Yehezkiel 48:1-35

  • Tanah dibahagikan (1-29)

  • 12 pintu gerbang kota (30-35)

    • Kota dinamakan “Yehuwa Ada di Situ” (35)

48  “Berikut merupakan nama suku-suku Israel yang mendapat tanah warisan bermula dari sempadan utara: Bahagian tanah Dan+ terletak di sepanjang jalan dari Hetlon ke Lebo-hamat,*+ lalu menghala ke Hazar-enan, di sepanjang sempadan utara Damsyik, di sebelah Hamat;+ tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Asyer+ bersempadan dengan tanah Dan, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Naftali+ bersempadan dengan tanah Asyer, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Manasye+ bersempadan dengan tanah Naftali, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Efraim bersempadan dengan tanah Manasye,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Ruben bersempadan dengan tanah Efraim,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Bahagian tanah Yehuda bersempadan dengan tanah Ruben,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.  Di sempadan tanah Yehuda, dari sempadan timur ke sempadan barat, kamu haruslah mengasingkan sebuah kawasan untuk disumbangkan kepada Tuhan. Lebar kawasan itu haruslah 25,000 hasta.*+ Panjang kawasan itu, dari sempadan barat sampai ke sempadan timur, adalah sama dengan panjang tanah milik salah satu suku Israel. Tempat suci terletak di tengah-tengah kawasan itu.  “Kawasan yang disumbangkan khas kepada Yehuwa haruslah berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar. 10  Kawasan ini ialah sumbangan suci untuk para imam.+ Kawasan ini berukuran 25,000 hasta di sebelah utara, 10,000 hasta di sebelah barat, 10,000 hasta di sebelah timur, dan 25,000 hasta di sebelah selatan. Tempat suci Yehuwa terletak di tengah-tengah kawasan ini. 11  Kawasan ini adalah untuk para imam daripada keturunan Zadok yang telah disucikan.+ Mereka telah memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Mereka tidak meninggalkan Aku meskipun orang Israel dan orang Lewi telah menyimpang daripada-Ku.+ 12  Mereka akan menerima sebahagian daripada kawasan yang diasingkan ini sebagai tempat yang paling suci. Bahagian tanah mereka bersempadan dengan tanah orang Lewi. 13  “Di sebelah kawasan milik para imam, orang Lewi akan menerima sebidang tanah yang berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar. (Panjang seluruh tanah itu ialah 25,000 hasta, dan lebarnya ialah 10,000 hasta.) 14  Tanah ini ialah tanah yang terbaik. Mereka tidak boleh menjual, menukar, atau memindahkan hak milik tanah ini kepada orang lain, kerana tanah ini suci di mata Yehuwa. 15  “Kawasan selebihnya yang berukuran 5,000 hasta lebar di sepanjang garis sempadan yang berukuran 25,000 hasta panjang adalah untuk kegunaan penduduk kota.+ Mereka akan tinggal di kawasan ini dan menggunakannya sebagai padang rumput. Kota mereka terletak di tengah-tengah kawasan ini.+ 16  Berikut merupakan ukuran kota mereka: Sempadan utaranya ialah 4,500 hasta, sempadan selatannya ialah 4,500 hasta, sempadan timurnya ialah 4,500 hasta, dan sempadan baratnya ialah 4,500 hasta. 17  Padang rumput kota itu berukuran 250 hasta di sebelah utara, 250 hasta di sebelah selatan, 250 hasta di sebelah timur, dan 250 hasta di sebelah barat. 18  “Terdapat kawasan lapang yang berukuran 10,000 hasta panjang di sebelah timur dan barat kota itu. Sempadan kawasan ini sejajar dengan sempadan sumbangan suci.+ Hasil tanaman di kedua-dua kawasan ini akan menjadi sumber makanan bagi pekerja kota. 19  Pekerja-pekerja di kota yang datang daripada semua suku Israel, akan mengusahakan kawasan ini.+ 20  “Seluruh kawasan yang disumbangkan itu berukuran 25,000 hasta persegi. Kamu haruslah mengasingkan kawasan ini dan tanah milik kota sebagai sumbangan suci. 21  “Kawasan yang selebihnya di kedua-dua sisi sumbangan suci dan tanah milik kota akan menjadi milik pemimpin.+ Kawasan ini terletak di sepanjang sempadan yang berukuran 25,000 hasta, iaitu di sebelah timur dan barat sumbangan suci. Kawasan ini bersempadan dengan tanah milik suku-suku yang lain. Kawasan ini milik pemimpin. Sumbangan suci dan tempat suci untuk Rumah Tuhan terletak di tengah-tengah kawasan ini. 22  “Tanah milik orang Lewi dan tanah milik kota terletak di antara tanah milik pemimpin. Tanah milik pemimpin bersempadan dengan tanah Yehuda+ dan tanah Benyamin. 23  “Berikut merupakan suku-suku Israel yang lain yang mendapat tanah warisan: Bahagian tanah Benyamin terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.+ 24  Bahagian tanah Simeon bersempadan dengan tanah Benyamin,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 25  Bahagian tanah Isakhar+ bersempadan dengan tanah Simeon, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 26  Bahagian tanah Zebulon bersempadan dengan tanah Isakhar,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.+ 27  Bahagian tanah Gad bersempadan dengan tanah Zebulon,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 28  Sempadan selatan tanah warisan, yang terletak di sempadan Gad, bermula dari Tamar+ sampai ke Sumber Air Meribat-kades,+ lalu menuju ke Wadi*+ dan ke Laut Tengah.* 29  “Demikianlah tanah itu harus dibahagikan kepada suku-suku Israel.+ Tanah warisan itu akan menjadi milik mereka,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 30  “Kota itu mempunyai pintu-pintu keluar. Bahagian utara kota itu berukuran 4,500 hasta.+ 31  “Pintu-pintu gerbangnya dinamakan menurut suku-suku Israel. Terdapat tiga buah pintu gerbang di sebelah utara, iaitu pintu Ruben, pintu Yehuda, dan pintu Lewi. 32  “Bahagian timur kota itu berukuran 4,500 hasta panjang, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Yusuf, pintu Benyamin, dan pintu Dan. 33  “Bahagian selatan kota itu berukuran 4,500 hasta, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Simeon, pintu Isakhar, dan pintu Zebulon. 34  “Bahagian barat kota itu berukuran 4,500 hasta panjang, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Gad, pintu Asyer, dan pintu Naftali. 35  “Tembok yang mengelilingi seluruh kota itu berukuran 18,000 hasta. Mulai hari itu, kota itu akan dinamakan ‘Yehuwa Ada di Situ.’”+

Nota Kaki

Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Iaitu, Wadi Mesir.