Yehezkiel 46:1-24

  • Korban yang dipersembahkan pada peristiwa tertentu (1-15)

  • Warisan pemimpin (16-18)

  • Tempat merebus korban (19-24)

46  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pintu gerbang di halaman dalam yang menghadap ke arah timur+ haruslah ditutup+ selama enam hari kerja.+ Tetapi pintu itu akan dibuka pada hari Sabat dan pada perayaan bulan baharu.  Pemimpin harus masuk dari halaman luar ke anjung pintu gerbang+ itu lalu berdiri dekat tiang pintu. Dia harus membawa korban bakar dan korban pendamaian kepada para imam untuk dipersembahkan. Kemudian dia harus bersujud di ambang pintu itu lalu keluar semula. Pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sehingga waktu petang.  Semua rakyat di negeri itu juga harus bersujud kepada Yehuwa di jalan masuk pintu gerbang itu pada hari Sabat dan pada perayaan bulan baharu.+  “‘Pada hari Sabat, pemimpin harus membawa enam ekor anak bebiri jantan yang sihat dan seekor bebiri jantan yang sihat sebagai korban bakar untuk Yehuwa.+  Bagi bebiri jantan, dia harus memberikan satu efa* bijirin sebagai korban bijirin. Bagi anak bebiri jantan pula, dia boleh memberikan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya. Dia juga harus memberikan satu hin* minyak bagi setiap efa bijirin.+  Pada perayaan bulan baharu, dia harus membawa seekor lembu jantan yang muda daripada ternakannya, enam ekor anak bebiri jantan, dan seekor bebiri jantan. Semua binatang itu haruslah sihat.+  Bagi setiap ekor lembu jantan yang muda, dia harus memberikan satu efa bijirin sebagai korban bijirin. Bagi bebiri jantan, dia harus memberikan satu efa bijirin. Bagi anak bebiri jantan pula, dia boleh memberikan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya. Dia juga harus memberikan satu hin minyak bagi setiap efa bijirin.  “‘Pemimpin itu harus masuk dan keluar melalui anjung pintu gerbang yang sama.+  Pada hari-hari perayaan,+ penduduk yang datang untuk menyembah Yehuwa harus masuk melalui pintu gerbang utara+ dan keluar melalui pintu gerbang selatan.+ Mereka yang masuk dari pintu gerbang selatan haruslah keluar melalui pintu gerbang utara. Tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan keluar melalui pintu yang sama, kerana setiap orang mesti keluar melalui pintu yang ada di seberangnya. 10  Pemimpin dalam kalangan mereka patut masuk apabila mereka masuk dan keluar apabila mereka keluar. 11  Semasa perayaan dan musim perayaan, dia harus memberikan satu efa bijirin sebagai korban bijirin bagi lembu jantan yang muda, satu efa bijirin bagi bebiri jantan, dan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya bagi anak bebiri jantan. Dia juga harus memberikan satu hin minyak bagi setiap efa bijirin.+ 12  “‘Jika pemimpin membawa korban bakar+ atau korban pendamaian kepada Yehuwa sebagai persembahan sukarela, pintu gerbang yang menghadap ke arah timur haruslah dibuka untuknya. Dia akan menyediakan korban bakar dan korban pendamaian itu seperti yang dilakukannya pada hari Sabat.+ Selepas dia keluar, pintu gerbang itu akan ditutup.+ 13  “‘Sediakanlah seekor anak bebiri jantan yang sihat dan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar untuk Yehuwa setiap hari.+ Teruslah berbuat demikian pada setiap pagi. 14  Selain itu, pada setiap pagi, berikanlah satu perenam efa bijirin sebagai korban bijirin. Berikanlah juga satu pertiga hin minyak untuk dipercikkan ke atas tepung yang bermutu tinggi sebagai korban bijirin harian kepada Yehuwa. Peraturan ini haruslah sentiasa dipatuhi. 15  Setiap pagi, sediakanlah anak bebiri jantan, korban bijirin, dan minyak sebagai korban bakar harian.’ 16  “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Jika pemimpin memberikan hadiah kepada setiap anak lelakinya sebagai warisan, hadiah itu akan menjadi harta milik anak-anak lelakinya. Ya, hadiah itu akan menjadi warisan mereka. 17  Tetapi jika dia mengambil sebahagian warisannya dan menghadiahkannya kepada seorang hambanya, hadiah itu akan menjadi harta milik hamba itu sehingga tahun pembebasan.+ Setelah tahun itu, hadiah itu patut dikembalikan kepadanya. Hanya hadiah yang diberikan kepada anak-anak lelakinya akan tetap menjadi warisan mereka buat selama-lamanya. 18  Pemimpin itu tidak patut merampas warisan rakyat dengan menghalau mereka daripada tanah mereka. Dia patut memberikan tanahnya sendiri sebagai warisan kepada anak-anak lelakinya. Dengan demikian, tiada sesiapa pun dalam kalangan umat-Ku yang akan dihalau daripada tanah mereka.’” 19  Kemudian dia membawa aku ke jalan masuk+ dekat pintu gerbang yang menuju ke bilik-bilik makan yang suci* yang digunakan oleh para imam. Bilik-bilik itu menghadap ke arah utara,+ dan di belakang bilik-bilik itu, iaitu di sebelah barat, aku nampak sebuah tempat. 20  Dia berkata kepadaku, “Inilah tempat para imam merebus korban ganti rugi dan korban dosa, dan tempat mereka memanggang korban bijirin.+ Dengan demikian, imam tidak membawa apa-apa pun ke halaman luar yang akan menyucikan rakyat.”+ 21  Dia membawa aku ke halaman luar dan membimbing aku ke keempat-empat sudut halaman itu. Di setiap sudut itu, aku nampak satu lagi halaman. 22  Keempat-empat sudut halaman luar mempunyai halaman-halaman yang kecil. Keempat-empat halaman kecil itu* mempunyai ukuran yang sama, iaitu 40 hasta* panjang dan 30 hasta lebar. 23  Terdapat tembok yang rendah di sekeliling halaman-halaman kecil itu. Di bahagian bawah tembok itu, ada tempat-tempat untuk merebus korban. 24  Kemudian dia berkata kepadaku, “Inilah tempat pekerja Rumah Tuhan merebus korban yang dipersembahkan oleh rakyat.”+

Nota Kaki

Atau “bilik-bilik yang suci.”
Atau “Keempat-empat halaman kecil itu dan bangunan di penjurunya.”
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.