Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Buku Yeremia

Bab

Rangka Kandungan

  • 1

    • Yeremia dilantik menjadi nabi (1-10)

    • Penglihatan tentang pokok badam (11, 12)

    • Penglihatan tentang periuk (13-16)

    • Yeremia dikuatkan untuk melaksanakan tugasannya (17-19)

  • 2

    • Israel meninggalkan Yehuwa dan pergi kepada tuhan-tuhan lain (1-37)

      • Israel seperti pokok anggur yang liar (21)

      • Pakaiannya kotor dengan kesan darah (34)

  • 3

    • Betapa teruknya kemurtadan Israel (1-5)

    • Israel dan Yehuda bersalah kerana berzina (6-11)

    • Disuruh untuk bertaubat (12-25)

  • 4

    • Orang yang bertaubat akan diberkati (1-4)

    • Malapetaka dari utara (5-18)

    • Yeremia sengsara kerana bencana yang bakal menimpa (19-31)

  • 5

    • Umat Israel menolak disiplin Yehuwa (1-13)

    • Dimusnahkan tetapi tidak dilenyapkan dengan sepenuhnya (14-19)

    • Yehuwa menghukum umat-Nya atas perbuatan mereka (20-31)

  • 6

    • Yerusalem akan dikepung tidak lama lagi (1-9)

    • Yehuwa marah terhadap Yerusalem (10-21)

      • Laungan “Aman damai!” meskipun kedamaian tidak wujud (14)

    • Musuh kejam menyerang dari utara (22-26)

    • Yeremia memurnikan umat Tuhan (27-30)

  • 7

    • Harapan palsu tentang Rumah Yehuwa (1-11)

    • Rumah Tuhan akan menjadi seperti Silo (12-15)

    • Penyembahan palsu dikutuk (16-34)

      • Menyembah “Ratu Syurga” (18)

      • Mengorbankan anak di Hinom (31)

  • 8

    • Orang asyik kembali ke haluan yang diikuti ramai (1-7)

    • Tanpa firman Yehuwa, kebijaksanaan apakah yang ada pada manusia? (8-17)

    • Yeremia meratapi malapetaka yang menimpa Yehuda (18-22)

      • “Tiadakah minyak balsam di Gilead?” (22)

  • 9

    • Yeremia amat sedih (1-3a)

    • Yehuwa menghakimi Yehuda (3b-16)

    • Lagu ratapan untuk Yehuda (17-22)

    • Berbangga kerana mengenal Yehuwa (23-26)

  • 10

    • Perbezaan antara tuhan-tuhan palsu dengan Tuhan yang hidup (1-16)

    • Dibinasakan dan diusir tidak lama lagi (17, 18)

    • Yeremia berkabung (19-22)

    • Doa nabi (23-25)

      • Manusia tidak dapat mengarahkan langkahnya (23)

  • 11

    • Yehuda melanggar perjanjian dengan Tuhan (1-17)

      • Tuhan-tuhan mereka sebanyak kota-kota mereka (13)

    • Yeremia seperti anak bebiri yang akan disembelih (18-20)

    • Orang dari kampung halaman Yeremia menentangnya (21-23)

  • 12

    • Yeremia mengadu (1-4)

    • Yehuwa menjawab (5-17)

  • 13

    • Tali pinggang linen yang rosak (1-11)

    • Bekas-bekas wain akan dipecahkan (12-14)

    • Yehuda yang enggan bertaubat akan dibuang negeri (15-27)

      • “Dapatkah orang Kus mengubah warna kulitnya?” (23)

  • 14

    • Kemarau, kebuluran, dan pedang (1-12)

    • Nabi-nabi palsu dikutuk (13-18)

    • Yeremia mengakui dosa-dosa bangsa Israel (19-22)

  • 15

    • Yehuwa tidak akan mengubah keputusan-Nya (1-9)

    • Yeremia mengadu (10)

    • Yehuwa menjawab (11-14)

    • Yeremia berdoa (15-18)

      • Gembira kerana makan firman Tuhan (16)

    • Yeremia dikuatkan oleh Yehuwa (19-21)

  • 16

    • Yeremia dilarang berkahwin, berkabung, dan berpesta (1-9)

    • Umat Israel dihukum, kemudian dibawa pulang ke negeri mereka (10-21)

  • 17

    • Dosa Yehuda tidak akan dilupakan (1-4)

    • Berkat kerana berharap kepada Yehuwa (5-8)

    • Hati manusia yang licik (9-11)

    • Yehuwa, harapan Israel (12, 13)

    • Doa Yeremia (14-18)

    • Pastikan agar hari Sabat tetap suci (19-27)

  • 18

    • Tanah liat di dalam tangan tukang tembikar (1-12)

    • Yehuwa membelakangi Israel (13-17)

    • Rancangan jahat terhadap Yeremia; rayuan Yeremia (18-23)

  • 19

    • Yeremia disuruh untuk memecahkan kendi tembikar (1-15)

      • Anak-anak dikorbankan kepada Baal (5)

  • 20

    • Pasyhur memukul Yeremia (1-6)

    • Yeremia tidak dapat berhenti menginjil (7-13)

      • Firman Tuhan seperti api yang membara (9)

      • Yehuwa seperti pahlawan perkasa (11)

    • Yeremia merungut (14-18)

  • 21

    • Yehuwa menolak permintaan Zedekia (1-7)

    • Pilih untuk hidup atau mati (8-14)

  • 22

    • Mesej penghakiman kepada raja-raja yang jahat (1-30)

  • 23

    • Gembala yang baik dan yang jahat (1-4)

    • Hidup aman di bawah pemerintahan “tunas yang baik” (5-8)

