakan korban dosa, korban bijirin, korban bakar, dan korban pendamaian supaya dia dapat memohon pengampunan dosa bagi pihak bangsa Israel.’
18 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari pertama bulan pertama, engkau haruslah mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang sihat daripada ternakanmu untuk menyucikan Rumah-Ku.+
19 Kemudian imam akan mengambil sedikit darah daripada korban dosa lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah Tuhan,+ pada keempat-empat sudut aras kedua mazbah, dan pada tiang-tiang di pintu gerbang halaman dalam.
20 Engkau haruslah berbuat demikian pada hari ketujuh bulan itu untuk sesiapa sahaja yang berdosa secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya.+ Kamu haruslah menyucikan Rumah-Ku.+
21 “‘Pada hari ke-14 bulan pertama, kamu haruslah menyambut Perayaan Paska.*+ Selama tujuh hari, kamu harus memakan roti yang tidak beragi.+
22 Pada hari itu, pemimpin akan menyediakan seekor lembu jantan yang muda sebagai korban dosa bagi dirinya dan bagi semua rakyat di negeri itu.+
23 Selama tujuh hari perayaan itu, dia akan menyediakan korban bakar untuk dipersembahkan kepada Yehuwa. Setiap hari, selama tujuh hari itu, dia harus menyediakan tujuh ekor lembu jantan muda yang sihat dan tujuh ekor biri-biri jantan yang sihat.+ Dia juga harus menyediakan seekor kambing jantan sebagai korban dosa setiap hari.
24 Selain itu, dia harus menyediakan satu efa bijirin sebagai korban bijirin untuk setiap lembu jantan yang muda, dan satu efa bijirin untuk setiap bebiri jantan. Dia juga harus menyediakan satu hin* minyak bagi setiap efa bijirin.
25 “‘Pada hari ke-15 bulan ketujuh, selama tujuh hari perayaan itu,+ dia harus melakukan hal yang sama, iaitu menyediakan korban dosa, korban bakar, korban bijirin, dan minyak.’”
Nota Kaki
^ Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
^ Atau “20 buah bilik.”
^ Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.
^ Atau “mina.” Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.
^ Lihat Lampiran B14.