    • Nabi-nabi palsu dikutuk (9-32)

    • “Inilah beban Yehuwa!” (33-40)

  • 24

    • Buah ara yang baik dan yang buruk (1-10)

  • 25

    • Persengketaan antara Yehuwa dengan bangsa-bangsa (1-38)

      • Bangsa-bangsa menjadi hamba Babilon selama 70 tahun (11)

      • Cawan yang berisi wain kemurkaan Tuhan (15)

      • Malapetaka menimpa bangsa demi bangsa (32)

      • Orang yang dibunuh oleh Yehuwa (33)

  • 26

    • Nyawa Yeremia diancam (1-15)

    • Yeremia tidak dibunuh (16-19)

      • Nubuat Mikha dipetik (18)

    • Nabi Uria (20-24)

  • 27

    • Kuk Babilon (1-11)

    • Zedekia disuruh tunduk kepada Babilon (12-22)

  • 28

    • Yeremia menentang Hanania, nabi palsu itu (1-17)

  • 29

    • Surat Yeremia kepada orang yang dibuang negeri ke Babilon (1-23)

      • Israel pulang selepas 70 tahun (10)

    • Pesanan kepada Semaya (24-32)

  • 30

    • Janji tentang pemulihan dan penyembuhan (1-24)

  • 31

    • Orang Israel yang masih hidup akan tinggal di negeri mereka semula (1-30)

      • Rahel menangisi anak-anaknya (15)

    • Perjanjian yang baharu (31-40)

  • 32

    • Yeremia membeli tanah (1-15)

    • Doa Yeremia (16-25)

    • Jawapan Yehuwa (26-44)

  • 33

    • Pemulihan dijanjikan (1-13)

    • Hidup aman di bawah pemerintahan “tunas yang baik” (14-16)

    • Perjanjian dengan Daud dan para imam (17-26)

      • Perjanjian dengan siang dan malam (20)

  • 34

    • Berita penghakiman untuk Zedekia (1-7)

    • Tidak menepati perjanjian untuk membebaskan hamba (8-22)

  • 35

    • Teladan baik orang Rekhab yang patuh (1-19)

  • 36

    • Barukh mencatatkan kata-kata Yeremia dalam sebuah gulungan (1-7)

    • Barukh membaca gulungan itu dengan suara yang lantang (8-19)

    • Yehoyakim membakar gulungan itu (20-26)

    • Mesej ditulis semula dalam gulungan baharu (27-32)

  • 37

    • Orang Kasdim berundur buat sementara (1-10)

    • Yeremia dipenjarakan (11-16)

    • Zedekia berjumpa dengan Yeremia (17-21)

      • Yeremia diberi roti (21)

  • 38

    • Yeremia dimasukkan ke dalam perigi (1-6)

    • Ebed-melekh menyelamatkan Yeremia (7-13)

    • Yeremia meminta Zedekia untuk menyerah diri (14-28)

  • 39

    • Kejatuhan Yerusalem (1-10)

      • Zedekia melarikan diri dan ditangkap (4-7)

    • Yeremia harus dijaga dengan baik (11-14)

    • Ebed-melekh akan diselamatkan (15-18)

  • 40

    • Nebuzaradan membebaskan Yeremia (1-6)

    • Gedalia dilantik menjadi gabenor (7-12)

    • Rancangan untuk membunuh Gedalia (13-16)

  • 41

    • Gedalia dibunuh oleh Ismael (1-10)

    • Ismael melarikan diri kerana Yohanan (11-18)

  • 42

    • Rakyat suruh Yeremia berdoa meminta petunjuk (1-6)

    • Yehuwa jawab, “Janganlah pergi ke Mesir” (7-22)

  • 43

    • Rakyat ingkar dan pergi ke Mesir (1-7)

    • Yehuwa berfirman kepada Yeremia di Mesir (8-13)

  • 44

    • Nubuat tentang malapetaka yang akan melanda orang Yahudi di Mesir (1-14)

    • Orang menolak amaran daripada Tuhan (15-30)

      • “Ratu Syurga” disembah (17-19)

  • 45

    • Perkhabaran Yehuwa kepada Barukh (1-5)

  • 46

    • Nubuat tentang Mesir (1-26)

      • Mesir akan ditakluki Nebukadnezar (13, 26)

    • Janji kepada Israel (27, 28)

  • 47

    • Nubuat tentang orang Filistin (1-7)

  • 48

    • Nubuat tentang Moab (1-47)

  • 49

    • Nubuat tentang Ammon (1-6)

    • Nubuat tentang Edom (7-22)

      • Bangsa Edom tidak akan wujud lagi (17, 18)

    • Nubuat tentang Damsyik (23-27)

    • Nubuat tentang Kedar dan Hazor (28-33)

    • Nubuat tentang Elam (34-39)

  • 50

    • Nubuat tentang Babilon (1-46)

      • Larilah dari Babilon (8)

      • Israel akan dibawa pulang (17-19)

      • Air sungai Babilon akan menjadi kering (38)

      • Babilon tidak akan dihuni lagi (39, 40)

  • 51

    • Nubuat tentang Babilon (1-64)

      • Babilon akan jatuh ke dalam tangan orang Media secara tiba-tiba (8-12)

      • Kitab dibuang ke dalam Sungai Efrat (59-64)

  • 52

    • Zedekia memberontak terhadap Babilon (1-3)

    • Nebukadnezar mengepung Yerusalem (4-11)

    • Kota Yerusalem dan Rumah Tuhan dimusnahkan (12-23)

    • Orang dibawa ke Babilon sebagai tawanan (24-30)

    • Yehoyakhin dibebaskan dari penjara (31-34)